BAB 3

Romance Completed 9795

Awin solat isyak dan kemudian dia periksa jadual utk hari esok. Yg dia malas sangat ialah, dia pun akan ikut sama sibuk mcm Adam nanti.

"Photoshoot, shooting, recording"

"Banyak gila nak kena gerak esok ni. Malasnya" rungut Awin terus terbaring atas katilnya lemah. Dia tutup laptop dan letakkan di tepi lalu terus tidur.

"Saya sayangkan awak" ucap Adam penuh syahdu.

"Saya pun sayangkan awak Adam" balas Awin pula dan bila mereka hampir berpelukan Awin terus tersedar bila dia dah selamat berada atas lantai.

"Adoi!" Aduhnya kuat dan dia buat muka bengang.

"Mcm tak ada mimpi lain je! Geli aku!" Berang betul Awin lalu terus masuk ke dalam air utk mandi dan solat. Dia masih lagi rasa yg mimpi tadi adalah mimpi paling buruk yg pernah dia alami.

"Woi! Geli aku! Dah2 la ingat!" Awin tampar pipinya agak kuat dan dia dah sedar sepenuhnya.

"Ok! Lupakan hal mimpi tu, jom trun breakfast!" Awin seru balik semangat dia dan turun ke dapur. Wah! Makan besar nampaknya hari ni bila pelbagai jenis kuih ada atas meja.

"Kak, nak buat parti ke?" Soalan Awin kalau tak pakej dgn perli memang tak sah la.

"Taj lah, abg awak la, nak bawak pergi ofis "

"Abang saya? Baiknya CEO muda ni" Awin pandang abangnya yg baru sahaja turun ke dapur.

"Sayang, Awin" tegur Arwish lalu ciuman singgah di kepala Awin dan isterinya.

"Kak, Awin nak bungkus sikit, taj sempat nak pergi ofis ni"

"Kejap akak bungkus"

"Nak pergi mana?" Soal Arwish pada Awin.

"Kena pergi Ampang. Skrg ni Awin dapat job baru dan busy sikit"

"Job baru?"

"Haah! Awin dah jdi PA kpda orang femes habis! Adam Raphael"

"Really? That handsome boy?" Awin buat muka bosan bila dengar kakak iparnya ikut sama puji lelaki yg dia tak suka tu.

"Beruntunglah Awin, dapat jadi..."

"Tak untung mana pun! Kak, thanks kuih ni. Bye abg, kak" Awin segera ambil bekas kuihnya dan berlari keluar dari rumah. Dah agak lambat nak jemput tuan femes tu! Bosan la rutin kerja aku lepas ni! Gumam Awin.

Awin memandu selaju mungkin utk sampai awal di tempat tinggal Adam dan seperti biasa dan dia dah agak Adam dah tercongok tunggu dia kat situ.

"Masuk!" Arah Awin kasar dan Adam segerakan langkah masuk ke dalam kereta.

"Kau ada temu bual dgn press, aku tak nak involve" langsung Awin bersuara bila Adam duduk disebelahnya. Tak berkedip mata Adam pandang Awin yg terus bersuara bila nampak mukanya. Langsung tak ada ucap selamat pagi atau apa2 je la. Apa yg keluar dari mulut Awin terus bab kerja. Adam dapat agak yg hari dia akan teruk habis hari ni.

"Ok, tapi kalau ada wartawan tanya pasal awak?"

"Just tell them the truth, i'm your new PA"

"Ok" Adam angguk faham dan dia perhatikan ke luar kereta. Dalam hatinya agak sedih bila dia tak dapat bekerjasama dgn seorang yg dia harapkan. Bukannya seorang yg melayannya sebagai putera raja, at least sebagai kawan. Awin ni pun teruk jugak, ada pulak dia layan Adam mcm musuh.

Press conference bermula dgn baik dan Adam memang terkenal dgn sikap ramah mesranya dgn orang lain. Awin hanya berdiri agak jauh darinya tapi setiap butir bicara mereka Awin dpt dengar dgn baik.

"Alhamdulillah, saya dah ada PA baru skrg. Cik Awina" dia perkenalkan Awin dan Awin tersenyum kpd beberapa wartawan yg pandang ke arahnya.

"Boleh kami iv cik?" Adam kelihatan serba salah dan pandang Awin dgn wajah risau. Awin mengeluh sedikit lalu datang dan duduk di sebelah Adam.

"Ya?" Soal Awin agak ramah dan para wartawan mula bertanya itu dan ini.

"Adakah cik salah seorang peminat Adam?" Soalan itu buatkan Awin rasa nak tergelak.

"Maafkan saya, saya sokong career dia sebab saya PA dia. Itu sahaja"

"Cik ada perancangan khas ke utk Adam?"

"Khas? Tak ada. Saya hanya uruskan dia bab kerja sahaja. Peribadi dia, saya tak akan terlibat langsung melainkan dia memerlukan saya. Luar waktu kerja, kami tak akan berhubung. Saya hanya pembantu dia, dan saya rasa itu semua tak lama"

"Apa maksud cik?"

"Selama ini Adam diuruskan oleh seorang yg profesional dan dia sedang cuti bersalin, mungkin selepas dia kembali ke ofis, saya tak akan jdi PA dia lagi"

"Oh, maknanya cik ni pengganti sahaja?"

"Ya" jawab Awin yakin dan Adam hanya mampu berdiam diri.

"Boleh kami ambil gambar kamu berdua?" Adam pandang Awin yg kelihatan berat hati tapi dia tetap bersetuju. Setelah selesai bergambar mereka menuju ke syarikat rakaman utk single terbaru Adam.

Awin hanya duduk dan perhatikan Adam yg berada dalam studio rakaman. Suara Adam memang sedap dan pasti cair bila dengar lunak suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience