BAB 2

Romance Completed 9795

"Adam, this is Nur Awina, your new PA" senyuman manis dihulurkan sebagai salam perkenalan dan Awin pandang Adam mcm nak telan. Aida dah tersengih sedikit. Bukan dia tak kenal Awin ni bila dia kata tak suka sampai kiamat la dia tak suka kot.

"Selamat bekerjasama" Aida terus berlalu dari kawasan dingin itu. Yg penting dah dapat PA baru utk Adam. Selesai satu masalahnya. Adam telan liur risau bila tengok mula bengang Awin. Langsung tak tunjuk yg mereka akan jadi mesra.

"Saya Adam Raphael" Adam perkenalkan dirinya dgn sopan dan Awin masih lagi dgn lagak nak bertinju dia tu la.

"Satu syarikat ni sibuk cerita pasal kau. Kau ingat aku tak tahu ke nama kau?" Soal Awin dingin dan Adam terus memandang lantai. Rasa gerun nak pandang mata garang Awin.

"Bagi nombor fon kau!" Arahnya tegas dan Adam pandang pelik.

"No worry la, aku tak berminat langsung pun dgn kau ni."

"Ya" Adam pulak yg jadi tergagap gagap bila nak bercakap dgn Awin.

"Mana satu nombor private kau?" Soal Awin lagi dan Adam tunjukkan telefonnya.

"For now on, aku akan belikan lagi satu fon utk kau. Nombor yg guna utk kerja kau. Nombor private kau lantak kau la nak buat apa, tapi aku perlukan nombor tu. Kau kisah tak aku ada nombor tu?" Soal Awin lagi.

"Tak kisah" jawab Adam cuba bertenang walaupun dia dah rasa berpeluh satu badan sekarang ni.

"Good, ni nombor aku. Lantak kau la nak simpan ke tak" Awin serahkan business card dia dan Adam sambutnya dgn baik. Awin pandang Adam yg kelihatan resah dan kekok.

"Ada a few syarat yg kau kena obey nanti, tapi tu lain cerita. Mulai skrg, aku yg akan ambil kau dan drive kau mana je kau nak pergi. Boleh?"

"Boleh"

"Good, kau ada apa2 aktiviti tak hari ni?" Soal Awin pada Adam dan dia terus keluarkan jadualnya.

"Ada, interview sikit."

"Ok! Aku Awin, panggil aku Awin je dan aku harap kau tak buat hal sepanjang aku jdi PA kau ni. Kalau rasa taj suka cara aku, adu cepat2. Aku tak peduli kau suka aku ke tak" keras je Awin bercakap dan Adam hanya angguk faham. Siapa yg tak takut bila pertemuan pertama pun dah macam nak ajak perang.

"Guna kereta pejabat je, dan bila bab kerja je kau perlukan aku. Bab lain, aku tak peduli" Awin bersuara lagi dan Adam dah mcm burung belatuk asyik angguk je kerjanya.

Adam balik kondonya dgn muka masam habis. Tak ceria mcm biasa langsung. Iman yg jadi kawan serumah dia selama beberapa tahun ni tak pernah tengok Adam kusut sampai macam tu sekali.

"Pehal ni bro?" Soal Man lalu duduk di sebelah Adam yg dah mcm lepas break dgn awek je gayanya. Baring tak berdaya pada sofa mcm puasa tak berbuka sampai sudah.

"Dah dapat PA baru" lain benar suara Adam kali ni.

"La, baguslah! Tak ada la kau sibuk sangat nanti"

"Tak bagus Man" mcm nak menangis je suara Adam skrg ni.

"Kenapa pulak? Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan"

"Ha! Ni mesti obses dgn kau sampai buat kau pening kan?" Man meneka dan tersengih. Dia tahu tak ada perempuan yg akan tolak kawan baiknya ni.

"No man, i think she hates me"

"Ha? Takkanlah! Biar betul?"

"Betul Man, aku takutlah dgn dia"

"Kenapa? Dia buat kau mcm askar ke?"

"Mungkin. Strict habis!"

"La, kau jugak nak yg mcm tu kan?"

"Bukan mcm tu Man, at least she can gimme a smile"

"Dia tak senyum langsung ke?"

"Nope! Not even once." Man tergelak kecil bila terbayang ada perempuan yg tak suka dgn Adam ni. Nampaknya ada jugak yg tak berminat dgn lelaki sehensem Adam ni.

"Sabar la bro! Heran aku, ada jugak yg tak suka kau eh"

"Aku pun manusia jugak Man" Adam senyum sekilas lalu beransur ke biliknya utk mandi dan solat isyak. Penat betul badan dia sepetang di studio di bual bicara tu.

Begitu jugaklah masamnya muka Awin bila balik ke rumah. Langsung tak nampak ceria dan bahagia mcm biasa. Abangnya, Arwish pelik dgn tingkah adiknya itu.

"Peliknya Awin tu" tegur isterinya, Fathia bila lihat adik iparnya balik terus menonong ke bilik.

"Tu la pasal, ada benda tak kena kat ofis la tu"

"Agaknya la kot. Jom tidur bang" ajak isterinya manja dan Arwish tak tunggu lama terus tutup surat khabar dan berpimpin tangan ke bilik bersama isterinya.

"Abg nak Tia cakap dgn Awin?" Soal Tia bila mereka melewati bilik Awin.

"Tak yah la, kalau dia ada masalah dah lama dia cari awak kan?" Tia senyum sedikit bila suaminya memerli hubungannya yg terlalu rapat dgn Awin. Awin sangat mesra dan baik dgn Tia dari hari pertama mereka berkenalan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience