BAB 20

Romance Completed 9795

"Kau? Dah tukar kerjaya jugak ke?"

"Dah, aku kerja dgn abg aku skrg ni"

"Oh, businesswoman ke apa?"

"Boleh la" Awin gelak lagi.

"Wait, Siaras Product?" Soal Adam pada Awin dan pastinya Awin terkejut dgn soalan itu.

"Yes! No way! Exprodem Transport?"soal Awin pada Adam pula dan bila Adam angguk mereka berdua terus ketawa sakan. Awin tepuk dahinya sendiri dan Adam terus duduk tanpa dipelawa.

"Ya Allah, tak sangka betul. Senang la kerja kalau mcm ni"

"Ya la, tak sangka betul. Kebetulan ke takdir?"

"Takdir! Kuat jodoh kita ni kan?" Seloroh Awin lalu tergelak lagi.

'Amin, perkenankanlah Ya Allah' doa Adam dalam hatinya.

"Ok, lets settle this." Awin tak cakap banyak terus buka file dan mulakan kerjanya. Adam memang kagum habis dgn sikap serius Awin bila bab kerja. Segenap sudut Awin terangkan kpda Adam dgn baik dan Adam dapat faham dan jelas tentang semuanya.

"Kenapa nak guna kapal, why not aero?"

"Aero save more"

"Yes, i know that. Tapi, kalau guna ship terus sampai ke kilang di China tu. Tak perlu nak buat double transport. Tak nak product rosak" terang Awin ringkas dan Adam faham semuanya. Adam memang salute dgn cara Awin bekerja, cekap dan pandai.

"Right! Awin, i miss u" ucap Adam tiba2 dan Awin berkerut sebab tak faham apa maksud Adam. Tapi dia ambil pen dan pukul tangan Adam.

"Serius la Adam, jap lagi kita berdrama" Awin bersuara dan Adam tergelak lagi. Mereka teruskan perbincangan yg berjalan dgn baik itu.

"Nanti aku bawak kau pergi tengok kapal"

"Esok2 la eh. Dah malam ni. Satu benda pun tak nampak"

"Aku cakap pasal esok la ni"

"Ya? Sorry. Ok, jumpa esok" Awin kemaskan semua file ke dalam begnya dan skrg dia fokus pada makanannya. Adam perhatikan setiap satu pergerakan Awin. Dia tak percaya yg Awin akn berada di depan matanya secepat ini. Dia tak menyangka perjumpaan yg mcm ni.

Adam bangun awal dan dah text Awin utk breakfast sama2 di cafe bawah. Adam tunggu Awin yg belum jugak turun. Hampir sejam menunggu akhirnya Awin turun dan terus duduk di hadapannya.

"Sorry, aku pergi tengok sunrise tadi" maklum Awin dan Adam angguk faham.

"Your black coffee" sua Adam dan Awin senyum lalu meminta satu lagi cawan dari pelayan. Setelah mndapat cawannya, Awin ambil white coffee Adam dan campurkan dgn black coffeenya.

"Rasa, sedap gila" pelawa Awin dan Adam yg agak risau minum seteguk.

"Good right?"

"Yes! Love it. Kalau ada kacang cincang mesti perfect kan?"

"Entah, ya ke?"

"Yup! Aku selalu minum black coffee dgn kacang cincang. Kurang sikit pahit dia"

"Betul ke kau ni?"

"Entah, aku main hentam je sebenarnya. Tapi rasa dia heaven" Awin tergelak lagi dgn tips tak boleh dipercayai Adam tu.

"Kacang apa?"

"Hazel is good. Mana2 kacang je la"

"Kalau mati mcm mana?"

"Dah ajal, aku nak cakap apa"

"Aish! Kau ni" geram pulak Awin dgn jawapan selamba badak Adam.

Sepanjang mereka berjalan di pelabuhan Adam terangkan cara produk yg syarikat Awin keluarkan akan di transport dan Awin angguk faham. Mereka bercakap soal business dgn serius dan mendapat cara kerjasama yg baik.

"Thats all. Yakin dgn kami?" Soal Adam pada Awin.

"Yakin! In sha Allah semuanya berjalan dgn baik."

"In sha Allah. Jom lepak?"

"Mana?"

"Tepi pantai."

"Ok. Aku nak makan jagung bakar dan aiskrim"

"Ok! Aku belanja"

"Yes! Aku tunggu kau kat batang kelapa tu. Cepat sikit tau"

"Yes madam. Tunggu sana kejap" Adam terus berlari ke gerai jagung bakar.

"Abg, jagung bakar 4." Pesan Adam dan dari jauh dia boleh nampak Awin yg sedang termenung. Adam belikan pula aiskrm dan berjalan ke arah Awin. Setelah dia duduk di sebelah Awin, Awin ambil jagung bakar itu dan duduk bersila di atas pasir pula. Adam ikut apa yg Awin buat dan mereka jadikan batang kelapa itu tempat bersandar.

"Awin, aku tanya sikit boleh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience