Chapter 10

Crime Series 4382

Keesokkan harinya, Alice dapati dirinya tidur di dalam bilik Tao. "Mana Tao ni.?" kata Alice dalam hati. Dia pergi ke cermin yang terletak di tepi pintu tandas dan melihat keadaan dirinya. "Well, betul kata Kris. Cantik juga aku ni?" kata Alice.

Tao pun keluar dari bilik air, dia baru sahaja habis mandi. "Ooo, Tao. Awak dah habis mandi rupanya." kata Alice. Muka Alice terkejut seperti baru nampak hantu.

Tao pun merapatkan dirinya dengan Alice. Alice berundur ke belakang secara perlahan. Tiba-tiba dia sudah sampai ke dinding. Tao yang baru sahaja habis mandi itu pun melangkah kedepan kemudian meletakkan sebelah tangan nya ke dinding.

Tangan Tao memblock Alice kerana di sebelah kirinya terdapat almari dan di sebelah kanan nya terdapat tangan Tao yang berotot.

"Kenapa awak cakap yang saya 'sudah mandi rupanya'. Awak nak join saya ke.?" kata Tao sambil mengangkat kening sebelah kanan sambil memandang Alice dengan wajah yang menawan.(Jangan cakap apa-apa writer pun cair jugak ni)

Alice terpaku, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Tao yang melihat keadaan Alice itu tersenyum. Dia melepaskan tangannya dari dinding. Kemudian, sebelum dia pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Dia sempat mengelipkan matanya.

Alice memang cair sehingga dia terjatuh kerana kakinya mula lembik. Alice cuba menarik nafas dan cuba membuatkan jantungnya berhenti berdegup dengan kuat.

Tao yang melihat keadaan Alice itu pun sedikit tergelak dan terus senyum kearah Alice. Dia berasa kesian pula dengan gadis itu. Dia terus pergi ke arah Alice. Dia mengangkat Alice seperti bridal style. Dan bawa Alice ke dalam bilik air dan letakkan Alice ke dalam tub mandi.

"Awak tak nak mandi ke?" tanya Tao. Alice masih lagi terpaku dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan. "Ke awak nak saya tolong mandikan awak." kata Tao sambil meletakkan kedua-dua tangan di pinggang nya.( pinggang Tao ye)

"Eh! Tak! Saya bo..boleh mandi sendiri." jawab Alice gagap. 'Baguslah. Kalau macam itu. Ingat ke nak saya mandikan tadi." kata Tao sambil tersenyum melihat Alice.

Alice sudah mandi dan bersiap untuk pergi ke dapur. Terdapat dua hot coffee dan dua pinggan pancake. "Mari makan." kata Tao.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience