BAB 3

Romance Completed 26911

"Mummy.. jomlah jalan-jalan bosan duduk dalam bilik je." Ujar mirza sambil bersila di atas katil didepan aku yang sedang sibuk dengan telefon kerana sedang mencari rumah sewa di KL. Sudah seminggu aku berada di langkawi ini dan sudah tiba masanya aku kembali ke sana.

"Bucuk mummy ni nak jalan mana?" Tanyaku sambil mengangkatnya dan diletakkan di atas perut aku yang sedang berbaring.

"Nak mandi laut.." ujarnya.

"Mana boleh.. sekarang ni panas nanti mirza hitam macam mana? Dah tak ensem anak mummy nanti." Gurauku. Memang sekarang tengah panas diluar sana, aku tak mahu dia sakit.

"Ala... umm kita pergi beli toys lah kalau macam tu. Mirza boring." Ujarnya dengan riak wajah sedih. Haish, dah macam orang tua dah aku tengok mirza ni. Umur baru 4 tahun tapi bercakap macam orang tua.

"Okay.. but let me finish my work first okay? Then kita beli toys." Ujarku sambil meletakkan dia di tepi ku.

"Okay mummy." Ujarnya sambil tersengih ke arah aku.

Eiii geram!

" good boy." Ujarku lalu menelefon nombor tuan rumah yang aku dapat dari Google itu. Aku lihat gambar rumah tersebut cantik dan tempatnya juga strategik.

"Okay.. terima kasih kak. Ye saya confirm masuk hari ahad ni. Yep. Okay-okay terima kasih. Assalamualaikum." Ujarku lalu menamatkan panggilan.

"Yeayy! Bucuk mummy! Hari ahad ni kita pergi KL. yeayea!" Ujarku sambil mengomolnya yang berada di atas katil melihat aku.

Kuat mirza gelak bila aku menyembamkan wajah ke perutnya yang buncit itu.

"Hahahah! Mummy! Janganlah geli. Mummy stop!" Jeritnya tak berhenti ketawa.

"Hahaha, padan muka bucuk mummy ni.dah jom kita pergi beli toys!" Ujarku sambil mendukung Mirza.

"Yeayy! Jom toys!" Jerit Mirza.seronok.

"Amboi! Seronok dia..." kataku lalu mencium pipinya yang gebu itu.

_____________

Tersenyum aku melihat mirza yang exited memilih mainan kegemarannya.

"Adik ke?" Tanya seseorang. Aku menoleh ke arah suara tersebut.

"Ah, buka itu anak saya." Jawabku menjawab soalan makcik penjaga kedai mainan tersebut.

Wajahnya kelihatan terkejut.

"Kamu nampak masih muda... umur berapa?"

"Haha, saya 22tahun." Ujarku.

"Mudanya.. tapi anak dah besar macam tu. Jadinya.."

"Mummy, dah siap dah." Ujar Mirza yang sedang bermain dengan pedangnya yang berkelip-kelip megeluarkan lampu. Sekaligus memotong percakapan mak cik tersebut.

"Berapa ye makcik?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience