BAB 10

Romance Completed 26911

Aku memerhatikan mereka berdua makan, Sebijik. Tiba-tiba aku terasa sebak,
Aku menahan air mata dari mengalir.

Ye roti coklat yang aku buat itu ialah kegemaran mereka berdua, aku tak boleh menafikan yang perangai Mirza sebiji macam Aiden.

Dan aku rasa Aiden juga tahu yang Mirza itu anaknya kerana dari segi fizikal iaitu rambut dan matanya sama seperti Aiden. Sebab tu aku tak kesah bila Aiden menyuruh Mirza memanggilnya papa.

Sekurang-kurangnya Mirza dapat merasai kasih sayang daripada seorang bapa, demi Mirza,demi kebahagiaan anak aku sanggup menerima Aiden kembali walaupun aku masih sakit dengan perbuatannya itu.

Tapi bila difikirkan mirza perlukan seorang papa. Aku tak boleh pentingkan diri, ye demi Mirza aku perlu kuat aku juga nampak kesungguhan Aiden meminta maaf pada aku tadi.

'Semua orang pernah buat silap,mungkin aku perlu memaafkannya, demi kebahagiaan mirza.' Ujarku dalam hati.

"Lya.. kita kahwin, saya tahu mirza tu anak kita, mata dia, rambut dia sebijik macam saya. Please lya, saya cintakan awak. Saya nak tebus kesalahan saya pada awak, saya tahu salah saya sebab buat awak macan tu. Tapi saya nak awak tahu lepas saya tinggalkan awak tu saya juga menderita, menderita kerana tinggalkan awak orang yang saya sayang macam tu saya tak pernah lupakan awak. Saya rasa bersalah sangat tinggalkan awak tanpa mengetahui yang awak kandungkan anak saya. Awak kandungkan anak kita sorang-sorang. Saya sakit sangat bila dapat tahu semua ni. Beri saya peluang untuk bahagiakan awak, kita besarkan mirza sama-sama." Ujar Aiden bersungguh-sungguh, tangannya erat memegang tanganku.

"Saya dah fikir masak-masak, walaupun hati saya sakit, tapi demi Mirza... saya terima. Mungkin ada hikmahnya tuhan pertemukan kita kembali." Ujarku tenang sambil memandang ke arah mirza yang sedang bermain dengan mainannya yang dibeli di langkawi tersebut.

Senyap.

Aku memandang ke arah Aiden, aku lihat mulutnya terlopong. Mungkin dia terkejut mendengar jawapanku.

"Ye.. saya terima. Jumpa mama dan papa saya dan terangkan pada mereka. Kita kahwin." Ujarku tanpa perasaan.

"Yahoo!! Baby! Papa nak kahwin dengan mummy!" Jerit Aiden gembira sambil mendukung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience