Chapter 11

Crime Series 4382

Selepas mereka habis makan. Alice dan Tao pergi ke gudang itu semula. Mereka pergi ke pejabat, terdapat banyak fail-fail yang perlu disusun.

Alice mula mengeluh. Tao yang mendengar Alice mengeluh pun pergi ke arah Alice. "Tak elok mengeluh time kerja." kata Tao. Lalu Tao pun mengambil tanga Alice. "Mari ikut saya." kata Tao.

Mereka pun pergi ke bilik yang terdapat banyak fail. Tao pun menyandarkan Alice ke dinding dan mencium mulut Alice. Alice tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Kemudian Tao, berhenti dan senyum ke arah Alice.

"Maafkan saya." kata Tao. Alice tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Tao seperti malu kerana dia yang mula mencium Alice. Semasa Tao ingin keluar dari bilik itu. Alice pun lari ke arah Tao dan memeluk Tao dari belakang.

Tao pun tersenyum apabila dia tahu yang Alice juga mempunyai perasaan yang sama. Tao menarik tangan Alice untuk keluar dari bilik fail itu. Mereka berdua selalu senyum antara satu sama lain. Nini yang ternampak mereka berdua tadi menjadi geram.

"Siap kau, perempuan. Aku tak akan lepaskan kau." kata Nini. Beberapa minit kemudian, Encik Kim datang bersama seorang wanita iaitu isterinya.

Wanita itu mengingatkan Alice kepada seseorang. "Wanita tu macam aku pernah nampak. Haaa, tak mungkin. Ibu aku." kata Alice. "Ellen. Ni ialah Puan Kim. Ellen. Ellen!" kata Encik Kim. "Haaa. Maafkan saya. Saya mimpi disiang hari." kata Alice.

Alice keluar sekejap dari tempat itu dan pergi ke hotel sebelum ini. "Kris! Kris! buka pintu ni!" kata Alice sambil mengetuk pintu itu dengan kuat. "Ye, ye. Haaa, dah balik pun. Ingat ke nak tinggal terus kat rumah Tao tu." sindir Kris.

Alice pun mengelurkan pistol snipernya, lalu pergi ke tingkap untuk mencari sasarannya iaitu Puan Kim. Dengan air mata yang menitis di pipinya dia terus memasukkan peluru. "Kali ini kau akan mati. Aku tak akan maafkan kau betina tak guna!" kata Alice.

Kris yang nampak perbuatan Alice tu pun cepat-cepat menariknya dari belakang. Kris cuba sedaya upaya untuk memberhentikan Alice dari terus mahu memenuhi hasratnya untuk menembak Puan Kim.

Kris sudah buntu lalu dia memeluk Alice. Tangisan Alice kini semakin kuat dan dia tidak dapa mengawal perasaannya. Kris hanya memeluk dia dan mengusap rambutnya.

Selepas beberapa minit kemudian, Alice berhenti menangis. "Aku tak boleh macam ni. Kita perlu teruskan juha misi ni. Aku nak kau duduk sini dan perhatikan gudang itu. Aku pulak akan teruskan penyamaran ini." Kata Alice. Kali ini mukanya betul-betul serius.

"Tao pulak macam mana?" tanya Kris. "Macam mana apa?" kata Alice. "Aku tahu kau dah jatuh cinta dengan Tao kan."kata Kris. "Aku tak akan apa-apakan dia. Aku yakin dia tidak bersalah dan kau betul, aku cintakan Tao." kata Alice. Kris hanya berdiam diri.

Alice pun tinggalkan hotel it dan terus pergi ke rumah Tao. Dia mandi untuk menenangkan fikiran nya. Sambil mandi dia melepaskan segala tekanannya dengan menangis sepuas hati.

Tao baru pulang dari gudang itu. Dia pun bergegas masuk ke dalam rumah. Alice yang baru selesai mandi. Dia memakai baju kimono
mandi (writer hentam je) dan mengelap rambutnya dengan kain tuala.

Tiba-tiba Tao masuk ke dalam bilik air tanpa mengetuk pintu. Tao mengacukan pistol ke arah Alice. "A...apa yang awak buat ni Tao." tanya Alice. "Bagitahu aku. Siapa kau sebenarnya?" kata Tao dengan kasar dan perasaan marah.

"Apa yang awak cakap ni?" tanya Alice. "Aku tahu. Kau ni pengintipkan." kata Tao. Disebabkan terlalu geram. Tao menembak kaki Alice.

Alice hampir terjatuh tetapi Tao sempat menangkapnya. Tao mengangkat Alice dan letakkannya di atas sofa. Tao mengambil peralatan untuk mengeluarkan peluru dari paha Alice. "Kenapa kau lari masa Puan Kim datang tadi?" tanya Tao dengan kasar.

Air mata Alice mula menitis lagi. "Kenapa kau menangis pulak ni?! Aku tanya tapi kau tak jawab!" jerit Tao sambil menghentuk meja. Kali pertama Alice berasa takut.

"Nama saya Alice. Saya salah seorang ahli pasukan khas iaitu Alpha 0.1." kata Alice sambil menangis. Tao yang ingin mengeluarkan peluru itu pun datang menghampirinya. Dia tahu Tao dalam keadaan marah, kalau Tao mengeluarkan peluru itu dalam keadaan marah. Dia pasti akan sakit.

Tao mahu mula mengambil peluru itu tetapi Alice menahan tangan Tao. "Saya ada lagi satu rahsia. Saya betul-betul dah jatuh cinta dengan awak. Kalau saya tidak suka dekat awak. Dah lama saya bunuh awak tetapi saya tidak boleh sebab saya sudah mula sayangkan awak dan saya tidak kisah jika ditembak oleh awak. Saya tak akan balas semula atau menyakiti awak."kata Alice sambil menangis.

Tao yang terdengar ayat Alice berasa bersalah. Dia pun memegang pipi Alice lalu mencium mulut Alice. "Maafkan saya. Saya tidak boleh kawal diri saya selepas Nini beri tahu yang awak ialah seorang pengintip. Bukti dia juga sangat meyakinkan." kata Tao.

Tao memeluk Alice yang sedang dalam kesakitan itu. Dia mencium dahi Alice dan menyuruh Alice untuk bertahan. Dia membiarkan Alice memegang bahunya untuk melepaskan kesakitan yang dirasai Alice kepadanya.

Peluru itu berjaya dikeluarkan. Tao mengangkat Alice(bridal style) dan letakkan di atas katil. "Tunggu sini." kata Tao sambil mencium rambut Alice.

Selepas beberapa minit menunggu Tao mandi. Akhirnya lelaki itu keluar juga. "Kenapa awak tak pakai baju?" tanya Alice. "Maybe panas kot." kata Tao yang hanya memakai seluar pendek. (Imaginasi jangan tinggi sangat ye.)

"Maafkan saya. Sakit lagi ke kaki awak tu?" kata Tao. "Tidak sakit dah." kata Alice sambil memeluk tubuh Tao yang berotot itu. Alice meletakkan kepalanya di dada Tao. Tao hanya mengusap rambut Alice sambil memeluk wanita yang dia cintai itu. Mereka berdua pun tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience