BAB 9

Romance Completed 10628

Alia berdehem berulang-kali, namun kawalan suaranya tidak terlalu tinggi sehingga mengganggu para pelajar yang berada dalam perpustakaan ini.

“Prinsip Mawaddah ada empat. No couple. No smoke. No drink. No drug. Understand..”

Subhanallah (Maha Suci ALLAH). Ubadah senyum dengan garisan senyum yang sangat pendek. Dia kagum dengan pendirian gadis moden dihadapannya ini. Gadis itu perlukan bimbingan, semoga awak menjadi gadis yang solehah di mata-NYA suatu hari nanti, aammiin ya rabbal alamin. Tanpa terduga, dia tidak sengaja berdoa dalam hati untuk gadis yang berjaya melunturkan hatinya dengan perasaan ‘kagum’. Mawaddah, cantik nama awak, moga perangai awak pun cantik disisi-NYA. Kenapa dengan dirinya ya, kagumnya seperti melebih-lebih pula, hish bahaya ni!. Ubadah berperang dengan perasaan sendiri.

Ubadah pasang telinga lagi. Pen ditangannya tidak dipegang kuat, fikirannya khayal. Dia menumpu perhatian sepenuhnya kepada perbualan mereka.

“Hahahaha, wah tak sangka kan. Kau ni masih solehah. Gaya aje macam orang barat, tapi fikiran kau ikut timur. Bagus-bagus ya ustazah..” perli Akim yang sangat terkenal dengan sikap kasanovanya. Sebenarnya, dia rasa tergugat kerana gadis dihadapannya ini sungguh sombong. Makin tercabar hatinya. Dia sudah terpikat dengan Mawaddah, sehingga sekarang Mawaddah tetap jual mahal. Inilah kali pertama seorang gadis yang ingin dipikatnya tidak termakan dengan ketampanan dan kekayaannya.

Ubadah perhati wajah gadis itu sudah berubah masam, mungkin marah dengan budak lelaki yang tida pandai menjaga mulut itu.

“Silalah pergi dari sini ye. Kat sini tempat nak study, bukan tempat jual minyak” selamba sahaja gadis itu membalas kenakalan dua orang lelaki tadi.

Ubadah katup mulut, tahan ketawa. Lucu pula mengenang wajah kedua-dua lelaki itu. Masing-masing monyok, terus bangun meninggalkan gadis-gadis tersebut. Sekali lagi Ubadah tewas dengan nafsu mata, merenung curi-curi gadis dihadapannya.

“Encik lebai, awak ni tak reti-reti ke nak balik bilik awak. Kat asrama awak tu dah tak cukup bantal ke sampai awak nak kena menyelit kat rumah mama saya ni?” sebenarnya aku rasa tergugat. Selepas isya’ tadi aku pura-pura tidur, aku dengar dia alunkan bacaan suci ayat Al-quran. Sungguh merdu suaranya. Mmmmmmm, kenapa aku masih bekukan hati untuk terima dia?. Mengenang sahaja perbuatannya yang menolak cinta Adiba, buat hatiku geram sangat. kerana dialah, Adibaku berubah dari seorang muslimah yang lurus bendul menjadi seorang yang pendendam. Maafkan aku encik lebai, aku bukan benci kau. Aku …entahlah… , airmataku mengalir. Sengaja aku belakangkan tubuhku, tidur mengiring ke arah yang bertentangan dari wajahnya. Aku tidak mahu dia nampak tangisanku. Biarlah dia fikir aku benci dirinya, aku memang suka pendam.

Kata-kata sinis si isteri tidak langsung menggetarkan hatinya. Ubadah senyum, baginya berada disamping isteri yang dicintai sangat mententeramkan hati. Dia bersyukur kerana dikahwinkan dengan gadis yang pernah menyentuh hatinya dahulu.

Aku kesat airmataku, tidak tenang pula hatiku selagi tidak dengar suaranya. Eh, kenapa pula denganku?. Tadi kan aku menunjukkan tanda-tanda tak suka kehadirannya di sini, mestilah dia diamkan diri dari membalas bicaraku tadi. Mmmmmmm, peliklah!. Aku pun pelik dengan diriku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience