BAB 4

Romance Completed 9795

"Ok?" Soal Adam pada komposer lagu berunya.

"Ok, tapi ada a few notes yg tak sampai"

"Oh, sorry" pinta Adam ramah dan Zack tersenyum. Zack senang dgn perangai rendah diri yg ada pada Adam.

"Chill dulu, Alif, kau ajar Adam" setelah Zack arahkan pembantunya, terus Alif masuk ke dalam studio bersama dgn Adam.

"Hai! PA Adam?" Sapa Zack mesra pada Awin dan Awin senyum sedikit.

"He is easy going" Awin hanya mampu tersenyum.

"Apa nama u?"

"I? Awin"

"Hai Awin, I zack" mereka berkenalan dan berbual agak mesra. Adam yg perhatikan semuanya dari dalam rasa sedih. Rasa sedih bila Awin tak mampu melayannya semesra itu.

"Adam, this note tinggi tau. Try" Alif pandang Adam yg tengah pandang ke luar.

"Adam" tangan Alif menepuk bahu Adam dan Adam tersedar.

"Ya? Apa?"

"Kau penat ke? Rest la dulu, nanti kita sambung"

"No, ok je. Apa kau cakap tadi?"

"Part ni, note dia tinggi"

"Ok! Get it."

"Ok! Jom try habis baik dan balik" Alif beri kata2 semangat dan Adam tersenyum senang.

"Bang, jom" Alif memaklumkan Zack dan Zack ikut sama bersedia. Bila Adam mula menyanyi semua orang fokus pada nyanyiannya dan Awin juga terpaku pada nyanyian itu. Sangat menusuk jiwa rasanya.

"Perfect!" Zack kali ini berpuas hati dgn nyayian Adam. Adam keluar dari studio dan tersengih bahagia.

"Thanks bro, senang kerja abg kalau semua penyanyi mcm kau ni" Zack memuji Adam dan Adam hanya tersenyum je.

"Deep tau, kau baru lepas frust ke?"

"Mana ada bang. Lagu abg yg best"

"Pandailah kau! Dah, pergi makan"

"Pergi dulu abang, Alif" Adam berjalan keluar setelah pamit dan berjalan lebih hadapan drpd Awin.

"Kau nak makan kat mna?" Soal Awin bila Adam hanya menonong pergi tanpa bersuara.

"Saya tak nak lunch"

"Kau jgn nak mengada! Dah, jom pergi makan. Nanti kau nak shooting pulak" Awin terus masuk ke dalam kereta dan membawa Adam ke sebuah restoren yg agak mewah. Adam hanya mampu menurut dan melangkah masuk ke dalam restoren dgn malas.

"Nak makan apa?" Soal pelayan itu ramah.

"Set lunch"

"Saya nak jus honey dew"

"Kau kena makan"

"Tak nak, perut saya tak selesa" Awin buat muka geram tapi bila Adam langsung tak pandangnya dia mengalah.

"Encik ni Adam Raphael kan?" Soal pelayan itu teruja dan Adam terus tersenyum manis dan mengangguk.

"Wah,hensemnya!" Puji waiter itu secara terangan dan Adam cover mukanya yg mula blushing.

"Kami nak cepat dik, sorry" Awin bersuara bila waiter itu dah ada gaya lupa ingatan.

"Ya, maafkan saya." Terus pelayan itu berlalu pergi dgn cepat dan Awin pandang Adam yg kelihatan tenang sahaja.

Sebaik makanan sampai ke meja makan Adam hanya berdiam diri dan minum jusnya. Awin pandang Adam dan dia agak geram dgn sikap Adam. Pelik sungguh si Awin ni.

"Makan ni, kau nak shoot sampai petang" makanan yg di order Awin diberikan kepada Adam. Adam angkat muka dan pandang Awin tapi dia menggelengkan kepala.

"Makan!" Tegas sekali Awin bersuara dan Adam hanya mampu menurut dalam keadaan terpaksa.

Sebulan dah berlalu dan tiada yg baik dalam hubungan mereka berdua. Adam masih lagi mencuba utk membaiki hubungan mereka tetapi Awin terlalu berkeras.

"Saya nak makan pizza" Adam bersuara dan Awin jelingnya sekilas.

"No"

"No?" Soal Adam kecewa.

"Jgn nak manja sangat boleh tak?"

"Ok" lemah je Adam jawab dan dia terus berlalu dari situ. Semua mata di meja makan pandang Awin.

"Awin, kesian Adam" tegur Jep dan Awin mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience