BAB 12

Romance Completed 10658

Aku tak mampu berkata apa. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil, setiap perbuatan buruk di dunia ini, pasti akan dibalas-NYA. Aku mengenang diri yang serba kekurangan disisi-NYA. Ya ALLAH, selama ni aku banyak buat dosa dengan-MU. Aku ketepian soal aurat semata-mata kerana terlalu teikut-ikut dengan gaya hidup moden mmmmm, tetapi ENGKAU masih juga bermurah hati meenghadiahkan pertolongan-MU kepadaku. Sungguh aku malu pada-MU yang telah banyak memberiku nikmat dan pertolongan, hatiku sayu dan sebak. Suara hati ini menggigit-gigit kesal diatas dosa-dosaku pada ALLAH. Aku nak berubah jadi lebih baik lagi. Aku nak pakai tudung tapi…kuat ke aku?. Boleh ke aku berubah dalam sekelip mata?. Mmmmmm…

“Abang Ubadah tak pernah cintakan aku. Aku tipu kau..”

Hatiku, gembira. Mmmmm.. rupa-rupanya aku salah faham. Aku fikir encik lebai tu suka mainkan perasaan orang. Makin bertambah sayang pula kat encik lebai ni hee, bisik hatiku malu.

“Aku yang perasan, dia anggap aku macam adik aje. Sebenarnya, family dia dengan family aku saling kenal, sampai ibubapa kami pernah berharap mereka dapat jadi besan. Aku rasa tercabar sebab abang Ubadah tak ada perasaan dengan aku. Masa tu, aku tak fikir panjang. Aku terlalu ikutkan sangat hasutan iblis. Aku buat plan jahat tu sebab nak kenakan dia, sampai aku tergamak malukan kawan baik aku sendiri dan fitnahnya.. ” bicaranya terhenti. Adiba menundukkan pandangannya ke bawah.

Aku malu dengan kau, aku ni selalu ajak orang buat baik, dahkwah sana-sini bukan main lebat tapi aku sendiri yang buat jahat. Aku lebih malu dengan ALLAH. Hinanya aku…” sambungnya lagi. Adiba menangis lagi, suaranya ke dalam. Terlalu sebak.

Aku ramas jemarinya. Kali ini keempat-empat telapak tangan milik kami saling menyatu. Aku ukir senyuman kepadanya. Aku gembira kerana Adiba tak ego, berani mengaku kesalahannya.

“tapi kau dah buktikan yang kau berani. Bertanggungjawab atas kesalahan yang kau lakukan” aku susun ayat yang sesuai, mahu menaikkan semangatnya semula.

“Kalau kau nak, aku akan mengaku dengan semua orang, biar satu kampus ni tahu yang kau dan abang Ubadah tak bersalah. Akulah yang bersalah. Aku nk bersihkan nama korang..

Cepat sahaja aku pintas. “Kau jangan rungsing lagi dah. Kita lupakan hal dulu tau, lagipun aku tak perlukan redha manusia. yang penting ALLAH tahu kebenarannya.”

Adiba senyum, matanya masih basah. “Mulianya hati kau..”

“Aku masih ingat lagi kau pernah cakap dengan aku, ALLAH tak pandang dalam satu pertelingkahan tu siapa yang bersalah, ALLAH lebih pandang siapa diantara mereka yang mengaku salah terlebih dahulu, itulah sifat yang disukai-NYA. Kau dah buktikan apa yang kau cakap, kau sendiri yang tampil dulu mengaku salah. Lagi satu kau pernah cakap, manusia ni pendosa tegar, setiap masa ada aje dosa yang mereka buat sebab itulah perlunya istighfar. Selalu muhasabah diri dan perbaiki diri dihadapan-NYA, betul tak?”

Adibah angguk, terharu.

“Aku rindu nak dengar takzirah kau tau” guraunku disambut Adiba dengan tawa kecilnya.

“Kau tak bosan ke dengar celoteh aku?”

“Tak, kan benda yang baik”

Jemariku dan jemarinya saling bercantum. Aku pula yang peluknya.

“Rindunya kat kau” luahku dengan suara yang sebak bercampur girang.

“Aku lagi rindu tau..” balas Adibah pula.

Sebaik sahaja aku panjat dada katil, aku terkocoh-kocoh membuka bungkusan hadiah yang aku dapat semasa di kolejku tadi. Aku terpana. Ya ALLAH, baru sahaja hatiku terdetik mahu pakai tudung tadi, tiba-tiba kau datangkan ia dihadapan mataku. Allahuakbar (ALLAH Maha Besar), airmataku mengalir. Makin lama makin lebat.

Hidayah ALLAH perlu dicari, bukan dinanti,~ Encik Lebai~.

Senyumanku melebar. Rupanya hadiah ini dari suamiku. Aku cium dan peluk tudung labuh berwarna merah jambu, warna kesukaanku. Pandanganku kabur, aku teresak-esak menangis. Mataku melirik pandang pada baris pertama sebelum aku baca ayat tadi. Terteralah ayat ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang Lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang Perempuan, atau Perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan

mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

(Surah an-Nur Ayat 31).

Setitik demi setitik airmataku mengalir. Meskipun nota yang ditulis oleh encik lebai agak pedas dan keras tegurannya, tetapi benar-benar menginsafkanku. Aku belek tudung sarung labuh yang aku terima daripada suamiku, lalu aku cuba pakai dan bersuluh ke cermin.

“Ya ALLAH, kerana-MU aku berjilbab..” bisikku, masih menangis sambil melirik pandang diriku ke cermin yang memantulkan tubuh badanku itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience