Chapter 7

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 7

Razman dan Insp.Frost tiba di hadapan rumah sewa Razman di Serdang. Insp.Frost mengikut Razman menaiki kereta miliknya dari belakang kerana sewaktu mereka sedang sibuk mencari petunjuk, tiba-tiba Razman dapat missed call dari Halimah. Halimah kini menetap dengan Razman di Selangor, Razman memujuk Halimah untuk tinggal bersama dengan nya demi keselamatan diri nya.

Bukan Razman dan Halimah sahaja yang tinggal di rumah tersebut tapi makcik Razman dari kampung pun turut menetap di situ kerana risaukan keselamatan makcik nya terancam pula. Mana tahu kalau pembunuh itu menjadikan makcik nya sebagai sasaran seterusnya. Razman memarkir keretanya dan terus bergegas keluar menuju ke halaman rumah tersebut, diikuti oleh Insp.Frost.

Razman membuat panggilan semula sejurus selepas menerima missed call daripada Halimah. Merasakan risau, terus mereka berdua membuat keputusan untuk menuju ke rumah sewa Razman di Serdang. Insp.Frost memberikan isyarat tangan kepada Razman supaya dia berhenti melangkah.

Pagar tidak berkunci, tombol pintu hadapan depan rumah Razman seakan-akan pecah, seperti rumah tersebut telah diceroboh. Mereka berdua perlahan-lahan berjalan ke arah pintu depan. Razman membuka pintu perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Mereka mengambil langkah berhati-hati, risau jika rumah itu telah dimasuki pencuri dan pencuri itu masih berada di dalam.

Razman begitu risaukan Halimah dan makcik nya. Dia berdoa agar mereka berdua berada dalam keadaan baik-baik saja. Razman melangkah masuk dan menuju ke arah ruang tamu rumah, disusuli oleh Insp.Frost. Keadaan dalam rumah tersebut gelap, Razman menuju ke arah pintu bilik makcik nya, dan memulas tombol dengan perlahan. Razman menolak pintu ke dalam agar terbuka.

Kelihatan makcik nya tidur dalam keadaan nyenyak sambil berdengkur. Insp.Frost muncul dari arah dapur, dan mendekati Razman. Razman menjadi hairan kerana Insp.Frost sedang memegang payung, dari mana dia jumpa payung tersebut? Insp.Frost membisikkan sesuatu ke telinga Razman, mengertilah Razman bahawa payung itu dijumpai di atas lantai dapur. Tapi bagaiman payung tersebut boleh sampai ke situ? Sedangkan payung itu selalu dia sandarkan di belakang pintu.

Mereka berdua beralih pula ke bilik Halimah, Razman mendapati pintu bilik Halimah tidak bertutup dan tombolnya turut pecah seperti pintu depan tadi. Insp.Frost pasang telinga betul-betul, dia ingin tahu jika ada pencuri di dalam bilik Halimah. Ternyata telinga Insp.Frost tidak dapat menangkap apa-apa bunyi. Razman menolak kayu pintu bilik Halimah dan melihat Halimah sedang tidur nyenyak. Razman mengalihkan pandangan kepada Insp.Frost, dia hanya mengangkat bahu saja menandakan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.

Halimah tersedar dari tidurnya, dia segera bangun dan melihat ke arah sekelilingnya. Bilik tersebut terang, dengan bantuan cahaya matahari dari luar. Halimah melihat jam di sebelah kepala katil, sudah 3 jam selepas waktu subuh. Halimah seperti orang yang sangat keliru, apa sebenarnya yang berlaku semalam? Berkerut dahinya memikirkan tentang itu. Halimah bangun dari katil dan menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya.

Selepas selesai mandi, Halimah menuju ke arah dapur dan mendapati Razman dan makcik nya sedang berbual di meja makan. Razman dan makcik nya mengalihkan pandangan ke arah Halimah. Halimah terus menarik kerusi dan duduk, dia mengambil cawan dan menuangkan kopi ke dalam cawan itu. Kemudian dia menghirup air kopi itu sedikit demi sedikit. Menyedari diri nya di tenung oleh Razman dari tadi, terus dia letakkan cawan ke atas meja. Dan Halimah mengalihkan pandangan ke arah Razman.

"Apa yang berlaku semalam kak?" Razman mengajukan soalan kepada kakak iparnya.

"Apa yang berlaku apa?" jawab Halimah kehairanan.

"Yela, semalam dalam pukul 2 lebih akak ada call Man. Tapi time tu Man tengah drive tak dapat nak jawab. Man balik je rumah, tengok-tengok pagar depan rumah tak tutup, tombol pintu depan pecah, payung ada kat dapur, tombol pintu bilik akak pun pecah, ada pencuri ke yang masuk semalam kak?" jelas Razman lagi.

Halimah terdiam, dia tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran dia sekarang. Apa mungkin yang berlaku semalam bukan mimpi? Biar benar? Halimah menjadi sangat keliru waktu itu. Makna kata, semua yang berlaku semalam bukan mimpi. Dan lelaki yang datang selamatkan dia tu? Lalu Halimah terus menceritakan apa yang sebenarnya berlaku semalam.

Razman terkejut mendengar apa yang keluar dari bibir mulut kakak ipar nya itu. Razman semakin bingung, macam mana makcik nya boleh lena diulit mimpi sedangkan Halimah sedang dikacau hantu pada waktu itu? Bermacam persoalan yang bermain di fikiran Razman sekarang. Razman segera membuat panggilan ke seseorang yang dianggap boleh dipercayai pada waktu itu.

Insp.Frost tiba di rumah Razman, setelah memarkirkan kereta Honda Civic miliknya, dia menuju pula ke dalam rumah Razman. Kedatangannya disambut mesra oleh Halimah dan makcik Razman. Berita yang diterima oleh nya tadi benar-benar memeranjatkan. Insp.Frost mengajukan soalan pada Halimah, dan ternyata Halimah tidak berkata bohong. Dari riak wajahnya saja sudah boleh dibaca, bahawa dia bercakap benar. Apa yang berlaku pada diri Halimah semalam bukanlah khayalan tetapi realiti. Insp.Frost mengambil sesuatu dari evidence kit miliknya.

Dia cuba untuk mengesan jika ada cap jari pada pintu rumah tersebut. Setelah dapat mengesan cap jari yang ada pada pintu depan rumah dan pintu bilik Halimah. Insp.Frost terus meminta diri, beliau ingin pergi ke makmal dan membuat kajian tentang kesan cap jari yang dijumpai di pintu rumah tersebut. Hasil keputusan ujian makmal akan dimaklumkan pada Razman. Halimah dan Razman hanya perlu tunggu, dalam masa beberapa jam lagi mereka akan ketahui kebenaran.

Halimah kembali duduk di sofa. Razman mengiringi Insp.Frost ke pintu hadapan rumah. Halimah memicit dahinya, segala yang berlaku terlalu mendadak. Kadang-kadang, seperti tidak masuk di akal, tapi itulah hakikat sebenarnya. Mata Halimah hanya memandang ke arah bawah saja. Razman merasa begitu kasihan pada kakak ipar nya. Hidup kakak ipar nya terumbang ambing, kalau Razman tidak memujuk Halimah untuk tinggal bersama, entah apa yang akan berlaku kepada kakak ipar nya itu nanti. Razman memang benar-benar ikhlas ingin membantu Halimah, dia ingin semuanya kembali seperti sediakala walaupun agak mustahil.
Mereka hanya perlu tawakal saja.

Razman menerima SMS daripada Insp.Frost, terkejut benar Razman pada waktu itu. Terus dia berlari pergi ke dapur mendapatkan kakak ipar dan makcik nya. Halimah dan makcik nya terkejut bukan kepalang, bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Razman. Air mata Halimah tiba-tiba mengalir membasahi pipi nya. Halimah terduduk di lantai dapur, makcik nya mengurut belakang Halimah bertujuan untuk menenangkan perasaan dia.

Razman melepaskan penumbuk ke atas meja makan, dia merasakan amat marah pada waktu itu. Dia pun tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Insp.Frost. Tapi, ujian DNA memang tidak boleh menipu. Razman membalas kiriman SMS Insp.Frost, mengarahkan beliau agar berjumpa dengan dia sekarang di rumah. Terpancar api kemarahan di dalam mata Razman, punca yang membuatkan dia menjadi marah itulah yang boleh menyelesaikan masalah sekarang ini.

"Aku tak akan berdiam diri lagi. Aku kena bertindak! Dah tak ada masa untuk dibuang lagi!" kata Razman di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience