BAB 1

Romance Completed 9795

Acapkali kita dengar perkataan Mr & Mrs Right? Apa benda tu? Well mestilah ia berkenaan dengan seseorang yang tepat untuk kita dalam konteks yang meliputi aspek tepatnya si dia hadir dalam hidup kita. Namun berlianan pula dengan Nur Awina bukan itu yang dia perlukan dalam seorang lelaki, cukuplah sekadar lelaki itu tiada ciri- ciri yg boleh menyebabkan dia menolak lelaki itu dgn satu sebab je.

"Kau ni kejamlah, apasal kau buat dia macam tu? Tu menganiaya namanya. Kesia mamat tu.’’protes Faqira merangkap kawan baiknya bersuara dan mcm biasa hanya senyuman jahat yg terbit di bibirnya.

"Nak buat macam mana dah dia bukan taste aku. jawabnya mcm biasa dan Ira mengeluh malas. Dah bosan dgn ayat sama Awin tu.

"Kau pun tahu, kalau sebut nama Naim tu, maka beratur perempuan nak kat dia, boleh kau reject dia mcm tu je?"

"Hah, sebab tu la aku reject dia! Lelaki type aku bukanlah yg jadi kegilaan ramai" sekali lagi Ira mengeluh dan akhirnya dia mengalah dgn apa yg Awin cakap. Kalau orang lain nak pak we popular tapi lain pulak dgn taste Awin. Entahlah.

"Lagipun, zaman sekolah pun dah gedik nak bercinta. Tak layan la aku" sambung Awin lagi dan Ira tergelak sedikit. Ada betulnya jugak apa yg Awin cakapkan tu. Belum masanya utk bercinta sekarang ni. Lainlah kalau dah mampu nak hidup dgn duit sendiri ke apa. Kalau masih lagi guna duit mak bapak better dont.

Dek kerana ayat berbisanya, He is not my type sampai sekarang pun dia masih lagi tak berpunya. Dah ramai yg try tapi semuanya tak penuhi type yg dia nak. Apa dia nak jenis alien pun tak ada orang tahu kot.

"Awin, jom pergi tengok wayang" ajak Ira dan Awin termenung sekejap.

"Cerita apa?" Soalnya malas.

"Cerita baru tu"

"Cerita apa?"

"Cerita melayu"

"Ya la! Cerita apa?" Awin dah naik bengang dgn sikap Ira. Ira sengih bila dia dah terbuat Awin naik angin.

"Prince Charming, hero dia hensem gila kau!"

"Kau belanja aku on!" Tersengih Awin pandang Ira dan dia senyum.

"No hal! Dia bawah syarikat kau kerja kan? Penyanyi dan pelakon baru ni. Mesti kau happy gila kan?"

"Haah, under syrikat aku kerja.tak kuasa aku nak happy sebab dia. Jumpa pun tak pernah"

"Ruginya! Kau sampai bila nak kerja lain dari bidang ni? Penat2 belajar business pergi kerja situ kenapa?"

"Aku tak ready lagi, biarlah abang aku kerja keras dulu sorang2. Aku nak enjoy dulu sebelum masuk lembah busy tu"

"Lantaklah, yg penting kau happy"

"Yes! Thats the point dar"

"Geli la bii" balas Ira balik dan mereka sama2 gelak.

Kalau ada lagi orang yg tak kenal dgn penyanyi dan pelakon baru ni memang luar biasa sangat. Adam Raphael Bin Ahmad Stephane. Nama yg sering meniti di bibir2 terutama sekali pada bibir wanita yg tertawan dgn lunak suaranya malah wajah tampannya. Maklumlah anak kacukan Jerman dan Malaysia, dari rambutnya yg agak perang, hidung mancung cantik terletak dan sebelah kanan dihiasi dgn lesung pipit kecil. Kalau sekali pandang boleh jatuh cinta la katakan.

"Adam, you duduk dulu, I panggilkan manager baru you" Adam hanya senyum dan ikut je apa yg diarahkan. Beberapa perkerja yg melintas dihadapannya pasti tak akan berkedip dan dia pula sentiasa dgn senyuman yg manis.

"Kak Aida,Awin tak nak la jadi manager dia" Awin protes habis habisan utk jadi manager melayu celup tu. Pada dia, Adam lengkap dan sempurna dalam senarai bukan jenis yg dia nak. Memang tak akan tercalon langsung dalam list pilihan hati dia.

"Tolonglah Awin, hanya Awin je yg terbaik utk jadi manager dia skrg ni"

"Kenapa? Ramai yg berminat kan?" Runsing Awin dibuatnya. Dah la mereka sebaya je.

"Sebab tu la, sebab hanya Awin je yg tak obses dgn dia. Akak rasa dia selamat kalau Awin yg jdi PA dia. Please"

"Tadi kata manager, skrg PA pulak?"

"Sama la tu. Please" rayu Aida lagi dan Awin buat muka bengang. Memang tak la dia nak lawan cakap senior tapi dia memang tak nak.

"Apa kata cari lelaki, senang"

"Tak ada! Tolonglah, Adam needs PA now. His schedule is pack" rayu Aida lagi.

"I will do it! But, by my own way"

"Yes! Thanks bii, now can I bring him here?" Soal Aida bahagia habis dan Awin angguk dgn perasaan sebal. Nampak sangat tak kisah langsung dapat jadi PA orang femes.

"Adam, ikut I" Adam angkat punggung dan ikut Aida utk berjumpa dgn PA baru dia dan lebih tepat PA tanpa rela. Habislah Adam lepas ni, mesti mcm kena tahan dgn tentera je. Habislah zaman kebebasan kau Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience