BAB 14

Romance Completed 26911

"Assalammualaikum.." kedengaran suara papa memberi salam di ruang tamu.

"Waalaikumsalam.. abang dah balik.." ujar mama.

Aku di dapur bersama dengan Aiden sedang membancuh air.

"Lya.. esok kita pergi pejabat kadi. Kita nikah esok." Ujar Aiden. Nada suaranya seperti sedikit kesal.

"Okay.." jawabku ringkas.

"Lya.. saya minta maaf sebab menipu pasal.."

"Syhh.. tak apa. Saya tak kesah semua tu. Yang penting sekarang mama dapat terima Mirza sebagai cucu dia. Tapi keluarga awak..."

"Saya dah mesej mama.. awak tahula kan... family saya memang tak ambil kisah pasal semua ni, asyik kerja,harta,kerja,harta. Family hancur.. tapi takpa, lagi bagus tak adalah diorang kacau saya dan awak nanti." Ujar Aiden. Aku tak tahu pula keluarga Aiden seperti itu.

Aku lihat wajahnya sayu saja.

"Tak apalah.. saya dan mirza kan ada, jom lah jumpa papa. Jaga-jaga papa garang orangnya." Ujarku mengusiknya sambil membawa air yang dibancuh ke meja makan.

"Huh? Yeke? Awak biar betul! Saya takut ni." Jawab Aiden sambil berlari mengikuti aku.

______________

"Mama dah ceritakan semuanya pada papa tadi.." ujar papa serius. Selesai makan malam kami berkumpul di ruang tamu. Kakak pula ada dinner dengan client kata papa.

Mirza masih tidak bangun dari tidur dari petang tadi lagi, sudah aku kejutkan tapi dia merengek tak mahu bangun, jadi aku tinggalkan mirza tidur didalam bilik aku.

"Saya minta maaf uncle.. saya tahu saya salah." Ujar Aiden.

"Memang kamu salah! Kahwin dengan anak uncle tanpa kebenaran kami sekeluarga. Memang kamu salah.!" Ujar papa. Terkejut aku mendengar suara papa yang tinggi itu.
Aku lihat wajah Aiden sudah pucat.

"Kamu ingat dengan mint-"

"Mama... lapar." Tiba-tiba kedengaran suara Mirza yang kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience