Keesokkan harinya, mereka berdua pergi ke gudang itu. Tao meninggalkan Alice di depan gudang kerana dia ingin pergi ke satu tempat.
Alice berjalan lalu kepalanya dihantuk dan dia tidak sedarkan diri. Salah seorang pekerja Encik Kim menyimbah air ke muka Alice. Alice pun terjaga.
"Kurang ajar! What the hell are you doing?" kata Alice. Encik dan Puan Kim pun datang menghampirinya bersama Nini. Encik Kim menepuk tangan sambil tersenyum melihat Alice.
"Well, well, well. Alice, kau ni memang suka cari pasal kan." kata Encik Kim. "Woi, orang tua. Gi mati lah. Kesah pulak aku." kata Alice. Lalu Puan Kim datang menghampirinya dan menampar mukanya. Nini kelihatan sungguh gembira melihat keadaan Alice.
"Hahaha. Finally kau sentuh jugak muka aku." kata Alice sambil tersenyum sinis memandang Puan Kim. Encik Kim mahu menembak Alice lalu Tao pun datang dan menyepak tangan Encik Kim. Kris pula membuka ikatan Alice.
"Habislah Alice dah terlepas." kata salah seorang pengawal itu. Tao dan Kris berlawan dengan pengawal Encik Kim. Pengawal Encik Kim pun pergi ke arah Alice yang berusaha bersungguh untuk mengejar Nini, Encik dan Puan Kim. Sasarannya ada tiga orang.
Dia mahu humban Encik Kim dalam penjara kerana dia tahu. Encik Kim pasti mendapat hukuman gantung. Bagi Puan Kim dan Nini pula, dia mahu mengadakan sesi menyeksa mereka.
Seorang pengawal mengacukan pistol tetapi tidak sempat kerana Alice lebih laju dan tangkas. Seorang sudah tumbang dan tangannya sudah patah dikepak Alice. "Hahaha. Aku dah dapat pistol. Get ready Rubbish!" kata Alice sambil memberi senyuman jahat kepada semua pengawal itu.
Satu persatu pengawal mati kerana ditembak tepat pada kepala mereka. Sebenarnya Alice memang suka tembak di bahagian kepala.
Peluru terakhir terkena kaki Encik Kim. Lalu orang tua itu rebah.
Dia mengejar Nina dan dia dapat menangkap perempuan gedik itu. Hanya Puan Kim saja yang tinggal. Puan Kim menyorok di sebalik kotak-kotam yang banyak itu.
Tiba-tiba Puan Kim menyerang Alice dengan menggunakan pisau rambo. Alice sempat mengelak dan merampas pisau itu. Alice mencederakan tangan Puan Kim. Puan Kim pun cuba berdiri dengan tangannya memegang cermin kereta tetapi Alice membaling pisau rambo itu tepat ke tangan Puan Kim.
Pisau itu tembus dan melekat dekat cermin kereta. "Hahaha. Kau nak lari kat mana." tanya Alice sambil menarik rambut Puan Kim.
Yang lain dan termasuklah Encik Kim sudah dibawa keluar tetapi mereka pelik. Di mana kah Alice, Puan Kim dan Nini. Hanya Tao sahaja yang tahu di mana tempat itu.
Share this novel