BAB 7

Romance Completed 26911

Selesai membeli keperluan dapur aku keluar dari kedai runcit tersebut.

Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan mesej masuk, aku berhenti seketika di hadapan kedai untuk melihat mesej.

+bos.. esok saya bankin duit untung cafe... harini sibuk betul bos, ramai org dtg cafe kita.

Aku tersenyum bila membaca mesej tersebut.

-okay..

'Buk!' Bahu aku dilanggar seseorang, habis barang dapur yang aku beli tadi berterabur di atas jalan kerana tidak sengaja aku lepaskan kerana terkejut dan impak dilanggar dibahu tadi.

Aku terus nengutip barang-barang tersebut tanpa menghiraukan manusia yang melanggar aku tadi.

"Sorry cik.. saya tak perasan tadi, saya tergesa-gesa sangat." Ujar suara garau tersebut, sambil menolong aku mengutip barang-barang yang bersepah dilantai.

"Ouh, its okay. Silap saya juga berhenti depan-depan kedai ni." Ujarku. Selesai mengutip barang-barang tersebut aku terus bangun untuk melihat siapakah gerangan suara garau tersebut.

Dia juga turut bangun sambil menghulurkan plastik berisi sayur tersebut.

Aku mengambilnya tanpa sebarang kata.

"Lya?" Tegur suara garau tersebut.

Aku masih tidak sempat melihat gerangan tersebut kerana sibuk membetulkan plastik yang agak berat di tangan.

Aku terkejut bila nama aku disebut. Aku mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang memanggil nama aku itu.

"Ai..."aku terkelu melihat lelaki tersebut.

"Lya... tak sangka dapat jumpa awak dekat sini. Saya nak minta maaf lya, saya menyesal buat awak macam tu." Ujar lelaki tersebut bersungguh-sungguh. Matanya aku lihat berkaca-kaca.

Aku masih tergamam, aku terus berlalu meninggalkannya tanpa sebarang jawapan. Mirza berseorangan di rumah aku tak boleh tinggal lama-lama.

"Lya.. tolong jangan pergi dulu. Banyak yang saya nak cakapkan. Please..." ujarnya sambil menarik tangan aku. Aku tak hiraukam dia lalu merentap tanganku dari gengamannya.

"Lepaslah.. saya tak kenal awak!" Jerkahku. Dia kembali menarik tanganku.

"No, saya takkan lepaskan awak lagi. Lya Marissa kita kahwin. Saya nak bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat dekat awak dulu.please Lya, bagi saya peluang." Ujar lelaki tersebut bersungguh-sungguh. Mukanya merah menahan tangis.

"Kahwin?" Tanyaku kerana tersentak dengan lamarannya yang secara tiba-tiba itu.

"Ye kahwin dengan saya Lya. Saya cintakan awak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience