BAB 6

Romance Completed 10628

Tanpa berfikir baik buruk, aku terima sahaja permintaan Adiba. Aku hanya nak tolong Adiba, aku pun geram juga dengan ‘si lebai’ itu. Sanggup dia malukan sahabat baikku yang aku paling sayang, huh siap kau ‘lebai’. Bisik hatiku, mengenang lelaki yang telah mematahkan hati Adiba

“Bila, kat mana, pukul berapa?”

Adiba memaniskan senyumannya, “Nanti aku bagitahu, aku dah siasat jadual kuliah dia. Terima kasih Mawa..”

“Untuk kau, mati pun aku sanggup tau” balasku dengan senyuman mesra. Aku peluk Adiba lagi. Kali ini aku usap belakangnya, aku sangat simpati dengan kesedihannya. Kemarahanku terhadap ‘si lebai’ sudah memuncak tinggi. Aku nak koyak-koyakkan hati kau dengan mulut laser aku ni, tunggu ye encik lebai!. Suara hatiku mengejek ‘si lebai’ yang tidak aku kenali itu.

“Adik, kaklong yakin adik tak buat maksiat kan?” Pertanyaan kaklong mematikan ingatanku pada kenangan beberapa hari yang lalu.

“Mestilah kaklong, adik masih tahu halal dan haram” aku bela diri. Suaraku sudah serak, aku tahan sebak.

“Mama, kakngah. Maafkanlah adik. Kaklong rasa semua ni salah faham aje. Mungkin masa tu mereka bincang hal pelajaran, tak lebih dari itu”

Terharunya aku. Airmataku hampir tumpah. Buat pertama kalinya, ada juga orang yang percayakan aku. Mmmmmm, Zubaidah kawan aku pun macam waswas dengan aku. Tak apalah, aku ada ALLAH. yang penting, ALLAH tahu aku difitnah.

“Mama dah buat keputusan, mama terima cadangan mereka”

“Maksud mama?” Aju kaklongku.

Fatimah toleh ke arah Sakinah, yang berada bertentangan kedudukannya. Sakinah senyum hambar.

“Kakngah sokong ma, biarlah adik kahwin dengan Ubadah. Semalam pun kakngah sempat jumpa Ubadah. Dia sendiri yang cakap akan bertanggungjawab..”

Bertanggungjawab?. Heh, tanggungjawab apa ni?. Aik, lain macam aje bunyinya perbincangan mereka ni. OMG, aku akan kahwin dengan si lebai berjanggut lebat tu ke?. Argghhhhh.. NO!, suara hatiku membentak.

Beberapa bulan kemudian,

Siapalah yang nak dengar celoteh aku kat blog ni ek?. Ah, biarlah!. Kalau tak ada sesiapa yang nak baca pun tak apa, aku menulis sebab aku sayang sangat dengan kau wahai encik blog. Kaulah yang paling setia denganku, sentiasa ada disaat aku bersedih dan berduka. Kaulah diariku yang paling ‘superb’ setia. Mmmmmm, kau nak tahu kisah hidup aku yang sekarang ye?. Mmmmm…

Aku yang sekarang bukan lagi Cik Cinderella yang ‘single mingle’, aku isteri orang. Puan Cinderella malang, itulah aku yang sekarang.

“Awak dah solat?”

Encik Blog, kau dengar tak siapa yang bersuara tadi tu, ha kalau kau dengar, dialah Encik Putera yang telah merampas kebahagiaan Cik Cinderella ni. Ala, Si lebai berjanggut lebat yang aku cerita kat kau dulu tu. Akhirnya aku terpaksa berkahwin dengan ‘si lebai janggut lebat’ dalam usiaku yang masih muda. Encik blog, mmmmmm, isu aku kena tangkap khalwat dulu sudah popular satu kampus, mengalahkan gosip artis tau. Aku tak sangka insan yang aku sayang sangat dulu, sudah menjadi insan yang aku paling benci sangat. Mmmmmm, tak baik benci orang?. Memanglah, aku cakap aje benci. Sebenarnya, aku rindu Adiba. Aku tak boleh benci Adiba, bodoh ke aku ni?. Aku masih sayangkan

Adiba, mulut aje kata benci. Huhu.

“Awak, sampai bila awak nak dingin dengan saya?. Oh, awak lebih suka habiskan masa dengan laptop awak berbanding melayan suami sendiri, awak tahu tak apa hukumnya kalau bersikap kasar dengan suami?”

Menyirap pula darahku mendengar ‘mukaddimah syarahannya’ pada pagi-pagi begini. Aku kerling jam telefon bimbitku, pukul 6.18 pagi. Patutlah dia membebel, dah masuk waktu subuh. Aku sudahi karangan diariku, bergegas bangun tanpa ‘log out’ dari blogku. Lupa.

“Terima kasih ajelah ye Encik Ubadah. Saya tak berminat nak dengar tazkirah awak. Saya nak solat dulu, tu lebih penting dari mendengar bebelan awak” tempelakku pula, melawan bicaranya. dengan lagak gayaku yang sombong, aku menuju ke bilik air.

Mata Ubadah tertancap ke skrin komputer riba yang masih menyala terang. Dia tersenyum penuh makna.

Beberapa minit kemudian.

“Adoiii..”

Ubadah tergamam, cepat-cepat dia berlari ke bilik air, sampai sahaja di muka pintu, dia terkejut. Isterinya sudah tersembam, mencium dada lantai.

“Awak okay ke ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience