BAB 2

Romance Completed 26911

"Assalamualaikum, ibu dah balik ni. Mana bucuk-bucuk ibu pergi ni tak sambut ibu balik pun." Ujarku gembira lalu menutup pintu bilik hotel.

"Maaf cik Lya.. Mirza tengah tidur pergilah tengok dia." Ujar kak leha.(bukan kak leha bunting ye.kekeke)

"Lah yeke.. patutlah senyap je kalau tak dengar suara dia je, apa-apa pun terima kasih lah kak leha sebab tolong jagakan Mirza." Ujarku sambil tersenyum ke arahnya.

"Eh.. tak apalah cik Lya, mirza tu dah macam cucu kak leha dah. Lagipun dia tak buas mana pun pandai budaknya.seronok kak leha melayan." Ujar kak leha gembira.

"Hahaha.. terima kasih sekali lagi kak leha, ni.. kak leha dah makan ke? Saya ada beli nasi ayam penyet ni jom makan sekali." Ujarku sambil meletakkan bungkusan nasi ayam penyet itu di atas meja.

"Eh...tak apalah Cik lya,kak leha dah nak balik ni suami kak leha balik pukul 2 sekarang dah pukul 1.45pm nanti kak leha balik lambat tercari-cari pulak dia.. okaylah kak leha balik dulu." Ujarnya lalu bersalaman dengan aku.

"Okayla kalau macam tu. Hati-hati kak leha terima kasih sekali lagi." Ujarku lalu menemaninya sampai ke pintu hotel.

Selepas bayang kak leha hilang,aku terus berlalu ke dapur dan meletakkan nasi ayam penyet kedalam pinggan aku dan mirza.

Aku terus pergi ke tempat yang terletaknya katil bersize queen yang dihalang oleh dinding disebelah dapur dan pintu keluar.

Kelihatan Mirza sedang terlena ditengah katil, nafasnya kelihatan tenang sahaja. Aku tersenyum melihatnya.

Aku mengusap rambut lebatnya yang berwarna coklat cair itu. Sungguh aku sayangkan dia, dialah segala-galanya bagi aku. Aku mengucup pipi gebu kemerah-merahan itu.

Aku lihat dia bergerak-gerak sedikit, terganggu dengan ciuman aku tadi.

Matanya terbuka perlahan-lahan, kelihatan mata bulat yang berwarna hazel itu memandang aku.

"Mummy!" Rengeknya.

Aku tersenyum melihat dia menggosok matanya. Comel! Geram!

" mirza wake up, mummy ada beli nasi ayam kegemaran mirza." Ujarku gembira.

"Ayam mummy? I love chicken! Yeayy! Jom mummy makan." Ujar Mirza gembira terus bangun dan melompat-lompat di atas katil. Dia sangat sukakan ayam.

"Hahaha. Sini mummy dukung." Ujarku lalu mendukunya turun dari katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience