BAB 6

Romance Completed 9795

"Kau yg tak hadap dia hari2. Aku ni yg duk hadap dia"

"Why do u care?"

"Aku tak care, tapi aku malas nak menjawab dgn boss aku tu. Katanya Adam dah tak ceria mcm dulu. Mana la aku nak tahu kenapa kan?"

"Oh, aku rasa sebab..."

"Kau ni! Cakap kasi habislah"

"Kau jgn marah"

"Tak adanya!"

"Kau bertegas sangat dgn dia kot. Ya, aku tahu he is not your type, tapi kau tak patut layan dia dgn muka bengang semua. Bukannya dia pernah lamar kau ke apa kan? Type yg kau cari tu utk pasangan hidup kan, bukannya kawan. Betul tak?" Panjang ayat yg keluar dari mulut Ira buat Awin terfikir sejenak. Ada benarnya apa yg Ira cakap, sekalipun Adam bukan type yg Awin cari, tak ada masalah jika mereka berkawan.

"Betul jugak! Kenapalah aku tak fikir pasal benda ni kan?"

"Kau rasa aku betul? Alhamdulillah" Ira tersengih bila buat ulung kalinya Awin dengar cakap dia dan terima idea dia tanpa bantahan.

"Betul la tu, bukannya aku nak kawin dgn dia pun. Kan? Alahai...tak matang sungguh aku ni" Ira tepuk bahu Awin lembut. Awin tersengih dan fikirkan apa yg dia perlu buat esok.

Pagi2 lagi Awin dah sampai utk menjemput Adam. Berkobar kobar semangat dia nak berubah hari ni. Bukannya dia nak jadi kamceng ke apa, cukuplah sekadar mereka boleh bekerjasama dgn baik dan agak mesra. Dia tahu yg ramai mulut2 kata dia agak kejam terhadap Adam. Memang agak kejam bila tolak semua yg Adam nak buat dan langsung tak pedulikan Adam.

"Teruknya aku jadi manager!" Awin marah dirinya sendiri dan bila Adam masuk ke dalam kereta dgn wajah selamba habis senyuman Awin mula menghilang.

'Dia memang tak suka kau la' Awin meletakkan kepala atas steremg kereta dan mengeluh. Adam pandang Awin yg kelihatan agak pelik berbanding biasa. Selalunya Awin terus pergi tanpa banyak hal.

"Awak ok?" Soal Adam ringkas walaupun dia dapat agak yg Awin tak akan jawab soalan dia tu.

"Aku nak singgah beli coffee jap" Awin memandu keluar dari perkarangan kondo dan memandu ke sebuah cafe kegemarannya.

"Tunggu jap" Awin turun dari kereta dan masuk ke dalam cafe.

"Mal, coffee dua"

"Black?"

"Both"

"Really? Kau suka white ke?"

"No la, kawan"

"Ok!" Kamal menyediakan apa yg Awin mintak. Setelah membuat bayaran Awin tarik nafas sebelum masuk ke dalam kereta. Adam pandang apa yg ada di tangan Awin.

"Tolong pegang jap" Adam ambil bekas itu dan hanya berdiam diri. Setelah mereka berdua sampai di set shooting, masih terlalu awal dan Awin serba salah nak ajak Adam join dia breakfast. Dulu Adam selalu dah breakfast dan cekap malah bersedia dgn sempurna. Sejak Awin jadi PA nya dia mula malas nak buat semua tu. Hanya jadi robot dan ikut je apa yg Awin nak.

"Adam!" Panggil Awin agak kuat kerana Adam berada jauh darinya.

"Ya?" Soal Adam sambil berjalan ke arah Awin.

"Dah breakfast?" Soalan yg tak pernah Awin tanya selama ini.

"Be...belum" Adam memang rasa sangat yg Awin berperangai pelik.

"Jom! Join aku breakfast" ajak Awin dan cuba create situasi biasa.

"Really?"

"Yes! Sit."

"Ok"

"Kenapa tak breakfast?. Sepatutnya kau tak tinggal breakfast. Btw, your coffee" satu hot cup diserahkan pada Adam dan Adam masih lagi teragak agak nak terima. Siapa tak terkejut bila Awin berubah 360 darjah, langsung tak sama mcm semalam. Pelik la Adam rasa skrg ni.

"Kakak ipar aku buat donut, jom makan" ajak Awin mesra. Walaupun dalam hatinya tahu yg dia berlagak pelik dia terpaksa jugak, sebab dia tak pandai nak minta maaf macam mana dgn si Adam tu. Adam pandang Awin yg hanya khusyuk pandang meja.

"Makan cepat, nanti dah nak start shooting" Awin menyuakan donut kepada Adam dan Adam ambilnya lalu disuapkan ke dalam mulut. Dia minum coffee dan kemudian dia terbatuk.

"Kenapa?" Soal Awin pelik.

"Pahit, black coffee eh?" Soalnya pada Awin dan Awin tersengih sedikit.

"Sorry, this one white coffee" Awin tolak yg dia punya kepada Adam. Tersilap cawan rupanya.

"Thanks" ucap Adam ikhlas dan Awin hanya senyum sedikit lalu pandang ke tempat lain. Terasa masa berjalan dgn sangat lambat.

"Alhamdulillah, saya dah kenyang. Terima kasih" ucap Adam lagi dan Awin hanya tersenyum ringkas. Langsung wajah Adam tak dipandang.

Iman pelik tengok reaksi Adam kali ini, macam pandang tv tapi dahi berkerut. Nak kata Adam tengok cerita aksi ke apa tak jugak, berita je pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience