Chapter 9

Crime Series 4382

Malam ini, mereka akan menjalankan misi mereka. Kris memberi kebenaran kepada Alice untuk menembak orang yang berurusan dengan Encik Kim.

Rambut Alice yang panjang memang merimaskan Alice dan mencabar kesabarannya. Tao pun masuk ke dalam bilik itu. "Oh, rambut awak." kata Tao lalu menghampiri Alice. Tao mengambil getah rambut miliknya dan tolong ikatkan rambut Alice. Sangat kemas rambut yang di ikat oleh Tao.

"Mari pergi," kata Tao sambil memegang tangan Alice. Mereka semua mengambil posisi masing-masing. Dalam masa 5 minit lagi, mereka akan tiba.

Orang itu sudah sampai. Nama ketua kumpulan itu ialah GD. Dia akan berunding harga dengan Encik Kim malam ni. Alice pernah nampak muka GD dalam beberapa fail yang melibatkan kes-kes pembunuhan dan dadah.

"Finally dapat gak aku tengok muka kau secara live." kata Alice dalam hati. Tao menyuruh Alice untuk bertenang, kerana Alice nampak gementar.

"Encik Kim. My old friend. Emas kali ni memang susah nak dapat. So harga dia pun up sikit lah." kata GD. Muka Encik Kim pun sudah mahu berubah tetapi dia bersabar.

"Mana boleh macam tu. Kita dah buat deal kan, harga tak akan naik." pujuk Encik Kim. GD pun mula bangun. Nampak seperti GD mahu bermain kasar. Salah seorang pengawal GD mengacukan pistol ke arah Encik Kim. "This is the right time." kata GD. Lalu pengawal Encik Kim menembak pengawal GD yang mangacukan pistol ke arah Encik Kim.

Keadaan menjadi huru hara, mereka semua saling tembak menembak. Encik Kim telah lesap bersama seorang pengawalnya. Tao yang mementingkan keselamatan Alice itu pun terus memeluk Alice dan dia membawa Alice keluar dari situ.

Seorang pengawal GD perasan, lalu menembak mereka. Peluru itu terkena perut Tao. Alice sakit hati lalu melepaskan satu das tembakan. Tembakan itu terkena tepat pada kepala pengawal tadi.

Mereka pun segera melarikan diri dari situ. Selepas sampai ke rumah Tao. Alice meletakkan Tao di atas katil. Alice berlari ke arah beg nya dan mengambil beberapa alatan untuk mengeluarkan peluru itu.

"Saya tahu ini sakit. Tapi awak kena tahan." kata Alice. Lalu dia menjalankan proses mengeluarkan peluru itu dan peluru itu berjaya dikeluarkan. Tao yang dalam keadaan lemah lalu tertidur selepas menahan kesakitan. Alice pun bersihkan dirinya dan pergi ke arah Tao.

Alice tiba-tiba dapati satu perasaan kesian timbul dalam dirinya. Dia mengusap rambut Tao perlahan dan mencium pipi Tao sebagai tanda terima kasih kerana menyelamatkan dia. Semasa dia hendak bangun untuk tidur di sofa.

Tao memegang tangan Alice lalu menarik tangannya. Alice pun terjatuh di dalam dakapan Tao. "Saya nak awak teman saya tidur malam ni. Cuma jangan bergerak dan jangan pergi ke mana-mana." kata Tao. Pelukan itu menjadi sedikit erat.

Alice pun berpaling ke arah Tao. Dia melihat muka Tao sambil meletakan tangannya di pipi Tao. Tao yang memejamkan mata itu pun, tiba-tiba datang menghampiri Alice. Bibir Tao yang sexy itu pun hampir terkena muka Alice. Tao tahu apa perasaan Alice. Bunyi jantung Alice pun samakin kuat.

"Jangan takut. Saya tak akan berbuat apa-apa."kata Tao yang masih memejamkan mata. Lalu Tao pun mencium dahi Alice. Alice berharap malam itu tidak berakhir. Semalaman mereka tidur bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience