BAB 9

Romance Completed 26911

Aiden pov.

Aku menghirup sedikit Air juice orange yang disediakan oleh Lya. Setelah aku mendesak dia menjawab siapa budak kecil tadi akhirnya dia mengalah dan membenarkan aku masuk kedalam rumahnya, tapi dia masih belum menjawab pertanyaan aku.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Sudah 15 minit aku tunggu di ruang tamu ini sendirian, batang hidung Lya masih aku tak nampak.

"Mummy, Mirza lapar..nak roti coklat." Tiba-tiba Kedengaran suara kanak-kanak . Aku lihat Lya sedang mendukung budak lelaki tersebut yang sudah siap mandi kerana rambut perangnya itu masih lagi basah.

"Lapar? Jom mummy buatkan roti coklat untuk bucuk mummy ni." Ujar Lya sambil mencium pipi budak lelaki tersebut.

Aku lihat dia terus berjalan ke dapur tanpa menghiraukan aku yang bersendirian di ruang tamu ini.

Aku perhatikan budak kecil tersebut, rambutnya yang berwarna coklat cair itu menarik perhatian aku. Warnanya sama dengan rambutku.

Bau coklat membuatkan aku menelan airliur, coklat ialah makanan kegemaran aku.

Aku terus bangun menuju ke dapur, aku lihat budak tersebut duduk di kerusi meja makan bulat tersebut sambil menepuk tangannya exited menunggu roti coklat. Aku duduk disebelahnya.

Dia memandang aku.

Aku terkejut melihat matanya yang berwarna Hazel itu, sama macam aku! Adakah dia...

"Uncle siapa?" Suara kecilnya bertanya pada aku. Tak pelat pun.

"Nama Uncle Aiden."jawabku.

"Ouh.."

"Panggil uncle papa.." ujarku lagi.

"Papa? Kenapa pulak?" Tanya dia. Mata bulat dan pipinya yang tembam kemerah-merahan itu membuatkan aku geram. Aku mengangkatnya duduk di atas riba.

"Siapa nama?"

"Mirza Airel." Ujarnya sambil memandang tepat pada mataku.

"Okay mirza, panggil papa sebab papa ni papa mirza." Ujarku sambil mencium pipinya ye aku pasti dia anak aku bila aku lihat dari segi fizikalnya itu.

Aku lihat lya masih sibuk membakar roti dan menaburkan coklat dan susu pekat di atas roti yang siap dibakar itu. Argh! Kegemaran aku tu. Aku menelan airliur.

"Yeayy! Seronoknya dapat papa. Mummy! Mirza dapat papa baru." Jerit mirza memanggil lya.

Akh lihat Lya berjalan ke arah kami sambil memegang pinggan besar berisi roti bakar yang ditabur coklat dan susu pekat.

"Mummy, uncle ni suruh panggil dia papa. Mirza suka." Ujar mirza tiba-tiba.

Lya menjeling aku,aku menelan airliur.

"Iye mirza suka? Baguslah. Dah makan ni." Ujar lya sambil meletakkan 3keping roti ke atas pinggan yang disediakan untuk mirza.

"Lya.. saya nak juga.." tanpa rasa malu aku meminta. Dia menjeling aku, tapi dia tetap menghulurkan pinggan kepada aku.

"Yeay! Thank you!" Aku tak ubah seperti mirza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience