Keesokan harinya, Alice bersiap sedia untuk berjumpa dengan ketua pasukan khas itu. Katanya ada hal yang penting untuk dibincangkan.
Dia membetulkan baju kotnya dan dia mengetuk pintu bilik pejabat ketuanya. "Selamat pagi tuan. Saya sudah sampai. Boleh saya masuk?" kata Alice dengan sopan tetapi suara yang tegas.
"Masuk" kata ketua itu. Tanpa membuang masa, Alice pun masuk. "Silakan duduk." kata ketuanya. "Terima kasih. Apa yang Tuan nak bincangkan dengan saya?" tanya Alice. "Saya nak awak menjalankan satu misi ini. Awak lah satu-satunya yang boleh diharapkan dan sesuai untuk operasi ini." kata ketua itu.
"Maksud Tuan?" tanya Alice. "Macam ni Alice. Saya mendapat satu fail tentang satu kumpulan gangster yang menjalakan aktiviti menjual senjata dan menjual maklumat kepada negara lain. Jadi tugas awak sekarang ialah mengumpul bukti dan nanti kita akan perangkap mereka. Kita akan bekerjasama dengan pasukan negara lain iaitu pasukan khas dari negara China." terang ketua pasukan khas itu.
"Baiklah saya faham Tuan, tapi bila misi ini akan bermula?" tanga Alice. "Misi ini akan bermula lusa. Jadi kami akan hantar awak ke kawasan itu." kata ketua itu lagi. Alice mengangguk dan beri tunduk hormat lalu keluar dari bilik pejabat itu.
Fail itu diberi kepada Alice untuk dia membuat persediaan apa yang patut. "Kenapa Cik Alice?" tanya Daniel. "Takde apa. Nanti mesti kau rindu aku sebab aku akan di hantar ke kawasan lain untuk menjalankan misi baru ni." kata Alice.
Muka Daniel juga turut berubah. Muka pemuda itu seperti mahu menangis, walaupun dia sudah pernah mengalami situasi seperti ini tetapi dia tetap mahu membuat muka seperti mahu makan penampar. Alice hanya bersabar sahaja kerana dia lah satu-satunya kawan baiknya, nanti kalau merajuk susah pulak nak pujuk.
Share this novel