BAB 11

Romance Completed 26911

"Dah sedia ke nak jumpa dengan mama dan papa saya?" Tanyaku pada Aiden yang nampak sedikit gelisah.

"Dah.. saya dah sedia cuma nervous sikit. Maklumlah pertama kali nak jumpa dengan bakal mertua ni kan." Ujar Aiden sambil tersengih melihat aku.

"Tak apa. Saya ada.. kejap saya nak tekan loceng dulu."ujarku lalu keluar dari kereta untuk menekan loceng di luar pagar tersebut.

Selepas beberapa minit kelihatan seorang makcik terkedek-kedek berlari menuju ke arah aku.

"Ye cik? Nak jumpa siapa?" Tanya makcik tersebut yang aku rasa orang gaji baru dirumah ini.

"Umm.. mama dengan papa ada rumah?" Tanyaku sambil tersenyum kecil ke arahnya.

"Mama? Papa?er.." mak cik tersebut menggaru kepalanya.

"Mak kiah, siapa yang datang tu?" Kedengaran suara yang dirinduinya itu.

"Err.. tak tahu la mak kiah puan.. dia nak jumpa mama dan papa katanya. Siapa pulak mama dan papa?" Tanya mak kiah lurus.

"Mama papa?" Tanya Mama.

Aku menunggu dengan penuh sabar.Sejujurnya aku risau, risau dengan penerimaan mama dan papa pada Mirza. Aku takut mereka tak dapat terima Mirza.

"Assalammualaikum..." ujarku bila mama sudah sampai di depan pagar kecil itu.

"Waalaikumsalam... ya Allah! Lya! Lya anak mama! Mak kiah buka lah pintu pagar tu. Anak kedua saya mak kiah oii." Ujar mama exited. Aku tersenyum kecil.

"Umm. Mama boleh buka gate besar tak? Lya nak bawa masuk kereta." Ujarku.

"Haa! Yelah. Remote kiah remote gate.." ujar mama kelam kabut. Lucu aku melihat telatah mama dan mak kiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience