Chapter 1

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 1

Halimah masih belum dapat memejamkan matanya, dia melihat jam di dinding menunjukkan jam 2:30 pagi. Bunyi rintik-rintik hujan masih kedengaran di atas bumbung rumah. Halimah bingkas bangun dari tilam empuknya lalu berjalan keluar dari bilik tidurnya menuju ke ruang tamu rumah teres yang disewakan kepadanya oleh seorang pakcik yang murah hati dan baik.

Halimah menuju ke sliding door demi melihat perkarangan rumahnya untuk memastikan jika suaminya sudah pulang atau belum, mungkin suaminya sudah pulang tetapi disebabkan keletihan di tempat kerja akhirnya tertidur di dalam kereta, perkara itu sering berlaku pada suaminya.

"Mana suami aku ni? Dah lewat sangat ni masih tak balik lagi..." rungut Halimah di dalam hati.

Halimah lekas masuk ke dalam biliknya dan mencapai telefon bimbit lalu membuat panggilan ke suaminya tapi hampa kerana suara operator yang kedengaran di hujung talian. Hatinya kini tiba-tiba didatangi kerisauan kerana takut jikalau ada apa-apa yang mungkin menimpa suaminya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dan secara tiba-tiba "BUPPPPPPPPPP!!". Halimah terkejut apabila mendengar bunyi kuat yang menghentam bumbung rumahnya. Halimah jadi kaget sebentar, kemudian dia membuat panggilan ke suaminya kerana perasaan takut menyelubungi diri Halimah sekarang. Mungkin ada pencuri yang sedang mencari jalan masuk ke rumah itu melalui atas bumbung? Tapi disebabkan hujan keadaan jadi licin dan mungkin pencuri itu tergelincir lalu terjatuh? Bermacam sangkaan yang bermain di fikiran Halimah waktu itu.

Matanya kini bergenang dengan air mata kerana sudah berkali-kali dia membuat panggilan ke suaminya namun tetap suara operator yang kedengaran. Hendak diperiksa apakah punca yang membuatkan bunyi bising itu tadi tidak berani pula kerana takut dan bimbang jika dia akan di ancam oleh pencuri itu pula. Halimah menuju ke tingkap dan menyelak sedikit kain yang menutupi tingkap biliknya bagi melihat keadaan di luar rumah dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat darah yang mengalir membasahi tingkap bilik tidurnya itu.

Halimah meletakkan kedua-dua tapak tangan ke arah mulutnya agar tidak menjerit. Halimah berlari ke atas tilam dan selubungi dirinya dengan selimut. Mulut Halimah tidak berhenti membacakan surah-surah suci dan berharap apa yang di lihat olehnya tadi adalah tidak benar dan mimpi sahaja. Air matanya mengalir deras bagaikan air terjun akibat ketakutan yang melampaui batas. Beberapa minit kemudian hatinya mula tenang dan dia memberanikan diri untuk bangun dari tilam dan menjenguk ke arah luar tingkap.

Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke tingkap biliknya dan tiba-tiba "GRRUUUUUMMMMMM!!!!!". Halimah terkejut dan berlari semula ke tilam dan selubung dirinya dengan selimut.

"Bunyi guruh je pun, kenapalah aku terkejut sangat ni? Sebab darah kat tingkap tu ke? Ish..tak mungkinlah itu darah mungkin halusinasi aku kot? Tu la, banyak sangat tengok cerita Doraemon..eh..tak..tak..cerita Saw..semua siri aku dah beli dan tengok..Inilah akibatnya..Better aku tengok ke luar tingkap lagi sekali..Ish! Mana hubby aku ni?" Mengarutnya seorang diri di dalam hati.

Halimah lagi sekali memberanikan diri berjalan ke arah tingkap dan selak kain yang menutupi tingkap itu dan hatinya gugup bagaikan buah anggur yang kena pijak. Darah itu sudah tiada di situ, hatinya lega tambah gembira kerana apa yang di lihat olehnya sebentar tadi adalah tidak benar.

Akan tetapi mata Halimah tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang baring meniarap di tepi rumahnya(rumah lot corner). Dan Halimah berfikir bahawa itu adalah tidak benar dan berkemungkinan itu adalah halusinasi. Halimah berjalan menuju ke luar rumah melalui pintu hadapan rumahnya dan mengambil penukul besi yang terletak tidak jauh dari kakinya, bagaimana penukul itu berada di situ pun dia tidak pasti. Halimah segera berjalan menuju ke destinasi yang di mana dia sebentar tadi melihat sekujur tubuh terbaring tertiarap di tepi rumahnya.

Perlahan-lahan Halimah melangkah menuju ke tubuh tersebut. Dia memegang bahu kiri tubuh itu dan dengan segala kudrat yang ada Halimah menolak tubuh itu ke kanan agar tubuh itu terlentang dan Halimah terkejut! Kerana yang terlentang di hadapan dia adalah bapa mertuanya sendiri. Ingin percaya atau tidak, Halimah sudah bingung. Apa yang harus dia lakukan ketika itu?

Penukul yang digenggam di tangan kirinya tadi terlepas lalu jatuh menimpa tubuh bapa mertuanya. Halimah memandang ke arah bumbung rumahnya dan terkejut lalu terduduk kerana tidak percaya dengan apa yang di lihat olehnya. It's a bird? It's a plane? It's Miley Cyrus? ...Ish, mengarut je la.... Halimah melihat seseorang sedang berdiri di atas bumbung rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience