BAB 13

Romance Completed 10658

Keesokan harinya……

Bibir Kakngah dan mama melopong, tercengang-cengang memerhatiku dari atas ke bawah. Aku gelak kecil, menayangkan penampilan baruku kepada mereka. Amboi, pandang tak berkelip.

“Cantik tak?” Ujarku mesra, tersenyum manja kepada mereka.

Sakinah senyum meleret, menunjukkan ibu jari tanda ‘bagus’. ” Sangat cantik tuan puteri, Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH)..” ujarnya.

Fatimah menitiskan airmata kesyukurannya. Terdiam tidak terkata.

“Lah kenapa mama menangis?” Aku merengek manja. Aku peluk mama dan aku kucup pipinya.

Fatimah membalas pelukan anaknya. Sakinah turut memeluk mereka berdua. Kalau kaklong tengok perubahan adik, mesti kaklong pun menangis kan ma”

“Mama bersyukur sangat kakngah. Adik dah dapat hidayah ALLAH. Moga tenang roh arwah papa kamu kat sana setelah kamu semua menjaga aurat dengan sempurna. Kamu semua kan tahu, bapa akan tanggung dosa kalau anak perempuan tak tutup aurat, papa kamu tu pun akan terseret ke neraka tau..” Fatimah sempat lagi menyentuh hati para anaknya, moga kesemua anak-anaknya akan menjadi anak yang solehah aammiin ya rabbal alamin, doanya dalam hati.

Aku terlalu sebak mendengar kata-kata mama itu.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah (Sallallahu Alaihi wassalam) menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda “…..dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada ALLAH dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya bisa tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Nota ini aku dapat dari encik lebai , dia hadiahkan aku jubah semalam. Encik blog, aku bersyukur sangat berkahwin dengan insan yang mengajakku ke syurga, bukan ke neraka. Mmmmmm, dah empat minggu dia tak datang jenguk aku kat sini. Kenapa ya?. Aku risau dia tinggalkanku. Kenapa dia tak nak jumpa aku?, aku nak luah sesuautu kat dia. Aku nak luahkan perasaan aku. Mmmmmmm…encik blog, aku rindu encik lebai berjanggut lebat tu.

Aku berhenti menaip, aku baca semula semua tulisanku di ‘blog diariku’. Tanganku menopang dagu. Aku menyandarkan belakang badanku ke badan kerusi. Fikiranku menerawang, terkenang seseorang. Aku lepaskan keluhan beratku, sedihnya.

“Kenapa dia menghilang diri, dia selalu bagi hadiah tapi melalui orang lain. Kenapa dia tak bagi sendiri aje?. Mmmmmm, entah-entah dia sedih kut. Yalah, selama ni kan aku layan kasar aje. Pandan muka kau Mawa, masa dia ada kau tak nak hargai. Bila orang dah tak ada barulah kau nak terhegeh-hegeh cari dia..” aku mengomel sendirian, mengutuk diriku sendiri. Mengelamun.

Setengah jam kemudian….

“Assalamualaikum, cik Mawaddah cari saya ke?”

Aku yang begitu asyik dengan blog kesayanganku tersentak yang amat. Sungguh terperanjat. Hah!. Serta-merta aku bangun dari kerusi, berdiri tegak menghadap pintu masuk bilikku. Aduh, sejak bila pula encik lebai tercegat kat situ?.

Alamak, tiba-tiba malulah pula!.

“Tak jawab salam pun, salam wajib dijawab tau” si dia berpeluk tubuh, masih berdiri berdekatan pintu masukku.

Pipiku kemerahan menahan malu. Aku tundukkan pandanganku, malulah ‘konon’. Aku oles senyuman, bukaan mulutku antara nak tak nak terbuka. Senyumanku pun nampak tak nampak sahaja. Aku gelabah.

“Err.. waalaikumussalam warahmatullah”

“Saya pun rindu awak” tiba-tiba lelaki itu mengungkap ayat yang menghadirkan lagi maluku.

“Hah” aku tercengang-cengang.

Si dia senyum lebar. “Blog Secangkir Kasih Mawaddah”

Mataku terpaku memandangnya. Itu..err.. itu. Itu kan blog aku?.

“Awak kata kat encik blog nak cakap sesuatu dengan saya, cakaplah sekarang..”

Aduhai, jantungku dup dap dup dap!. “Tak ada apa-apa..” aku mengelak. Ish, malu!. Selama ini encik lebai perhatikanku melalui penulisanku di blog. Semua rahsia hati aku luahkan di blog, Alamak … kantoi!. Aku menunduk. Terasa jantung semkin ligat berlari pecut.

“Awak baru aje tulis kat blog tadi. Nak saya bacakan” usiknya dalam senyuman. Si dia menayangkan telefon samsung galaksinya yang pastinya boleh melayari internet terutama blogku. Huhuhu…

“Awak malu ye, tak apalah saya balik kat asrama baliklah ye.” Dia berpusing ke belakang, mahu melangkah keluar.

“Ubadah!.

Ubadah menoleh ke belakang. “Dari dulu lagi saya teringin nak dengar awak panggil nama sebenar saya tau, asyik-asyik encik lebai. Balik-balik encik lebai. Terasa diri macam dah tua pula” Dia mengusikku lagi.

“Saya minta maaf” luahku dengan ton suara yang lembut.

Ubadah senyum lagi. Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH)”

“Itu aje yang awak nak cakap?” soalnya tenang.

Aku renung matanya, debaran hati ini makin kuat pula. Ish, macam mana nak cakap ni!. Mulutku bagai terkunci.

“Saya nak dengar ayat lain pula”

“Errr.”

Beberapa minit aku masih malu-malu, kasihan dia. Dari tadi tercegat ke situ. Mawa, tolong beranikan diri demi tebus kesalahan kau!.

“Tak apalah, saya balik dulu”

“Ana uhibbuka fillah hatta fil jannah abadan abada (Saya sayang awak kerana ALLAH hingga syurga selama-lamanya)..” aku ungkapkan juga biarpun macam nak gugur jantung aku gara-gara terlalu gemuruh.

Ubadah berhenti melangkah, senyum penuh makna. Dia terus sahaja berpatah ke belakang, menghampiri isterinya.

Mata saling bertemu.

“Ha inilah yang saya nak dengar”

Tatkala dia berada dihadapanku, aku pegang tangan kanannya lalu aku kucup. Airmataku menitis. “Ampunkan saya awak, selama ni saya derhaka dengan awak. Saya tak jaga perasaan awak.” Tangisku mula kedengaran.

“Saya maafkan, tapi dengan dua syarat”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience