BAB 11

Romance Completed 9795

"Terus mandi dgn air panas. Jgn sampai jatuh sakit. Aku karate kau esok" apa jenis nasihat yg Awin beri pun tak ada orang tahu. Gangster habis. Adam tersenyum dan angguk faham. Awin masuk ke dalam biliknya dan terus mandi dgn air panas. Heaven katanya. Setelah seleaai mandi Awin bancuh dua cawan susu dan dia ke bilik Adam. Dia ketuk pintu bilik Adam dan Adam yg dah selesai mandi keluar dgn pakaian tidurnya. Awin tergelak tengok pakaian tidur Adam. Ada kartun apa bagai lagi.

"Susu" sua Awin dan Adam tersenyum bahagia lalu mengambilnya.

"Adam, matang sikit lepas ni" tegur Awin sambil analisa pakaian tidur Adam dari atas sampai bawah.

"This symbol nothing" Adam bertegas dgn baju tidurnya dan Awin hanya mampu tersengih.

"Schoolmate, lets be friend. No more saya, awak. Geli" Awin bersuara pula dan Adam tersengih sedikit lalu angguk setuju. Dah memang jenis Adam bercakap secara sopan mcm tu tapi bila Awin yg mintak dia terpaksa ikut jugak.

"Genite" Awin tolak Adam masuk dalam biliknya dan tutup pintu rapat. Awin tersengih di depan pintu bilik Adam dan berjalan ke biliknya, tapi langkahnya terhenti bila ternampak Aiman yg sedang memandangnya tak jauh dari situ.

"Chief, tidur sini?" Soal Awin teruja lalu berjalan ke arah Aiman. Aiman yg kelihatan tenang dan bersahaja turut berjalan ke arah Awin.

"Bilik saya nombor 181" ujar Aiman.

"Oh, selang dua bilik dari saya, jom saya tunjukkan bilik tuan" Awin ceria berlakon sebagai pekerja hotel dan Aiman sembunyi senyum lalu ikut langkah Awin. Ralit dia perhatikan wajah yg ceria itu berjalan ke biliknya.

"Tadaa! Enjoy your stay." Awin berkata lagi dan kali ini Aiman berikan senyuman ikhlas pada Awin. Mulalah Awin rasa nak pengsan sebaik dia tengok senyuman tu.

"Thank u, awak borak dgn siapa tadi?"

"Oh, Adam. Tadi dia kena hujan, jadi saya bagi susu panas"

"Ya? Awak pun kena hujan ke?" Soal Aiman risau dan Awin tergelak sikit.

"Chief risau ke? Kalau pasal saya tak payah risau. Saya kuat. Adam tu yg chief kena risau" Awin sepertinya seronok bercerita tentang Adam pada Aiman dan pada Aiman dia tak rasa menarik langsung cerita pasal Adam. Mungkinkah dia sukakan Awin?

Adam pelik bila dia ketuk pintu bilik Awin tiada jawapan, kemudian dia keluarkan fon dan call Awin tapi tak ada jawapan. Tak lama kemudian dia terdengar suara yg sedang bergelak ketawa berjalan ke arahnya, dia berpaling dan terkejut bila Awin dan Aiman sedang berjalan bersama dan berborak senang.

"Oh! Adam!" Awin berlari mendapatkan Adam yg sedang berdiri memandang mereka berdua dgn muka selamba habis.

"Dari mana?" Soal Adam ringkas tanpa ucapan selamat pagi pun.

"Tengok sunrise! Lawa gila kot. Aku kejut kau tapi tak bangun. Lepas tu aku nak pergi sorang, kebetulan chief kaluar dari bilik" ceria sungguh suara Awin dan Adam senyum sedikit.

"Chief" Adam menegur Aiman dgn ramah dan Aiman angguk je.

"Jom breakfast!" Ajak Awin ceria dan Aiman angguk setuju. Adam pulak yg berat hati sekarang ni.

"Awin, aku nak pergi set ni. Skrip tak ingat lagi. Kau pergi dgn chief je la" Adam maklumkan dgn ramah dan Awin angguk faham.

"Ok, elok jugak suasana pagi utk hafal ni" Awin beri semangat pada Adam dan Adam tersenyum sikit.

"Saya pergi dulu chief, jumpa kat set" Adam berlalu pergi dan Awin melambai mesra lalu berjalan ikut belakang Adam.

"Kita turun sama2 Adam! Jom chief!" Awin mengejar langkah Adam dan masuk ke dalam lif bersama sama. Mereka berborak ringkas sementara menunggu Aiman masuk ke dalam lif.

"White and black coffee dalam hot cup dua. Sandwich telur Satu, sadwich sayur satu. Bungkus" pesan Awin di kaunter cafe dan Aiman hanya perhatikan gelagat Awin yg kalut.

"Saya tak minum coffee" ujar Aiman pada Awin.

"Oh, sorry chief. Chief nak apa?" Soal Awin kalut.

"Orange juice" Aiman order sendiri minumannya.

"Chief, saya pergi set dulu. Adam kena ambil breakfast nanti dia sakit perut. Kita lunch sama2 je la ya kalau sempat. Bye!" Awin berlari ke set tanpa menoleh lagi. Aiman mengeluh melihat Awin berlalu begitu sahaja tanpa hiraukan dia di situ.

"Adam" sepatah nama itu keluar dari mulut Aiman tanpa perasaan.

"Dah ingat skrip?" Soal Awin sebaik duduk di sebelah Adam di atas batang pokok kelapa yg tumbang. Adam agak terkejut dgn kehadiran Awin di situ tapi dia senang.

"Nah, white coffee and sandwich sayur" hulur Awin dan Adam ambilnya sambil tersenyum bahagia.

"Mana aci, kau punya sandwich telur" ujar Adam geram.

"Tak sihat ni, kau kan kena makan makanan yg sihat"

"Mana boleh, tak balance. Dalam telur ada protein" jawab Adam balik.

"Susah ada budak akademik ni. Nah, half" sua Awin geram dan Adam tergelak kecil. Pasal sandwich pun nak ajak gaduh dua orang ni.

"Mcm dalam movie pulak, breakfast di tepi pantai mcm ni"

"Tak payah nak jiwang movie dgn aku. Taj minat" Awin segera hapuskan angan dan awan2 Adam. Adam mencemik sebelum tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience