BAB 3

Romance Completed 10628

Aku bagai ayam berak kapur, mukaku pucat lesi. Kaklongku memang tak garang, tak pernah angkat tangan walau marah macam mana sekalipun tetapi kalau bab leter..er…. aduhai.

“Kaklong dengar sendirilah apa yang nak dikatakan si adik kesayangan kita ni. Huh, memalukan betul!. Ikut hati kakngah ni, nak aje kakngah balun dia ni. Ketuk-ketuk kepala dia tu biar berakal sikit” kakngah menyampuk, suaranya kali ini agak meninggi.

Mataku berlaga dengan mata kaklong. Dia gelengkan kepalanya. Alamak, mesti kejap lagi dia akan buka teks tazkirahnya yang panjang berjela tu. Habislah aku, aku mengomel dalam hati.

“Adik dah buat apa ni sampai mama dan kakngah geram?”

Suara kaklong lembut dalam tegas. Aku memang lemah kalau kaklong menyoal. Antara kakngah dengan kaklong, aku lebih segan dengan kaklong sebab dia merupakan Johan tilawah Al-Quran bagi wakil qariah untuk zon Melaka. Malah, dia hebat dalam akademik. Dia pernah menjadi pelajar terbaik disekolahnya dan sentiasa mendapat keputusan yang teramat baik semasa di Jordan. Orangnya cantik, manis dan solehah. Mmmmm, aku memang segan sangat dengan kaklong, dibandingkan pula dengan diriku yang sekadar cukup-cukup makan dalam bidang akademik dan ‘serba kurang’ dalam ilmu akhirat. Mmmmmm, bagai langit dengan bumi kami berdua ni!.

‘Adik tak sengaja, adik errr sebenarnya..” aku bagai cacing kepanasan. Ayat apalah yang aku nak buat ni supaya tiada sesiapa salah faham lagi. Mmmm, serta-merta aku terkenangkan si Adiba yang bertudung labuh tu!. Sampai hati dia fitnah aku. Mentang-mentanglah aku ni ‘free hair’ semua orang sebelahkan Adiba, sedangkan mereka buta dalam celik. Aku difitnah, Aku tak sangka kawan baik aku sendiri sanggup malukan aku. Satu kolej tahu yang aku ni menggatal dengan ‘si lebai’ tu. Gara-gara terlalu baik sangatlah, aku difitnah dan dimalukan. Ada mendung dihatiku, rasa sebak dan terlalu kecewa kerana dikhianati sahabat baik sendiri.

“Cakap ajelah, tak payah nak buat muka seposen tu. Jangan ingat kakngah dan mama boleh lupakan hal semalam. Silap besar tu” kakngah menempelakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience