Chapter 2

Mystery & Detective Completed 8336

BAB2

"Tinggi dan tegap..lengan berbulu serta mata berwarna merah..." Halimah menjelaskan rupa makhluk yang dia nampak di atas bumbung rumahnya kepada pihak polis yang berjantina wanita.

"Adakah Puan Halimah dapat melihat rupanya dengan jelas?"

"Tidak..keadaan waktu itu sangat gelap dan hujan pun turun dengan terlalu deras hingga saya berasa sakit hati ketika memandang ke arah bumbung rumah.." jelas Halimah.

"Suami puan berada di mana pada waktu itu?"

"Erm..saya sendiri pun tidak berapa nak pasti, saya cuba hubungi beberapa kali waktu bunyi hentakan kuat itu berlaku tapi dia tak angkat.." jelas Halimah lagi yang masih lagi bingung memikirkan di mana agaknya suami dia sekarang.

"Baiklah..Makhluk tu tampan tak puan? Dia single atau sudah berpunya?"

"Oh..apa kata awak tanya dia sendiri lepas tu tolong tanyakan dia buat apa kat atas bumbung rumah saya dan kenapa dia bunuh bapa mertua saya? Dan tanya dia kalau dia ada sembunyikan suami saya suruh dia pulangkan semula..awak ingat ini kelakar ke?!" Wow.. marahnya Halimah.

"Ma..maafkan..sa..sa..saya puan..puan boleh beredar sekarang.."

Halimah beredar dari situ dengan perasaan yang marah akibat perangai polis wanita itu. Nampak sangat desperate nak jodoh. Halimah mengambil teksi dan terus ke rumah ibu mertuanya. Rumah tersebut dipenuhi dengan saudara terdekat, para sahabat dan jiran. Halimah melangkah kaki perlahan menaiki anak tangga dan menuju ke ruang tamu di mana ditempatkan jenazah bapa mertuanya.

Air matanya mengalir dan dia duduk di sebelah jenazah tersebut demi menatap wajah bapa mertuanya buat kali terakhir sebelum dimandikan dan dikebumikan. Dimanakah suaminya? Persoalan itu masih bermain difikirannya. Pihak polis mengesyak suami dia adalah pembunuh. Pihak polis juga telah menyoal siasat rakan sepejabat suaminya namun jawapan yang sama di terima.

"Dia nampak elok je buat kerja, takde nampak macam stress or something that bother him. Masa balik kerja pun dia baik-baik saja. Itulah kali terakhir kami melihat Haikal." kata salah seorang rakan sepejabatnya.

Setelah selesai dengan pengebumian arwah, Halimah dan keluarganya terus pulang ke rumah mertuanya. Ibu bapa kandung Halimah telah lama meninggal dunia. Bapa kandungnya meninggal akibat tercekik kayu hoki kerana kalah betting dengan kawan-kawan. Ibu Halimah pula mati terkejut kerana mendengar punca kematian suaminya. Halimah merupakan anak tunggal dalam keluarga, dia tidak mempunyai adik beradik mahu pun saudara mara kerana ibu bapanya juga merupakan anak tunggal.

Pada belah suaminya sahajalah dia mengharapkan kasih sayang. Namun bila sudah jadi perkara sebegini Halimah sudah menjadi bingung, dengan misteri kehilangan suaminya membuatkan dia menjadi ragu untuk mempercayai sesiapa kecuali keluarganya. Sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Halimah mula merasakan hidupnya sudah mejadi sial dan malang. Tapi dia tidak boleh nak salahkan sesiapa, mungkin Allah ingin menguji dirinya. Dia harus tabah dan berdoa agar semua ini akan berakhir dengan cepat. Segala yang berlaku bagaikan mimpi ngeri bagi Halimah.

Azan isyak telah pun berkumandang, Halimah tersedar dari lamunan lalu mengesat air mata dengan kain lengan kirinya dan bangun menuju ke dapur. Ibu mertuanya sedang berborak dengan jiran-jiran. Imam pun sudah tiba.

Malam itu tahlil yang pertama. Ramai kawan-kawan dan saudara mara memberikan kata-kata semangat kepada Halimah dan mengucapkan takziah di atas pemergian arwah bapa mertuanya. Bapa mertuanya begitu baik pada Halimah. Bapa mertuanya juga merupakan bekas tentera diraja Malaysia, beliau pencen pada usia 55 tahun dan dengan duit pencen itulah bapa mertuanya membuka perniagaan cekodok goreng tepung di kampung.

"Aku harus tabah dan hidup berdikari mulai hari ini. Tapi dimanakah suami aku berada sekarang ni? Adakah pembunuh itu telah menculik suami aku atau pun suami aku ialah pembunuh tersebut? Tidak mungkin suami aku.

Masakan dia ingin membunuh ayah kandungnya sendiri? Sedangkan dia begitu sayang pada ayahnya? Mesti pembunuh itu punya kerja. Tapi, siapa pembunuh itu? Kenapa dia ingin melakukan perkara ini terhadap keluarga aku? Suami aku ada berhutang dengan dia ke? " Bermacam sangkaan yang bermain di fikiran Halimah waktu itu.

Apa kaitan pembunuh itu dengan suaminya? Kenapa pembunuh itu melakukan perkara sedemikian rupa? Adakah pembunuh itu merupakan salah satu sahabat Haikal? Dan, adakah Haikal ada buat perkara yang Halimah sendiri tidak pernah tahu selama ini? Siapakah pembunuh itu? Kenapa? Halimah masih belum boleh berhenti dari berfikir tentang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience