Alice memakai baju uniformnya. Dia nampak kemas. Sekarang, dia hanya mementingkan disiplin, tanggungjawab dan bersikap tegas. Oleh itu dia tidak akan tersasar dari jalan yang betul.
Dia menghidupkan ejen kereta Mini Coopernya dan terus pergi ke tempat kerjanya. Semua yang ternampak dia akan menunduk, itu sebagai tanda hormat. Tetapi dia tidak pernah bersikap tinggi diri. Dia tidak mahu menjadi seperti budak-budak yang pernah membulinya dulu.
Semua orang berasa senang apabila bekerja dengannya. "Daniel, selamat pagi." tegur Alice kepada pekerjanya. "Selamat pagi Cik Alice. Wah nampak berseri Cik Alice hari ni."puji Daniel. "Mana ada. Nak tak lepas kerja kita pergi belatih menembak?" tanya Alice. "Mestilah nak tapi sapa kalah kena berlanja." kata Daniel sambil tersenyum seperti kerang busuk. "No hal." kata Alice lalu masuk ke dalam pejabatnya.
Alice sedang duduk sambil minum kopi yang dibelinya tadi di CY Cafe. Di sana, dia selalu melepak dengan Daniel. Daniel dianggap sebagai adiknya sendiri, malah Daniel lah satu-satunya kawan baiknya di dunia ini.
"Woi, Daniel. Dah habis time kerja ni. Jom lah." Alice memanggil Daniel. "Okay, aku datang ni." kata Daniel. Pada waktu bekerja dia akan memanggil Alice dengan gelaran "cik" tetapi selepas waktu bekerja mereka akan memanggil satu sama lain mengikut sesuka hati sahaja. (sorry ayat writer berbelit sikit)
Alice mengacukan pistol itu ke arah sasarannya. Dengan menumpukan sepenuh perhatian, dia melepaskan satu das tembakan. Tembakan itu tepat mengena sasaran. Manakala Daniel pula tidak terkena sasaran dengan tepat.
"Tak payah lah sedih. Kau ni kan. Tak pe lah hari ni aku berlanja." kata Alice untuk memujuk Daniel yang tadinya sedih tetapi sekarang sudah kembali ceria.
Mereka pergi ke CY Cafe yang dibuka 24jam. Minuman kegemaran Alice tak lain dan tak bukan Green Tea dan Daniel pula Americano. Mereka berdua menikmati minuman itu.
Share this novel