Chapter 8

Crime Series 4382

Tao duduk di atas sofa. Sambil membaca majalah yang berkaitan dengan fashion lelaki. Alice pula tidak tahu mahu buat apa, jadi dia hanya berdiri di tepi pintu.

"Apa yang awak buat tu? Awak pergi lah mandi dulu. Muka awak sangat kotor." kata Tao dengan nada suara yang lembut. Membuat kan hati Alice sangat cair.

Alice pun pergi ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi baru dia terfikir. Bagaimana dengan kerjanya. Masih belum selesai lagi tetapi mungkin betul juga kata Kris. Tak perlu risau sangat tentang kerja ini.

Tao pun mengtuk pintu bilik dan masuk ke dalam bilik itu. "Ellen, Awak masih ada dalam bilik air ke. Saya letakkan baju di sini. Maaf, saya tak ada baju untuk wanita jadi saya bagi baju saya dahulu." Kata Tao lalu keluar dari bilik itu.

Alice tersenyum mengenangkan bunyi nada suara Tao yang lembut dan misteri itu. Sungguh romantik bunyinya. "Alice." tiba-tiba dia dengar satu bunyi. "Mamat Kris ni lagi. Tak boleh ke kai jangan potog mood aku." kata Alice dalam hati. "ye." jawab Alice.

"Kamu jangan tergoda sangat ye dengan suara dia." kata Kris. "Apa awak ni. Saya tak tergoda lah." balas Alice. "Aikk, bila kita buat deal untuk panggil awak saya ni." kata Kris. Alice pun malas melayan Kris lalu dia memotong wayar mikrofon itu.

Alice pun memakai baju yang diberi oleh Tao tadi. Baju ni besar sikit tapi boleh lah. Alice pun terus pergi ke ruang tamu. Tao kata dia boleh buat seperti rumah sendiri.

Alice duduk di atas sofa. Tiba-tiba memanggilnya ke dapur. "Tentu awak lapar. Ini dia, makan lah." kata Tao. "Terima kasih." Kata Alice. "Saya nak tanya tapi mesti awak malas nak dengar kan." kata Tao. "Boleh, tapi jangan banyak sangat." kata Alice.

"Kenapa dengan awak tadi?" tanya Tao. "Saya lari dari jahat. Dia kejar saya, dia ambil duit saya. Jadu saya tak tahu nak buat apa. Saya datag bercuti ke tempat ni tetapi keadaan jadi bergini." kata Alice sambil membuat muka sedih.

"Awak tak ada keluarga ke?" Tao bertanya lagi. Kali ini air mata Alice sudah hampir menitis, dia berharap Tao tidak bertanya soalan seperti itu.
"Maafkan saya. Kalau buat awak rasa tidak selesa." kata Tao.

Alice tidak dapat menahan air matanya lalu dia menangis di situ. Habis air matanya menitis jatuh ke pipi. Sandwich yang dibuat oleh Tao pun diletakkan ke atas pinggan semula.

Tao melihat keadaan itu pun berasa bersalah lalu dia menghampiri Alice. Dia menarik tubuh Alice dan memeluk wanita itu. "Sudah lah tu, saya minta maaf." pujuk Tao sambil mengusap rambut Alice.

"Hari ni awak tidur lah di dalam bilik saya. Saya akan tidur di atas sofa." Kata Tao sambil memberikan senyuman yang manis ke arah Alice. Alice mengangguk dan masuk ke dalam bilik.
Alice tidak tahu kenapa dengannya, tiba-tiba emosi terlebih.

Keesokan harinya, Alice bangun dari katil itu. Dia kemaskan katil itu dan terus pergi ke dapur. "Hai, selamat pagi." kata Tao. Alice meminta maaf kerana semalam dia terlebih emosi. Tao memahaminya, dan menyuruh dia pergi mandi.

Hari ini, mereka akan pergi ke Galaxy Mall. Tao menyuruh Alice memilih baju yang dia suka. "Awak pergi lah pilih baju yang awak suka. Saya akan tunggu di sini." kata Tao. Tiba-tiba Tao mendapat satu panggilan jadi dia meninggalkan Alice sekejap untuk menjawab panggilan itu.

Alice pun keluar dari tempat itu. "Apa ni, kata nak tunggu lepastu tinggal aku sorang-sorang." kata Alice. Tiba-tiba ada seorang wanita berjalan ditepinya. Wanita itu sibuk dengan telefon bimbitnya lalu mereka dua terlanggar antara satu sama lain.

"Apa ni perempuan? Kau ni buta ke apa?" kata gadis biadap itu. Lingkungan umur gadis itu seperti baru berumur 18 tahun. "Kurang ajarnya, tak reti hormat orang ke budak." balas Alice.
Kris yang terdengar pergaduhan itu melalui mikrofon pun cepat-cepat menenangkan Alice. "Sabar Alice, sabar. Dia just budak je lagi." Kris memujuk Alice. Dia takut tumbukan Alice terlepas ke muka budak biadap itu.

Tao yang terdengar kekecohan itu pun terus datang ke arah mereka. "Kenapa ni?" tanya Tao. "Ohh, Tao Oppa. Ni ada makcik gila ni langgar Nini." kata budak itu. "Nini pergi balik dulu. Nanti ayah Nin risau." kata Tao. Gadis itu pun terus pergi.

"Maaf, itu Nini anak Encik Kim." kata Tao. Alice punya kemarahan memang hampir meletup tetapi dia kembali tenang selepas mendengar kata-kata Tao.

Selepas membeli beberapa helai pakaian. Tao membawa Alice pergi makan ke Viva Polo Restaurant. Restaurant itu sangat popular dan diusahakan oleh eomma EXO Chanyeol(my bias ni).

"Sedap tak?" Tao bertanya. "Ye, sudah tentu." balas Alice. Selepas habis makan, mereka kembali semula ke gudang itu. Salah seorang pengawal datang menghampiri mereka dan memberitahu Encik Kim sedang menunggu mereka di dalam pejabat.

"Tao, dah sampai pun. Eh! Ellen pun ada. Bagus lah tu." kata Encik Kim sambil tergelak seperti kerbau yang tidak cukup nafas. (Sorry writer merapu sikit).

"Kenapa Encik Kim datang ke sini?" tanya Tao. "Macam ni. Saya nak awak jalankan satu tugas. Saya rasa dengan kemahiran menembak Ellen, tugas pasti akan berjaya." Kata Encik Kim. "Baiklah." kata Tao.

Rancangan mereka ialah:

Pengawal- akan mengawal pintu masuk bilik

ketika mereka sedang berurusan

dengan pihak lagi satu.
Alice- akan mengawal dari atas.(sebelah kanan)
Tao-akan mengawal dari atas.(sebelah kiri)

Alice yang mendengar itu pun berharap Kris mengambil setiap maklumat yang dikatakan oleh Encik Kim. "Orang tua ni nak buat kerja haram lagi. Ish.. dah tua pun menyusahkan orang." rungut Alice dalam hati kerana dia memang malas untuk melakukan tugasan seperti itu.

"Jadi, saya harap awak semua faham." kata Encik Kim. Mereka semua berkata "faham". Alice pun pergi ke arah Tao. Tiba-tiba gadis yang dia nampak tadi pun berada di situ. "Oppa. Oppa ni, kenapa tadi tak marah perempuan sial tu." kata Nini si Gadis Biadap itu.

"Dasar bitch. Kau kata aku sial. Siap kau, lepas misi ni tamat. Aku sendiri akan datang cari kau." kata Alice dalam hati.

Alice berasa geram dan menggenggam tangannya dengan erat tetapi terdapat suara yang menyuruh dia bersabar, tak lain dan tak bukan suara itu milik Kris Wu.

Alice melihat Tao, Tao juga perasan muka Alice sudah semakin berubah. "Apa kata awak pergi sambung berlajar. Nanti kan awak ada peperiksaan." kata Tao. Alice pun cepat-cepat memakai topeng muka setelah dipanggil oleh gadis biadap itu.

"Oi, cepat lah. Slow lah kau ni." kata Nini. Alice hanya datang ke arah gadis itu dan bersabar tetapi dalam hati, memang banyak dia mencarut dan habis semua binatang disebutkan di dalam hatinya.

Nini menyuruh Alice mengangkat semua barang yang telah dibelinya di Galaxy Mall tadi. "Uuu.. Bitch ni, banyak nak mampus barang kau ni." rungut Alice dalam hati. Kemudian Tao pun mengambil separuh barang itu dan menolong Alice mengangkat nya. Muka Nini menjadi marah kerana Tao menolong Alice. (Nasib lah Budak Gedik tu tak cam muka Alice)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience