BAB 12

Romance Completed 9795

"Kau pernah tengok cerita lakonan aku?" Dah lama Adam berniat nak tanya soalan tu hari ni dia dapat keberanian sikit nak tanya.

"Tengok, kat rumah Kak Tia gilakan kau, bila lepak dgn Ira, dia pun gilakan kau"

"Ya? Alhamdulillah" Adam tahu walaupun Awin tak berminat nak tengok dia at least Awin tengok jugak.

"Thanks for the breakfast. Tapi, chief breakfast dgn siapa?" Soal Adam pada Awin dan Awin tepuk dahinya sendiri. Baru tersedar yg dia tinggalkan chief mcm tu je tadi.

"Adam, good luck utk shoot nanti. Aku nak pergi cari chief jap" Awin bangun dari duduk dan ingin berlalu pergi.

"Tak perlu cari saya, saya jumpa awak dulu" Awin tersengih risau bila nampak Aiman betul2 dibelakangnya.

"Chief dah makan?" Soal Adam dan Aiman hanya mengangguk.

"Adam, dah nak start tu. Pergilah. Good luck!"

"Ok! Saya pergi dulu chief" Adam melangkah pergi ke set di mana semua orang telah bersedia. Awin pula kekok dgn situasi sekarang ni dan dia tak tahu nak buat apa bila berdua dgn Aiman. Aiman punya karakter memang memenuhi apa yg Awin cari dalam lelaki idamannya tapi Awin rasa agak mustahil jika orangnya adalah Aiman sendiri.

"Sorry chief, chief makan apa je tadi?" Soal Awin buat2 selamba habis walaupun tak menjadi. Dia bukanlah pelakon mcm Adam.

"Omelette"

"Lagi?"

"Roti bakar"

"Lagi?"

"Tu je?"

"Haah, awak makan apa?"

"Half sandwich telur."

"Half lagi?"

"Adam yg bedal. Geram betul saya" Awin tergelak sedikit dan dia mengemas tempat makannya sambil tersenyum.

"Betul ke awak tak obses dgn Adam mcm yg Aida cakap?" Soalan yg keluar dari mulut Aiman kali ini agak pelik dan Awin berhenti dari mengemas dan memandang Aiman.

"Maksud chief?" Soal Awin pelik.

"Maksud saya, awak mcm tahu semuanya pasal Adam" setelah ayat itu keluar dari mulut Adam, Awin terus tergelak kecil.

"Chief, saya dan Adam dah 4 months. Takkan saya tak kenal dia lagi. Saya ikut dia ke hulu ke hilir tau" Awin masih lagi dgn sisa tawanya dan dia dapat rasakan kelakar betul soalan Aiman. Mcm soalan yg boleh menimbulkan kontroversi.

Awin dan Aiman berjalan di pantai bersama sama dan Awin rasa sangat kekok malah dia nak tahu sangat apa yg Aiman lakukan di PD.

"Awina, awak nak aiskrim?"

"Nak, ada ke?"

"Ada, kejap" Aiman berlari anak ke arah seorang pak cik yg menjaja aiskrim. Awin tersenyum melihat Aiman.

'Kau suka dia ke Awin?' Bisik hati Awin lalu dia sendiri tersenyum senang.

"Wah! Jellyfish la" teruja Awin bila melihat seekor obor2 yg tersadai ditepi pantai. Pada anggapannya Obor2 itu masih hidup dan ingin kembali ke laut. Tanpa berfikir panjang Awin terus menolong obor2 itu dgn menolaknya masuk ke dalam air dgn tangan tanpa dia tahu yg obor2 itu bahaya dan berbisa.

"Ah!!!" Jerit Awin kuat bila tangannya terkena sengat dan dia terus terduduk kerana kesakitan yg teramat. Aiman yg terkejut terus buang aiskrim ditangannya dan berlari mendapatkan Awin.

"Awina, kenapa ni?" Soal Aiman risau habis dan kemudian ada beberapa orang yg mendekati mereka.

"Kena sengat dgn obor2 kot. Baik bawa pergi hospital. Bahaya bisa dia tu" maklum seorang pak cik yg turut berada di situ. Tanpa fkir banyak terus Aiman angkat badan Awin dan berlari ke keretanya, Adam yg melihat Aiman berlari ke kereta tinggalkan set yg masih lagi berjalan dan ke kereta Aiman.

"Chief, kenapa?" Soal Adam kalut.

"Awina injured" maklum Aiman kalut.

"Ya Allah, Awin, kenapa ni?" Soal Adam risau bila tengok tangan Awin dah bengkak habis.

"Adam, u stay here. Finish your shoot. Saya bawa Awin ke hospital" sebaik ayat itu keluar terus Aiman memecut pergi. Adam mengeluh dan dia rasa risau dgn keadaan Awin.

Adam kembali ke set,walaupun dia dah tak ada mood nak shooting tapi dia terpaksa habiskan dgn segera, kalau tak dia tak boleh susul Awin ke hospital.

"Kenapa Adam?" Soal director kpd Adam.

"PA saya injured. Lets finish it fast. Saya nak susul dia" Adam maklumkan hasratnya dan pengarah itu bersetuju.

"Tak perlu risau, dia ok je. Nasib baik bisa itu tak melarat. Petang nanti dia dah boleh balik. Tunggu bengkak dan merah2 pada tangan dia hilang sedikit"maklum doktor yg merawat dan Aiman boleh rasa lega sedikit. Aiman ucapkan terima kasih kepada doktor itu dan duduk di sebelah katil Awin. Awin tersenyum sedikit dan memandang Aiman yg kelihatan kusut.

"Why u touch it?" Soal Aiman dgn nada serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience