Chapter 9

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 9

TOKK!! TOKK!! TOKK!!

Halimah tersedar dari tidurnya apabila mendengar bunyi ketukan yang sangat kuat di dapur rumahnya. Halimah bingkas bangun dari katil dan melangkah kaki menuju ke arah bunyi yang kuat tadi. Apakah bunyi yang bising itu?

Seperti ada orang sedang bertukang pula di dalam rumahnya tersebut. Walhal waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Setelah Halimah tiba di dapur, dia mendapati keadaan di situ normal. Tiada apa yang berlaku dan tidak ada kelibat sesiapa pun. Halimah menjadi bingung, dia menuju ke arah tingkap rumahnya dan membuka sedikit bagi melihat jika ada sesiapa di belakang rumah itu. Tapi, tiada seorang pun manusia berada di situ. Membuatkan Halimah menjadi makin bingung dan hairan.

"Bunyi apa pulak tadi tu? Dah lah mengganggu orang nak tidur..ish!" rungut Halimah sendiri di dalam hati.

Dengan langkah berhati-hati, Halimah menuju ke arah bilik tidur makcik nya dan membuka kayu pintu bilik tersebut. Makcik nya tiada di dalam bilik itu! Halimah berfikir, dimanakah makcik nya pada waktu itu? Keadaan di dalam rumah pada waktu itu sangat gelap, tiada cahaya pun dari luar yang dapat menyingkap masuk melalui tingkap-tingkap rumah tersebut.

Ini kerana lampu jalan yang berada di luar rumah rosak akibat orang syarikat bekalan elektrik sendiri. Mereka sedang melakukan aktiviti upgrading bagi memantapkan lagi service mereka. Dahsyat betul mereka itu semua. Kembali pada situasi Halimah tadi, dia kini sedang berjalan perlahan menuju ke arah ruang tamu. Dia ingin memastikan di mana makcik nya pada waktu itu.

Dia mulai merasakan kerisauan yang melampau hingga peluh pun kelihatan di dahi. Dengan menggunakan lengan baju tangan kanan, Halimah mengesat semua peluh itu dengan penuh bergaya sekali. Dengan tidak semena-mena, Halimah merasakan dia seperti terpijak sesuatu dan dia tidak pasti apakah itu. Lembut dan liat. Apakah ia?

Halimah berlari anak menuju ke arah suis lampu dan memetik suis itu bagi menghidupkan lampu di ruang tamu rumah tersebut. Mata Halimah agak sakit melihat cahaya lampu kerana terlalu lama melihat di dalam gelap, dia ingat dia kucing kot? Kemudian, Halimah pergi semula ke arah benda yang dia pijak tadi bagi memastikan apakah ia. Dan, sejujurnya Halimah terkejut apabila objek yang di pijak tadi. Air matanya bergelinangan, kerana objek yang dia pijak tadi adalah adik iparnya, Razman!

Sekujur tubuh tidak bernyawa, yang menjadi hairannya, tubuh Razman seakan-akan kering seperti darahnya telah di hisap keluar. Apakah perbuatan ini perbuatan vampire? Oh tidak! Halimah terduduk sambil menangis.

Dia mendekati tubuh si Razman, Halimah cuba untuk mengejutkan Razman, tapi tidak mungkin boleh kerana Razman kini tidak bernyawa. Satu-satunya insan yang boleh dia harapkan kini telah tiada lagi. Razman merupakan insan yang penyayang dan baik hati. Dia juga manusia yang tabah dan bijak dalam membuat pilihan mahupun keputusan. Halimah meraung sekuat hati, dan menjerit memanggil makcik nya.

Tapi makcik nya tidak kelihatan, apa mungkin makcik nya itu turut menjadi mangsa pembunuhan yang tragis ini? Halimah tidak mampu untuk berfikir, dia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan lagi. Dengan kehilangan suaminya, kematian kedua ibu bapa mertuanya. Dan kini, adik iparnya pula meninggalkan dia. Seorang demi seorang insan yang dia sayang pergi meninggalkan dia. Halimah merasakan kini hidup dia benar-benar sial. Apakah dosa dia sehingga harus menghadapi semua hakikat ini?

Perlahan-lahan Halimah bangkit dan menuju arah dapur rumahnya, dia mengambil sebilah pisau yang sangat tajam. Lalu pisau itu Halimah halakan ke arah lehernya sendiri, baginya tidak guna dia hidup lagi.

Semua perkara yang terjadi amat membebankan dirinya. Halimah tidak sanggup meneruskan kehidupan yang dia lalui sekarang. Dia ingin menamatkan penderitaan yang dia hadapi kini. Halimah memejamkan matanya serapat yang mungkin, nafasnya kencang. Perasaan takut dan berani bercampur aduk. Dia tidak pasti dengan keputusan yang dia pilih sekarang. Haruskah dia meneruskan? Atau tidak?

"Persetan ini semua!" jerit Halimah lalu menikam lehernya dengan menggunakan pisau yang tajam tadi. Darah merecik mengenai sinki di dapur. Halimah jatuh ke atas lantai, pisau yang tadi di pegang kini terlepas dari genggaman. Terlalu banyak darah yang mengalir keluar dari kesan tikaman tadi.

Begitu sayang..begitu sayang sekali..Halimah kini tidak lagi berdaya untuk membuat apa-apa. Bergerak tidak, bersuara pun tidak. Dia telah mengambil keputusan untuk membunuh dirinya sendiri. Tubuh Halimah tidak lagi bernyawa. Keputusan yang dibuat telah muktamad. Dan dia fikir jalan yang dia pilih bernas barangkali? Tidak. Dia akan menjadi kayu api di dalam api neraka jahanam. Dia telah melakukan dosa yang sangat besar iaitu bunuh diri. Setelah apa yang dia lalui sebelum ini, kini dia menyerah kalah dengan ujian yang diberi. Para pembaca sekalian, janganlah begitu mudah membuat keputusan. Bersabarlah dalam setiap perkara.

"Sesungguhnya Allah itu maha adil, maha kaya, maha mengasihani, maha pengampun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience