BAB 13

Romance Completed 9795

"Saya tak tahu dia bahaya, saya just nak selamatkan dia dan masukkan dia dalam laut balik" Awin cerita niat baiknya dan Aiman mengeluh lagi lalu kuak rambutnya ke belakang.

"Terima kasih" ucap Awin sambil tersenyum manis dan kedut di dahi Aiman berkurang sedikit.

"Over tau, chief angkat saya" maklum Awin, sebenarnya dia malu bila teringat peristiwa tadi.

"Kalau perlu saya rela kendong awak sampai hospital" kali ini Awin ketawa bila dengar Aiman cakap mcm tu. Rasa kekakar ke? Aiman hanya mampu diam dgn gelagat Awin yg tak ambil serius dgn apa yg dia cakap.

Adam yg berada di luar wad Awin hanya mampu berdiri di situ. Serba salah dia nak masuk tapi, dia dah berada di situ dan akhirnya dia menolak pintu dan memberi salam.

"Awin, Chief" sapa Adam sambil tersenyum.

"Adam! Dah habis kerja?" Soal Awin dgn teruja bila nampak muka Adam. Adam angguk dan berjalan ke katil.

"Wah! Donut" itu yg buat Awin teruja sebenarnya. Makanan kegemarannya yg Adam bawa. Adam tersenyum senang lalu duduk di sebelah Awin. Bekas donut itu dihulurkan kepada Awin. Ceria sungguh muka Awin menerimanya.

"Thank u" ucap Awin ikhlas dan Adam angguk sambil tersenyum lagi.

"Makanlah dgn chief" maklum Adam bila Awin hanya ingatkan dirinya dan lupakan orang sekeliling. Bila jumpa donut je mcm ni la jadinya.

"Chief nak?" Soal Awin pada Aiman.

"Makanlah, saya tak nak" Aiman dgn tenang menolak . Memang bukan jenis Aiman makan makanan yg manis.

"Kau nak?" Soal Awin pada Adam pula dan Adam turut menolak. Senang dan kenyang perutnya bila tengok Awin bahagia habis dapat makan donut.

"Dah call abg kau?" Soal Adam pada Awin dan Awin angguk.

"Dia datang ambil bila discharge nanti".

"oh, so, aku drive balik KL sorang la ni?"

"Haah! Nak aku ikut ke?" Soal Awin balik.

"No la, rest ok." Awin senyum dan angguk senang. Mcm mana nak drive tangan pun dah besar mcm batang pokok kelapa.

Semasa Arwish dan Tia tiba utk menjemput Awin, merke berdua terkejut bila ada dua orang lelaki segak berdiri di sebelah Awin. Adam semestinya dikenali tetapi kewujudan Aiman tu yg jadi misteri.

"Arwish, abg kpd Awin" Adam dan Aiman bersalam dgn Arwish.

"Abg, kak, ni chief Awin, Aiman. And this is Adam"

"Siapa tak kanal Adam ni?" Arwish bersuara lalu tergelak.

"Saya Adam" sopan Adam memperkenalkan dirinya.

"Mesti kak Tia kan?" Soal Adam pada Tia dan Tia teruja habis bila Adam kenal dirinya.

"Thank u for the breakfast." Ujar Adam lagi sambil tersenyum.

"Oh, sebab tu Awin selalu bawa bekal lebih. Sedap ke?"

"Sedap" Adam menjawab dgn ceria dan yg lain hanya mampu pandang dgn krik krik. Adam memang terkenal dgn sikap ramahnya jadi tak ada orang yg tak selesa bila bersama Adam.

Pagi itu kecoh satu ofis dgn berita yg tak disangka.

'Adam bersama kekasihnya di PD' satu tajuk yg berat dan membuatkan kontroversi yg besar. Semua orang tertanya tanya dgn kesahihan berita itu. Banyak call yg masuk dan Adam sendiri tak larat nak melayannya. Awin pula hanya tenang kerana tak tahu apa2 pasal berita itu. Awin masih lagi berehat setelah balik dari PD. Tangannya masih lagi sakit.

"Adam, in my office now!" Tegas dan garang sekali Aiman memanggil Adam ke biliknya. Adam pandang orang lain yg turut sama risau.

"Chief" sapa Adam bila melihat muka bengang Aiman.

"Berapa kali saya nak cakap. Jaga attitude! Skrg ni dah ada kontroversi! Siapa pulak yg jadi kekasih awak ni?!" Tinggi sungguh suara Aiman memarahi Adam. Adam hanya mampu diam menikus. Dia sendiri tak pasti siapa sebarkan gambar itu dan entah siapa perempuan yg dianggap jadi kekasihnya.

"Awin! Adam ada kekasih ke?" Soal Tia kalut, sanggup dia berlari dari dapur ke ruang tamu. Awin yg seronok tengok kartun pelik dgn soalan itu.

"Apa akak mengarut ni?"

"Tengok ni" majalah hiburan ditunjukkan pada Awin dan Awin teliti dan baca artikel itu sepenuhnya.

"Ya Allah, Awin ni kak. Masa tu kami jalan2 sama2 bila Adam habis shooting" Awin rasa bersalah dgn apa yg jadi. Dia berlari naik ke bilik dan bersiap utk ke ofis.

"Kak, mesti Adam kena teruk ni. Awin pergi ofis jap" Awin ambil kunci kereta dan terus pergi ke ofis. Telefon utk kerja Adam ada dgn Adam sebab tu tak ada call masuk. Dia cuba call Adam berkali kali tapi tak ada orabg angkat.

Sebaik dia sampai ke pejabat dia terus mencari Adam.

"Awin, baguslah kau datang. Adam kena teruk kat dalam tu dgn chief" maklum Min dan Awin terus menuju ke pejabat Aiman. Tanpa ketukan dia terus terjah masuk mcm tu je. Sah la dua orang tu terkejut dgn kehadiran Awin. Bukan dua orang, tiga sekali dgn Aida pun ada sama.

"Awin!" Aida dan Adam bersuara bila Awin ada disitu.

"Tu semua salah faham je. That girl in the pic is me." Semua orang terkejut dgn kenyataan Awin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience