BAB 11

Romance Completed 10628

Aku terlalu gembira namun aku kuburkan hasrat kegembiraanku itu. Adiba berjalan dihadapanku, aku pula dibelakang mengekori langkahnya dengan perasaan serba tak kena. Kami masih renggang, ada jarak yang menghalangi persahabatan kami. Aku terlalu rindukan Adibaku yang dahulu.

Sebaik sahaja kami tiba berhadapan satu tembok putih, berdekatan bangunan yang menghala ke perpustakaan, tiba-tiba Adiba berpusing ke belakang. Memelukku. Hah?.

“Aku, aku minta maaf. Ampunkan aku Mawa. Aku.. jahat. Aku..menyesal. Aku…malu. Aku buat dosa, dosa dengan kau dan abang Ubadah..”

Airmataku mengalir. Subhanallah (Maha Suci ALLAH). ALLAH sudah memakbulkan doaku, aku tidak pernah terfikir yang kami akan berpelukan lagi seperti sekarang.

“Aku dah lama maafkan kau Diba. Aku sayang kau..” balasku dengan iringan tangisan. Kami berpelukan seketika.

“Aku dah dapat hukuman diatas segala perbuatan aku dengan kau dan abang ubadah…”

“Maksud kau?” Aku lepaskan pelukan kami, mataku tajam. Risau pula dengan Adiba. Kenapa dia cakap hukuman?. Hukuman apa ni?.

“Aku kena tangkap khalwat dengan seseorang. Masa tu motor aku rosak kat tepi jalan. Kebetulan dia lalu dengan keretanya. Aku kenal dia, dia jiran aku juga. Dia pelawa aku naik kereta. Katanya, nanti dia panggil orang betulkan motor aku. Masa tu dah petang, tiba-tiba hujan turun. dengan kuasa ALLAH, keretanya tiba-tiba rosak pula. Kami tersekat kat dalam kereta sebab hujan lebat sangat. Tak sampai pun beberapa minit, ada orang ketuk tingkap kereta.

Mereka kata kami berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan. Aku tahu, ni semua kifarah dari ALLAH kepada aku. Aku fitnah kau sampai kau kena tangkap basah dengan abang Ubadah, sekarang ni aku pula yang berada kat situasi kau tu. Baru aku tahu bertapa malunya kena tangkap khalwat ni.” Adiba menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience