Chapter 4

Mystery & Detective Completed 8336

BAB4

"Kak..lepat jagung RM3.00, pisang goreng budu RM2.00.." pesanan yang di buat oleh pelanggan muda ketika singgah membeli kuih di kedai ibu mertua Halimah.

"Semuanya RM5.00 ye dik.." Halimah menghulurkan seplastik kuih kepada pelanggan tadi dan menerima bayaran sebanyak RM10.00. Setelah memulangkan baki RM5.00 kepada pelanggan Halimah cepat-cepat melayan pelanggan yang lain pula. Ibu mertuanya sedang sibuk menggoreng kuih cekodok yang paling digemari oleh penduduk kampung di situ.

"Ahh.. Alhamdulillah hari ni ramai pelanggan yang datang ye bu?" kata Halimah kepada ibu mertuanya.

"Tu la, syukur Alhamdulillah. Banyak rezeki kita hari ni nak..".

"Assalamualaikum, Ida.." Halimah tergamam apabila mendengar salam yang diberi. Dia menoleh dan mendapati bahawa tok imam yang menguruskan tahlil 3 bulan lepas datang ke gerai milik ibu mertuanya. Setelah menjawab salam yang diberi, ibu mertua dan Halimah meng-offer imam tersebut untuk duduk dan dihidangkan kuih muih untuk imam tu telan. Mereka bertiga berbual panjang dari A hingga Z.

"Aku tengok perniagaan kau ni makin majulah Ida, kau tak nak besarkan lagi ke perniagaan ni?" Imam mengajukan pertanyaan sambil mengunyah cekodok.

"Hahaha! Bukan tak nak imam, aku cuma lebih selesa dengan cara macam ni. Dekat dengan rumah aku. Lagi pun tempat yang aku pilih ni strategik apa. Ramai yang datang sini beli kuih aku tu haaa.." kata ibu mertua Halimah kepada imam tadi. Halimah duduk di tepi sambil mendengar perbualan tok imam dengan ibu mertuanya itu. Kadang-kadang Halimah mencelah juga.

Kemudian datang pula seorang anak muda kampung itu untuk membeli kuih di gerai tersebut. Setelah melihatkan tok imam ada di situ pemuda tersebut mengajukan soalan pada imam yang sedang enak mengunyah kuih cekodok.

"Imam ada dengar cerita tak baru-baru ni budak balik mengaji kena kacau kat simpang depan sana?" kata pemuda tersebut.

"Ada jugak aku dengar cerita tu, tapi betul ke? Entah-entah budak-budak tu semua yang mengada fikir yang bukan-bukan lepas tu buat cerita pula." kata tok imam dalam kehairanan.

"Baru-baru ni Timah janda tu ambik sidaian kat belakang rumah, dah lepas mahgrib tak silap saya, dia lah yang bagitau. Dia ada nampak sesusuk tubuh imam, dia pengsan kat situ jugak. Kalau bukan anak perempuan dia yang terdengar jeritan tu, alamatnya berjam-jam lah dia pengsan kat situ..." kata pemuda itu lagi.

"Eh, kau biar betul Mustafa. Timah tu takde kata apa pulak bila terserempak dengan aku hari tu..kau jangan buat-buat cerita Mus..." kata imam kepada pemuda yang bergelar Mustafa itu.

"Ya Allah Imam..betullah..buat apa saya nak tipu..tu la imam, sibuk main Xbox kat rumah dengan cucu. Sampai cerita pasal orang kat kampung kena kacau dengan lembaga pun tak tahu.." kata Mustafa lagi.

"Kau ingat aku ketua kat kampung ni nak ambik tau pasal semua perkara? Cukuplah cucu aku yang sorang tu aku layan. Ni baru-baru ni dia mintak aku belikan Ps4 pulak. Apa benda tu aku pun tak tahu..takpelah Mus, nanti aku siasat pasal perkara tu.

Kau pergilah pulang dulu, aku naik semak tengok wajah kau yang seakan-akan tembok besar cina tu.." Pandai mengutuk rupanya tok imam ni. Setelah Mustafa memberikan salam dia pun berlalu pergi dari gerai itu. Halimah tiba-tiba terasa macam perkara tersebut menjadi gangguan pada minda dia. Ingin saja tadi dia tanya pada Mustafa bagaimana rupa lembaga tersebut.

Mungkin lembaga itu sama dengan yang dia jumpa di atas bumbung rumahnya ketika dia masih menetap di bandar? Dia sendiri tidak pasti akan hal itu.

Imam meminta izin untuk pulang ke rumah setelah dua piring kuih dia mentekedarah. Halimah dan ibu mertuanya terus mengemas gerai itu untuk tutup kerana sudah lewat petang, lagi 1 jam untuk masuk waktu mahgrib.

Setelah selesai, mereka berdua pun terus pulang ke rumah, ibu mertua Halimah yang bernama Ida menghulurkan RM200.00 kepada Halimah sebagai upah membantu dia sejak dari pagi lagi. Halimah menerima duit tersebut dengan perasaan yang bersyukur dan mengucapkan terima kasih pada ibu mertuanya.

Kemudian mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Rumah Halimah agak jauh sikit dari gerai tersebut namun dia tidak peduli semua itu asalkan dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa sudah cukup bagi dia. Jauh atau tidak bukan penghalang untuk dia membantu ibu mertuanya.

Halimah tiba di satu simpang untuk pulang ke rumahnya, langkah kakinya tiba-tiba terhenti. Dari jauh Halimah dapat melihat seorang lelaki berbadan sasa sedang memerhatikan dirinya saat itu. Hati Halimah berdebar-debar waktu itu, dia pasti itulah dia! Tidak silap lagi, memang benar apa yang dia lihat.

Halimah melempang pipinya sendiri kuat-kuat untuk mengetahui jika apa yang dialaminya waktu itu mimpi atau tidak. Kesakitan yang di terima olehnya membuktikan bahawa ianya bukan mimpi dan dirinya terasa bangang sebab membuat perkara sedemikian. Halimah tatap lelaki itu dengan betul, dia cuba untuk memanggil tapi tidak berdaya. Halimah sendiri tidak tahu mengapa, badannya tiba-tiba kaku, kakinya tidak boleh bergerak walau seinci pun.

Matanya fokus pada lembaga yang sedang berdiri jauh dari tempat dia berdiri. Tiba-tiba lembaga tersebut hilang dari pandangan. Halimah sudah boleh bergerak semula dan dia terus berlari pergi ke rumah ibu mertuanya dan menceritakan perkara tersebut pada ibu mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience