BAB 5

Romance Completed 9795

"Biarlah dia makan, dia bukannya ada masalah kesihatan ke apa pun" Mia pulak yg back up Jep.

"Dia kena makan benda lain. Malam ni konsert dia" Awin bersuara dan terus berlalu pergi. Dia mengeluh dan masuk ke biliknya lalu dduk di sofa.

Malamnya Adam perform sehabis baik dan semua orang gembira dgn konsert dia. Awin hanya mampu jadi tukang pandang je la. Setelah selesai semuanya Adam masuk ke dalam bilik persediaan dan dia tukarkan pakaian. Hadiah dan bunga dari peminatnya kali ini langsung tak buat dia bahagia mcm biasa. Rasanya life dia juga dah kurang fun skrg sejak Awin yg jadi PA dia.

"Jom balik, esok kena pergi PD" Awin mengajak Adam dan Adam hanya menurut apa yg Awin nak. Banyak yg Awin say no bila Adam mintak sesuatu.

"Saya nak tidur kejap" Adam terus rendahkan kerusi dan tutup mata rapat2.

'Apa kau dah buat ni Awin?' Soal hati Awin sendiri sebab dia pun sedar perubahan Adam. Kurang bercakap skrg dan banyak berdiam je. Senyuman Adam juga tak seikhlas mcm dulu walaupun dia selalu baik dgn semua orqng.

"Adam, dah sampai rumah kau" Awin kejutkan Adam yg nyenyak lena.

"Ya? Terima kasih" Adam ambil barangnya dan turun dari kereta. Awin ikut turun dari kereta dan memanggil Adam.

"Adam!" Adam berhenti berjalan dan pandang ke belakang.

"Nah!" Satu kotak pizza disuakan kepada Adam dan dia hanya mampu terdiam sebab terkejut.

"Jumpa esok" Awin terus berjalan ke kereta dan memecut pergi tanpa toleh ke belakang lagi.

Adam tersenyum sedikit bila kereta itu hilang dari pandangannya. Dia tersengih senang lalu berjalan naik ke rumahnya.

Setelah salam diberi dia terus masuk ke dalam rumah dan Iman yg baru sahaja selesai mandi pelik tengok Adam yg terlebih ceria malam ni.

"Pelik, selalunya balik je muka mcm lepas kena hempap, hari ni bahagia je. PA kau tak buat sistem pemerintahan tentera ke?"

"Man! Guess what? Dia belanja aku pizza" teruja habis muka si Adam tapi Iman mcm biasa je.

"So?"

"Fisrt dia tak bagi aku makan tau, then dia belanja aku lepas konsert" cerita Adam secara ringkas dan Iman tersengih sedikit.

"Kau ni Dam, kesian aku tengok"

"Pehal?"

"Dapat queen control"

"No la, she wants the best for me"

"Hailah, dulu kau jugak duk mengadu domba pasal dia, skrg dah sayang ya?"

"Mana ada! Dah la, aku nak mandi" Adam tinggalkan pizza atas meja dan terus berlalu ke biliknya.

Esoknya sahlah berita penuh pasal konsert semalan dan berduyun ucapan tahniah pada Adam. Awin hanya diamkan diri dan berlalu pergi dari situ. Langsung tak ada niat untuk join parti ringkas itu.

"Kesian Adam, tak boleh makan pizza semalam" Mia bersuara dan yg lain menyokong kenyataannya. Adam tersengih sedikit sebelum masukkan kek ke dalam mulutnya.

"Tak patut Awin layan Adam mcm tu" Lina pulak yg menambah skrg ni.

"Jgn salah faham. Awin tak nak saya sakit perut je masa konsert tu. Habis je konsert dia belanja saya pizza. Saya nak bawak kek ni utk dia" Adam bersuara ceria dan berlalu pergi. Mereka yg dengar apa yg keluar dari mulut Adam tadi hanya mampu ternganga.

Pintu bilik Awin diketuk dan Awin hanya perhatikan sahaja langkah Adam yg masuk ke dalam biliknya.

"Kek" Adam letakkan piring kek di atas meja Awin dan dia senyum sedikit.

"Aku puasa" ujar Awin lalu menolak piring kek itu kepada Adam. Adam tersentak namun dia cuba untuk tersenyum. Dia sendiri hilang kata2 bila Awin menolak kek yg dia bawakan khas utk Awin.

'Adam! Dia puasa la' bisik hati Adam supaya tak fikir yg bukan2.

'Bukan dia tak nak, tapi dia puasa' pujuk hati Adam lagi dan dia ambil piring tersebut keluar dari bilik Awin. Awin hanya berlagak mcm tak ada apa yg berlaku.

"Kak Aida, saya bawakan kek" Adam sua piring kek kepada Aida dan Aida ambilnya dgn gembira.

"Utk Awin kan?" Soal Aida pada Adam dan Adam senyum sedikit.

"Setiap khamis Awin puasa Adam, u tak perasan ya selama ni?" Soal Aida dan Adam tersenyum sdikit.

"Oh, dia memang selalu puasa ya?"

"Haah, kalau tak ada apa2 sebab dia selalunya puasa"

"Thanks kak, enjoy the sweetness of the cake" Adam berlalu dgn ceria dan join parti itu lagi. Pelik sungguh perangai si Adam ni.

Awin menguis pasir pantai dgn kakinya tanpa bersuara sejak tadi. Ira yg hairan dgn sikap pendiam Awin hari ni, selalunya pantai la yg paling dia suka sekali.

"Kau kenapa ni?" Ira cuit kaki Awin dan Awin memandang kawan baiknya itu lalu tersenyum.

"Aku rasa Adam tak suka aku jadi PA dia"

"Ya ke? Ok je aku tengok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience