Chapter 10

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 10

Rumah yang Halimah menetap bersama Razman dan makcik nya dikerumuni oleh pihak polis, forensik, ambulans, jiran tetangga dan wartawan-wartawan tak guna tempatan. Insp.Frost berdiri di halaman rumah sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya seperti seekor naga yang kelaparan daging segar dari New Zealand.

Terlalu berat untuk Insp.Frost menerima hakikat bahawa keluarga Razman telah tiada lagi. Pihak forensik memberikan kenyataan bahawa Halimah telah membunuh diri, Razman pula tidak pasti apakah punca kematian kerana tiada sebarang kesan pergelutan di badan nya dan tidak pasti apakah penyebab darah Razman kering.

Dan makcik nya hilang tanpa dapat di kesan. Bermacam persoalan bermain difikiran Insp.Frost. Samada mahu meneruskan siasatan atau pun biarkan jabatan yang lain ambil alih kes ini. Ini sudah menjadi kes yang sangat besar. Akhirnya Insp.Frost mengambil keputusan untuk lepas tangan. Dia tidak mahu lagi kendalikan kes ini kerana amaran yang dia terima ketika dia bersama Razman di pejabat semalam.

Secara rasminya, Insp.Frost berhenti dari meneruskan siasatan. Dia melangkah pergi dari tempat kejadian. Dengan hati yang agak berat.

Di tengah-tengah keramaian manusia di tempat kejadian. Ada seorang manusia yang sedang memberikan perhatian pada kes ini. Dia menghembuskan nafas dan merasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarga itu.

Dia menoleh dan berlalu pergi begitu sahaja. Hujan mulai turun membasahi bumi, orang ramai tadi semua berlari demi mengelakkan diri masing-masing basah. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Pihak polis masih lagi berada di rumah tersebut bagi meneruskan siasatan. Peristiwa yang berlaku pada keluarga Halimah menjadi tanda tanya pada semua yang mengetahui perkara ini.

Apakah yang menimpa keluarga itu sebenarnya? Seorang demi seorang hilang nyawa. Nasib malang apakah yang telah hadir di dalam keluarga itu? Bermacam khabar angin kedengaran. Pihak media juga tidak kurang hebatnya, "KELUARGA DI SIHIR" tajuk akhbar yang disiarkan.

Sehingga kini, pihak polis masih belum mampu membongkarkan kes kematian yang melibatkan keluarga Halimah. Pihak makhamah telah pun mengambil keputusan untuk menutup kes itu. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku. Cerita tentang kes pembunuhan itu hilang di tiup angin. Semakin lama, semakin dilupakan.....

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience