BAB 1

Romance Completed 10628

Apa menariknya kisahku, bagiku tiada istilah menarik cuma boleh ku katakan ia lebih mirip dengan kisah Dongeng Cinderella yang didera ibu tiri yang sangat kejam dan dua orang kakak tirinya pula, sangat irihati dengan kecantikan Cinderella. Aku mungkin tidak memiliki kecantikan WOW seperti Cinderella namun kami berkongsi nasib yang sama, dan realitinya ia sangat menyakitkan. Adakalanya bila sudah tidak terbendung, aku ‘membongkar’ kisahku menjadi drama buat tatapan umum. Dengan cara itu aku puas, lega dan tenang. Tak dapat cakap face to face sekurang-kurangnya ada yang tahu.

“Adik, adik pergi mana semalam hah?”

“Adik, adik dah janji kan nak teman kaklong jogging, lupalah tu”

“Adik, mama nak cakap sikit ni!”

Sekarang, jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku sedang berada dalam bilikku yang serba merah jambu, namun aku tidak merasai kedamaian dibilikku sendiri. Nak tahu kenapa, sebab ketenangan hujung mingguku telah dirampas oleh mama, kaklong dan kkngahku. Ha, betul tak apa yang aku cakap?. Kisah hidup aku mirip sikit dengan Cinderella. Buktinya, aku ada ibu yang garang macam singa, tetapi nama mamaku tersangatlah comel, secomel kamu, kamu dan kamu semua yang tengah baca blog a.k.a diari hatiku, itupun kalau ada orang bacalah kan hee. Nama ibu kandungku ialah Fatimah Az-Zahra, seorang penulis buku motivasi dan pensyarah dalam Fakulti Pengajian Islam merangkap ustazah di kolej yang sama tempatku menuntut ilmu. Apa, aku bertuah?. Hah, memang bertuah kerana aku anak seorang pensyarah yang…huh agak rumit nak diceritakan. Nanti aku terangkan lebih lanjut ya encik blogku, okay. Shuttt, ini rahsia aku, encik blog dan ‘Stalker’ blogku ini. Kepada yang baru terbaca

Diariku, aku perkenalkan diri, namaku Nur Mawaddah binti Haji Zakaria.

“Ala ma, esok-esok ajelah cakap. Orang busy ni. Hujung minggu ni hari untuk bersantai, tenangkan fikiran ma, orang bukan bangla yang tak reti nak berehat. Bangla memang kerja dia cari duit 24 jam, tapi orang anak Melayu tulen yang dilahirkan di Malaysia, siap hafal rukun negara kat dalam kepala otak ni dan orang ada ic tau. Ha itu buktinya orang ni warganegara Malaysia. Jadi, sebagai anak Malaysia yang merdeka, orang ada kebebasan nk buat apa aje..”

seperti kebiasaan, aku hebat dalam bersungut, mahu bergurau sebenarnya. Hehehe, opss!. Dalam situasi aku, aku tidaklah semalang Cinderella kerana aku pandai pertahankan diri. Tuan Puteri Cinderella sila berguru denganku, hehehe. Aku ada banyak ‘Skill’ tau.

“Amboi, amboi. Cantiknya bahasa syarahan dia. Tengoklah anak bongsu mama ni. Hebatnya berhujah” kaklongku bercekak pinggang memerliku dengan senyuman sinis, sedang merenungku dengan renungan mautnya. Ceh, nak buat aku gerunlah tu!. Alah, aku tahu kaklong geram sebab aku lupa janjiku yang mahu temankannya ‘jogging’ tadi!.

“Maaflah long, sorry. Orang lupa. Orang tertidur lepas solat subuh tadi, siapa suruh tak kejut orang” rungutku manja. Aku memang berperangai begini, manja dengan ketiga-tiga bidadari yang aku sayang. Hati mereka pun kebal melawan kedegilanku. Mmmmmm, tapi masih dapatkah aku menumpang kasih dengan mereka setelah terjadinya peristiwa malang lewat petang semalam?. Sejarah hitamku bermula pada pukul 6.20 petang, mmmmmmm…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience