BAB 8

Romance Completed 26911

Aiden pov.

"Heh! Senang awak cakap. Kahwin Aiden? Awak tinggalkan saya terkontang-kanting dekat sana lepas awak rogol saya Aiden!" Jerkahnya. Lalu dia terus berlari menaiki tangga menuju ke tingkat atas .

Aku yang masih tergamam terus mengejarnya.

'Dia tinggal disini? Satu tingkat dengan aku pula tu.' Kata hati aku. Bila aku nampak dia berhenti di tingkat satu.

"Lya.. tolong bagi saya peluang. Saya minta maaf lya sebab tinggalkan awak macam tu lepas saya rogol awak malam tu. Saya terlalu ikutkan nafsu dan ego saya yang tercabar dengan kawan-kawan saya. Saya minta maaf Lya." Ujarku merayu kepadanya yang sedang membuka pintu rumah tanpa menghiraukan aku.

"Pergi! Saya tak nak dengar apa-apa dah! Awak tak tahu bertapa sakitnya saya bila awak tinggalkan saya macan sampah! Bertahun saya tanggung sakit ni." Ujarnya sambil mengelap air mata yang tak berhenti-henti menitis membasahi pipi merahnya itu.

Sakit aku melihat airmatanya.

Pintu rumah dia buka, aku menghalang dengan kaki bila lya mahu menutup.

"Pergilah Aiden, kemunculan awak ni membuatkan ingatan saya pada apa yang awak buat dekat saya dulu bermain didalam fikiran saya. Bertahun saya tanggung keperitan ini Aiden! Jangan sakitkan saya lagi. Tolonglah Aiden." Jawapan yang keluar dari mulutnya itu merobek-robek hati aku. Aku menyesal buat dia begitu.

Aku bertekat untuk menebus kesalahan aku. Bertahun juga akh menderita kerana rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat pada orang yang aku sayang itu.

"Tolong Lya. Saya nak tebus kesalahan saya pada awak lya. Tolong beri saya peluang untuk buat awak bahagia sekali lagi lya, saya tahu saya dah banyak buat awak menderita. Berilah saya peluang terakhir Lya, saya sayangkan awak saya cintakan awak lya saya nak buat awak bahagia, dah lama saya cari awak lya tapi tak jumpa dan sekarang saya bersyukur dapat berjumpa dengan awak semula, tuhan beri saya peluang untuk tebus kesalahan saya pada awak. I love you Lya." Ujarku bersungguh-sungguh, air mata jantanku menitis lagi harini. Aku masih menghalang pintu dari ditutup olehnya.

"Tolonglah Aiden.."

"Mummy.. buat apa tu?" Suara kecil itu memotong percakap Lya. Aku tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience