BAB 5

Romance Completed 26911

"Aiden.. kenapa ni? Lain macan je saya tengok?" Tanyaku kepada Aiden. Aku merenung mata hazelnya yang selalu melemahkan aku itu. Sinar mata Aiden sangat lain malam ni.

"Nothing... penat kot banyak sangat assignment akhir-akhir ni." Jawabnya sambil tersenyum kecil kepadaku.

"Habistu kenapa awak ajak jumpa ni? Dah tahu penat duduk jelah rumah tidur." Bebelku. Dia hanya tersengih.

"Rindu awak lah saya ajak jumpa, dah dua hari kita asyik sibuk sampai tak contact langsung." Ujarnya.

"Baru dua hari tak jumpa dah rindu ke.."

"Iyelah, awak tak rindu saya ke?" Tanya Aiden.

"Tak pun..." jawabku selamba.

"Sampai hati awak..." ujarnya sayu. Wajahnya monyok sahaja.

"Alololo... merajuk pulak dia. Mestilah saya rindu apalah awak ni itu pun nak tanya ke?" Jawabku sambil memeluk tangannya.

"Tahu takut... jap erk awak saya pergi beli air dekat situ jap. Awak tunggu sini tau." Ujarnya lalu bangun menuju ke arah tempat menjual air di taman tersebut.

"Okay."

"Nah ni air awak, strawberry." Ujarnya lalu nenghulurkan sebotol air strawberry kegemaranku.

Kerana kehausan aku terus meneguk air strawberry kegemaranku itu sehingga separuh.

"Terima kasih.." ujarku.

"Sama-sama.." Aku memerhati Aiden yang sedang termenung melihat tasik. Rambutnya yang berwarna coklat cair dan matanya yang berwarna hazel itu sangat menarik perhatian aku. Aiden juga orang Malaysia tapi bapanya berasal dari canada ibunya pula orang melayu. Aiden banyak mengikuti wajah bapanya. Handsome.

"Kenapa awak nampak gelisah Aiden?" Tanyaku sambil memecit sedikit dahi, mataku berpinar-pinar tiba-tiba.

"Tak ada apa saya cuma stress sikit. Umm, Lya. Saya cintakan awak." Ujarnya tiba-tiba sambil memandang tepat pada mata aku.

Kepala aku berpusing.. ucapanya tengelam timbul dipendengaran aku.

"Awak... saya pening lah. Tiba-tiba je ni. Tolong saya." Ujarku sambil memaut tangannya.

"Eh.. kenapa pulak ni Lya? Lya okay tak ni? Kita balik?" Tanya Aiden risau sambil memapah aku yang terhoyong-hayang ini.

"Aiden.. saya pening." Lalu aku rebah. Sebelum aku menutup mata aku terdengar..

"Im sorry Lya."

Dan gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience