Alice sudah berada di lapangan terbang. Dia menyemak waktu penerbangannya. Tiba-tiba dia teringat akan ayahnya yang sudah meninggal dunia. "Inilah Alice sekarang ayah." Alice berkata dalam hati sambil tersenyum seorang diri.
Daniel pun datang. Dia berlari ke arah Alice lalu memeluk Alice. "Weh Alice, make sure kau balik ngan selamat tau. Jangan lupa aku tau." kata Dainel.
"Kau ni pehal. Aku pergi sekejap je lah." kata Alice sambil menepuk bahu Daniel yang sudah hampir menangis itu. Mereka berdua pun melambai antara satu sama lain.
Alice memasang earphone dan mendengar lagu 'EXO-Transformer' dan 'EXO-Monster' kemudian lagu 'BTS-Fire' dan 'BTS-Not Today'.
Beberapa jam kemudian, kapal terbang pun mendarat dan dia pun selamat sampai. Dia terus menuju ke hotel. Dari hotel itu, dia boleh nampak dengan jelas tempat kumpulan itu melakukan kerja-kerja haram mereka.
Alice mengambil 'sniper gun' nya( writer hentam je ye) lalu melihat sasarannya. Terdapat 5 lelaki yang berkaca mata hitam dan tubuh mereka tegap-tegap belaka. Alice juga ternampak seorang lelaki yang berambut perang sedang menyemak senarai barang kemudian masuk ke dalam gudang tersebut.
Alice berasa itu ialah ketua mereka. Alice pun mewarnakan rambut nya dengan warna perang. Malam itu dia mengeluarkan kesemua barangnya. Pistol, pisau dan beberapa alatan yang lain.
Keesokan harinya, Alice keluar dari hotel untuk menyiasat sedikit tentang gudang itu tetapi tidal berjaya kerana kawalannya sangat ketat. Dia mendapat information yang dihantar oleh ketuanya pada pukul 4.45 a.m. tadi melalui email. Email itu tertulis bahawa dia menyemar dan dia perlu masuk ke dalam gudang itu tidak kira apa cara sekalipun.
Alice pun pulang semula ke hotel. Beberapa minit selepas dia pulang, pintu biliknya diketuk. Dalam email itu juga, ketuanya menyatakan ada seseorang akan datang berjumpanya pada hari ini.
Dia pun membuka pintu. Dia dapati ada seorang pemuda yang tinggi dan berambut hitam. "Sapa awak ni?" tanya Alice. "Hai da selamat pagi, saya Kris Wu. Ketua pasukan khas dari negara China." terang Kris. "Oh, maafkan saya. Saya Alice Wilson. Panggil saja Alice." Kata Alice.
Kris tersenyum melihat Alice yang seperti ketakutan itu. "Tak apa. Awak dah dapat ke maklumat tentang kumpulan gangster tu." tanya Kris. "Belum lagi. Tempat itu dikawal dengan ketat dan susah untuk saya masuk." Kata Alice.
"Baiklah. Nanti kita akan selesaikan masalah itu. Mari kita pergi ke tempat lain untuk hari ni." Kata Kris. "Ke mana?" tanya Alice yang kebingungan itu. "Adalah dan jangan risau ye." kata Kris sambil mengenyit matanya kepada Alice. Sedikit cair wanita itu. Nasib kakinya tidak lembik.
Pasa malam tersebut, mereka berdua pergi ke satu tempat. "Night Club?! Apa yang kita kena buat kat sini?" tanya Alice dengan wajah muka yang sedikit terkejut. "Adalah." kata Kris sambil menghulurkan satu bungkusan. "Pakai ni. Saya tunggu kat luar tandas ni." Kata Kris.
Alice yang sedang kebingungan itu pun, hanya ikut sahaja apa yang diarahkan oleh Kris. "Dah siap, tapi saya taknak pakai ni kat luar. Ketat lah, lagi pun sexy sangat." kata Alice. "Pakai je lah. Percaya pada saya." kata Kris. Alice pun keluar dari tandas itu. Alice dah lah anti ngan tempat macam tu, ni kena paksa pakai cam pelayan. Dia hanya bersabar sahaja walaupun dia berasa mahu ikat Kris dan selamkan Kris ke dalam laut yang dalam.
"Cantik je, sexy pulak tu." kata Kris. "Ish, teruk lah awak ni." kata Alice. Kris pun membuka ikatan di rambut Alice. "Macam ni lagi cantik. Tunjukkan kecantikan awak tu." kata Kris. Alice hanya terdiam. Dia tidak tahu, dia agak kembang selepas dipuji tetapi dalam masa yang sama dia rasa mahu pijak kaki Kris.
Kris meninggal kan dia seorang diri disitu. Sekarang baru dia tahu, tujuan Kris mahu pergi ke night club itu. Kumpulan itu berapa di penjuru night club itu. Kris pergi ke tempat DJ. "Tempat ni, bosan seperti kubur. Biar saya tunjukkan cara untuk berseronok." Kata Kris. Dia membuka lagu yang rancak dan semua orang terus pergi ke lantai tarian. Mereka semua menari seperti tidak ingat dunia.
Alice mengambik peluang untuk mendekatkan diri dengan kumpulan itu tetapi gagal. Dia cuba sekali lagi tetapi dia hanya mendapat telefon bimbit seseorang dari kumpulan itu.
Dia terus beredar dari situ dan terus pergi ke belakang bangunan itu. Selepas beberapa minit kemudian, Kris pun keluar dari bangunan itu. "Apa yang buat awak lambat sangat?" tanya Alice. "Oh, mmm... saya hanya memainkan beberapa lagu. Jangan lah marah." kata Kris. Alice hanya memandang Kris seperti mahu menelan Kris, lalu dia terus beredar dari situ dan kembali ke hotel.
Share this novel