BAB 4

Romance Completed 26911

Selesai berjumpa dengan kak lina pemilik rumah kondo ini aku terus masuk kedalam rumah sambil mendukung mirza yang sudah terlena didalam dukungan aku.

Penat mungkin dari langkawi sampai kl.

Aku melihat keadaan rumah tersebut yang serba lengakap itu. Aku hanya perlu membawa masuk beg baju sahaja.

"Ahh leganya.." aku meletakkan mirza di atas sofa dan aku duduk disebelahnya.

Aku menarik nafas lega bila akhirnya dapat duduk di atas sofa empuk ini setelah beberapa jam duduk didalam kereta sahaja.lenguh.

Aku naik ke atas untuk melihat bilik tidur sambil membawa beg baju aku dan mirza ke atas. Ada dua bilik tidur di atas dan satu di bawah. Elok sangatlah untuk aku dan mirza di atas.

Aku mengemas bilik tidur mirza yang mempunyai satu katil single, almari besar, meja belajar, bilik air, dan satu rak kosong. Bilik anak dia dulu mungkin.

Selesai mengemas didalam bilik mirza aku terus turun kebawah untuk mengangkat mirza masuk kebilik tak terjaga langsung mirza, lalu aku terus pergi ke bilik utama pula untuk mengemas pakain aku.
Jam telefonku menunjukkan pukul 11pm.

Patut mengantuk sangat.

_______________

Aku keluar ke balkoni yang berada didalam bilik aku. Walaupun aku mengantuk tapi mata aku masih tak boleh tertutup aku memandang ke arah langit gelap yang kosong tanpa bintang.

Angin sepoi-sepoi yang bertiupan lembut menyapa wajahku rambut yang beralun tidak aku hiraukan.

"Aiden... kenapa kau buat aku macam ni?" Bisikku sendiri.

Tiba-tiba aku terdengar satu tangisan. Bunyinya seperti lelaki. Jangan-jangan rumah ni berhantu?!

Aku memandang kerumah disebelah kanan. Tiada orang yang duduk disitu.

Aku memandang kesebelah kanan pula.

Ahh! Ada orang lelaki yang sedang berada di balkoni rumahnya membelakangi aku sambil memandang sekeping kertas yang aku agak gambar seseorang.

Dia masih menangis meratapi gambar tersebut. Aku hanya memandang,lalu aku masuk kedalam bilik jam dinding menunjukkan pukul 1.5am.

Aku berbaring di atas katil,ingatanku kembali terbayang memori pahit itu.

Air mata tiba-tiba mengalir laju ketika aku memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience