Alice Wilson ataupun nama yang selalu dipanggil, Alice. Alice sedang bersiap untuk pergi ke sekolah. Dia masih kecil dan sangat comel seperti budak-budak lain. Rambut yang diikat dengan riben merah dan lengkap berpakaian uniform sekolah.
Alice menuruni tangga dan pergi ke meja makan untuk memakan sarapannya. Kelihatan ibunya, Puan Wilson sedang menggoreng telur mata. "Ibu, malam ni ibu kerja ke?" Alice bertanya kepada ibunya tetapi tidak diendahkan.
Encik Wilson pun pergi ke ruang makan untuk memakan sarapan. Selepas Puan Wilson ternampak Encik Wilson datang ke meja makan. Dia terus naik ke biliknya tetapi Encik Wilson menghalangnya, kerana Encik Wilson kesian dengan anak perempuan mereka.
Puan Wilson selalu membiarkan Alice. Dia melayan Alice seperti bukan anaknya. Alice sering dipukul dan dimarahi. Hanya Encik Wilson yang selalu memberi kasih sayang kepada Alice.
"Lepas lah! Aku dah kenyang." kata Puan Wilson lalu menepis tangan Encik Wilson. Alice yang melihat keadaan itu pun terdiam dan menghabiskan sarapannya.
"Alice nak pergi sekolah dah ke? Mari lah dekat ayah." Kata Encik Wilson. "Alice nak pergi sekolah dah." balas Alice. "Alice jangan nakal-nakal ye." pesan Encik Wilson sambil mengusap rambut anak perempuan kesayangannya itu.
Di sekolah, budak-budak yang lain tidak mahu berkawan dengan Alice. Alice pun tidak tahu kenapa tetapi Alice tetap baik dengan mereka. Kepala Alice juga pernah di tolak oleh ketua kumpulan budak perempuan yang jahat tetapi Alice tetap bersabar.
Sudah hampir pukul 8 malam. Alice selalu akan balik lambat ke rumah kerana dia mahu ayahnya berada di rumah semasa dia sampai. Dia tidak mahu berada di rumah seorang diri bersama ibunya kerana dia akan dijadikan mangsa dera.
Alice pun pulang ke rumah. Setelah dia berada di depan pintu, dia dapati kasut ayahnya berada di depan pintu, ini bermakna ayahnya sudah pulang. Dengan wajah yang gembira, dia pun membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba dia terdengar satu jeritan. Dia berlari ke ruang tamu. Dia dapati ibunya memegang beg baju dan bersiap untuk keluar.
"Aku dah kata, aku nak keluar dari rumah ni!" jerit Puan Wilson. "Tapi kenapa? awak tak kesian ke kat Alice. Dia perlukan seorang ibu." kata Encik Wilson sambil memegang Puan Wilson.
"Aku tak tahan! Aku nak keluar dari ruamah ni! Rumah ni macam neraka! Dan aku benci kau ngan budak tu!" Puan Wilson menjerit. Lalu Encik Wilsom menampar muka Puan Wilson dengan kuat. Perempuan itu terpaku lalu dia menolak Encik Wilson.
Puan Wilson pergi ke dapur dan mengambil pisau. "Aku nak bunuh anak kau!" kata Puan Wilson. Ternyata dia mahu melepaskan geramnya kepada Alice. Encik Wilson pun pergi ke arah Alice dan memeluknya untuk melindungi Alice.
Pisau yang dipegang oleh Puan Wilson tadi terkena tepat pada belakang Encik Wilson. Dengan darah yan mengalir terlalu banyak, Alice menangis sambil memanggil nama ayahnya.
Puan Wilson pun bergegas pergi ke arah beg bajunya dan segera membetulkan gincunya yang comot itu. Wanita itu pun pergi keluar dari rumah tanpa memikirkan keadaan suami dan anaknya itu.
Alice yang menangis itu pun berlari mendapatkan ibunya. Alice mencuba sedaya upaya untuk memujuk dan menarik Puan Wilson untuk masuk ke dalam rumah tetapi tenaga seorang budak tidak cukup.
Puan Wilson menolak dan menendang Alice. Alice pun terjatuh. Dia melihat ibunya masuk ke dalam kereta yang berwarna hitam, lalu kereta itu pun pergi meninggalkan dia dan ayahnya yang nyawa-nyawa ikan itu.
Alice menangis, lalu seorang makcik iaitu jiran sebelah rumahnya datang ke arah dia. Wanita itu membantu Alice dan menelefon polis and ambulan.
Ayah Alice meninggal dunia semasa berada di dalam ambulan tadi. Alice hanya menangis tanpa berhenti.
Share this novel