Chapter 3

Mystery & Detective Completed 8336

BAB3

"Kringgg!! Kringgg!!".

Halimah terbangun dari tidurnya yang lena akibat bunyi bising dari jam penggera. Halimah bangun dari katil lalu mencapai jam penggera yang bising itu dan campakkan ia ke dalam mangkuk tandas, kemudian Halimah membuka almari pakaian dan mengambil jam penggera yang lain untuk dijadikan sebagai pengganti yang tadi. Halimah berjalan menuju ke arah dapur rumahnya, dia menggeliat dan melihat jam di dinding dapur.

Ada satu jam sebelum pukul 6 pagi, Halimah membuat keputusan untuk membuat air kopi panas, pagi yang sejuk seperti itu memang sesuai jika perkena kopi. Sudah tiga bulan berlalu semenjak kejadian kematian arwah bapa mertuanya, dia masih ingat lagi bagaimana arwah bapa mertuanya meninggal dunia. Ada lubang besar pada dada arwah, seperti di tebuk oleh sesuatu yang besar dan sangat tajam.

"Benda apa yang boleh buat lubang sebesar itu? Gerudi ke?" fikir Halimah sejenak.

Halimah menghirup kopi panas yang baru di bancuh sebentar tadi. Matanya masih lagi mengantuk namun dia harus cergas kerana tidak lama lagi akan masuk waktu solat subuh dan dia tidak mahu terlepas. Bagus sungguh Halimah ini. Kehilangan suaminya, Haikal masih lagi menjadi misteri.

Pihak polis menemui jalan buntu dalam siasatan itu. Malah, pihak polis terselesaikan kes-kes yang tidak ada kaitan dengan kehilangan suami Halimah, salah satunya kes penyeludupan bahan api oleh geng yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Lain yang di siasat lain pula yang settle.

"Ke mana lah gamaknya suami aku ni hilang? Polis pun masih belum dapat tahu siapa pembunuh itu dan punca kehilangan suami aku." Halimah berkata pada dirinya seorang diri.

Perasaan sedih, sunyi dan rindu pada suami dan arwah bapa mertuanya memang tidak dapat nak dielakkan. Sesungguhnya setiap saat dan detik Halimah akan teringatkan semua kenangan bersama mereka berdua. Halimah masih ingat lagi bagaimana Haikal suaminya melamar dia untuk menjadi isteri.

Waktu itu mereka sedang berjalan di pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur, Times Square. Di depan khalayak ramai itulah Haikal melamar Halimah untuk menjadi isterinya, betapa gembira hati Halimah waktu itu hingga menitiskan air mata. Orang ramai yang menyaksikan perkara itu bersorak bertepuk tangan kerana rasa terharu dengan perbuatan Haikal yang di anggap romantik itu.

"Sudikah baby menjadi isteri hubby?" perkataan itu masih lagi terngiang di telinga Halimah. Dan Halimah tidak lupa bagaimana masa waktu pertama setelah dia di lamar oleh Haikal di bawa berjumpa dengan bakal ibu bapa mertuanya. Halimah boleh lihat kegembiraan pada raut wajah kedua bakal mertuanya dan Halimah yakin bahawa keluarga Haikal boleh menerima Halimah.

Ibu bapa kandung Halimah juga turut gembira setelah di beritahu oleh Halimah bahawa dia telah di lamar oleh Haikal dan akan hadirnya rombongan meminang. Halimah merasakan saat itu saat paling indah dalam hidupnya.

Namun kini, segala-galanya telah hancur musnah dengan tragis. Dia tidak akan pernah lupa apa yang pembunuh itu telah lakukan. Dunia dan akhirat tidak akan diampunkan dosa pembunuh itu. Tiba-tiba air mata Halimah mengalir membasahi pipi. Halimah tersedar dari lamunan itu akibat terdengar suara azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh.

Lekas Halimah mengesat air matanya menggunakan tangan dan bangun terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri lalu terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Setelah selesai menunaikan solat, Halimah terus bersiap-siap untuk pergi ke rumah ibu mertuanya bagi membantu menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kuih muih yang akan di jual petang nanti. Itulah pekerjaan Halimah sekarang.

Waktu suaminya masih ada, makan minum dia di tanggung beres oleh suaminya kerana itulah kehendak suaminya. Haikal mahu isterinya duduk di rumah dan lakukan kerja-kerja yang sepatutnya seorang isteri lakukan. Gaji Haikal RM3000.00 sebulan cukup memadai untuk menanggunng perbelanjaan di rumah dan kedua ibu bapanya di kampung. Itu baru gaji asas tidak termasuk dengan kerja lebih waktu yang di bayar sebanyak RM100.00 sejam.

Rumah teres yang disewakan kepadanya walaupun sebulan RM1000.00 masih mampu untuk dia bayar. Tapi kini Halimah terpaksa menetap di kampung mertuanya kerana dia tidak mampu untuk terus menetap di rumah sewa kerana tidak ada apa-apa pendapatan.

Ibu mertuanya menawarkan Halimah untuk tinggal bersama di rumah peninggalan arwah bapa mertuanya namun di tolak baik oleh Halimah kerana dia tidak ingin menyusahkan ibu mertuanya itu di tambah pula rumah itu ada adik lelaki kepada si Haikal.

Jarak usia antara Haikal dan adiknya cuma setahun saja. Lalu, Halimah membuat keputusan untuk menyewa rumah papan kecil di kampung suaminya dengan harga yang ditetapkan RM150.00 sebulan termasuk api dan air.

Duit upah hasil membantu ibu mertuanya sudah cukup untuk dia menanggung hidup sendiri. Ibu mertuanya tidak kisah untuk membantu Halimah kerana Halimah ialah anaknya juga. Halimah bersyukur dengan kehidupan dia sekarang walaupun tanpa bapa mertua dan suami di sini namun dia tetap cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan.

Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan, dengar cerita baru-baru ini ada petunjuk baru yang dapat membantu siasatan. Ada sesetengah orang kata ada ternampak suaminya di Kedah. Sesetengah lagi mengatakan ada ternampak suaminya di Sarawak.

Pihak polis meneruskan siasatan berdasarkan maklumat orang ramai. Entah bagaimana ada satu perasaan di dalam hati Halimah menyatakan bahawa suaminya masih lagi hidup dan dia bukan pembunuh itu. Pihak polis pun telah menarik balik tuduhan membunuh ke atas Haikal kerana maklumat yang diberikan Halimah tentang pembunuh itu jauh berbeza dengan Haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience