Dia pun masuk semula kedalam bilik hotelnya. "Kris bangun. Aku nampak ada sebuah lori masuk ke dalam gudang itu." kata Alice.
"Apa. Yeke." kata Kris dengan reaksi wajah yang terkejut. Alice melihat telefon pintar itu. Pukul 2 a.m. Mereka akan pergi ke suatu tempat. Ini lah peluangnya untuk dia masuk ke tempat itu. Dia perlu menjadi salah seorang ahli kumpulan itu. Baru lah dia boleh keluar/masuk ke tempat itu dengan senang.
"Kau pakai hoodie ni dan seluar jeans ni." kata Kris. Tanpa membuang masa Alice pun bersiap untuk memelukan misi penyamarannya. Tangan nya ditorek sikit dan muka nya di kotorkan sedikit menggunakan alat make up. Pisau di selit di stokinnya dan pistol di selit di belakang seluarnya.
"Sekarang" kata Kris. Alice pun menjatuhkan dirinya dengan sengaja di hadapan pengawal. "To..tolong saya... Ada orang kejar saya." kata Alice. Pengawal itu mahu menghalaunya tetapi Tao pun datang. "Apa yang kecoh-kecoh ni?" tanya Tao. "Ni ha. Ada perempuan ni. Entah datang dari mana, tiba-tiba minta tolong." kata pengawal itu.
"Oh. Bawa dia masuk." kata Tao. Tao pun suruh sala seorang pekerjanya ambilkan kerusi untuk Alice. "Siapa nama kau?" tanya Tao. Muka Tao yang handsome itu, membuatkan hati Alice berdebar. "Alien." kata Alice. "Haa..Alien." kata Tao. "Eh..bukan. nama saya Ellen(nama samaran).
Kris yanh mendengar perbualan mereka dari radio kecil yang diselit di baju Alice tu pun tergelak. "Hahaha. Bodohnya. Alien." kata Kris. Hati Alice hanya bersabar apabila mendengar Kris berkata begitu.
"Mari kita bercakap dalam pejabat saya." kata Tao. Mereka berdua pun pergi ke dalam pejabat Tao. "Awak kata, awak dikejar oleh orang jahat kan." tanya Tao. "Ye." balas Alice. "Nak tak awak jadi salah seorang ahli kumpualn ini?" tanya Tao. Ini lah peluangnya, tanpa membuang masa Alice terus berkata "Ya."
Selepas beberapa minit kemudian. Seorang lelaki dalam lingkungan 40 an pun datang ke gudang itu. "Oh, Encik Kim. Silakan masuk. Apa khabar Puan Kim?" tanya Tao. "Hahaha. Ye, Tao. Dia sihat." kata Encik Kim itu. Mereka seperti sudah kenal terlalu lama.
"Siapa ni? Adik awak ke?" tanya Encik Kim sambil melihat Alice. "Oh, ini ahli baru. Nama dia Ellen." kata Tao. "Oh, ahli baru. Tapi kita kena lah uji dia dulu." kata Encik Kim. Mereka memanggil Alice. Alice hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan.
Dia diberi pistol dan satu sasaran iaitu sebiji epal yang dipegang oleh salah seorang pekerja itu. Dengan tumpuan 50% dia mengacukan pistol ke arah sasaran itu. Sekali lagi, tangannya dan fokusnya tidak pernah menghampakan dia. Memang tepat tembakan yang dilepaskan itu.
"Wah! hebat. Selamat datang ke perniagaan ini." kata Encik Kim. "Terima kasih." Alice kata. Kris berkata melalui mikrofon kecil. "Jangan nak kembang sangat.". Kata-kata itu memang memanaskan hati Alice tetapi seperti biasa, dia akan bersabar.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 malam. "Awak ada tempat ke nak pergi malam ni." tanya Tao. "Saya tidur di gudang saja lah." balas Alice sambil memberi senyuman. "Mari ikut saya ke rumah saya." kata Tao. Alice tidak mahu dan dia juga mahu duduk di gudang untuk mengumpul bukti tetapi dia dipaksa oleh Tao untuk masuk ke dalam kereta Tao iaitu kereta Ferrari yang berwarna merah.
Share this novel