Chapter 8

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 8

Angin bertiup kencang, langit kelihatan gelap seakan hujan bakal turun sebentar lagi. Pokok di kiri dan kanan seperti ingin tumbang akibat tiupan dari angin yang begitu melampau kencangnya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, tidak dapat untuk melihat ke arah hadapan. Seorang insan yang berpakaian aneh sedang berdiri di tengah-tengah hujan yang lebat itu. Tujuan utama tidak dikenal pasti, di dalam keadaan begini belum tentu ada sesiapa boleh mampu bertahan kerana kesejukan yang melanda ketika itu sudah pastilah begitu nakal sejuk.

Secara tiba-tiba, muncul pula seekor makhluk yang tidak dapat dikenal pasti jauh di dalam kegelapan hujan lebat itu. Insan yang tadi sibuk berdiri dan tidak melakukan apa-apa, terus saja tersentak apabila melihat kemunculan yang tidak di jangka tersebut. Beliau mengangkat kedua belah tangan dan mengeluarkan cahaya yang terang di antara kedua tapak tangan beliau. Makhluk yang tadi berdiri mula melangkah menuju ke arah insan tadi. Wajah makhluk itu begitu mengerikan, manusia biasa pasti tidak mampu untuk melihat apatah lagi bertentang mata. Semakin hampir makhluk itu, dan semakin besar cahaya di tangan insan tadi. Dan kemudian.....

"Ahh..mengarut je lah cerita kartun ni, ada super power bagai. Menyampah pulak aku rasa.." bisik Halimah pada diri nya sendiri, lalu mencapai alat kawalan televisyen dan mematikan. Halimah duduk sambil berpeluk lutut. Dia melemparkan pandangan yang jauh ke arah luar pintu rumahnya. Dan dia melihat kelibat makcik nya yang baru saja habis menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah.

"Amboi, jauh termenung kamu ni? Eh! Kenapa tutup tv? Makcik nak tengok cerita Narubo tu.. Kali ni dia orang lawan dengan musang ekor 9 suku tu.." kata makcik itu sambil mengambil alat kawalan televisyen tadi membuka siaran yang diperkatakan sebentar tadi.

Halimah menjadi pelik dan bangang bingung dengan telatah makcik nya itu sambil tertawa kecil. Tak sangka makcik nya yang dah berumur itu menggemari siaran kartun yang tak munasabah. Kalau difikirkan, mana logik manusia mempunyai kuasa yang luar biasa seperti siaran kartun yang di tonton tadi.

"Kamu tak suka ke tengok cerita yang macam ni, Mah?" tanya makcik tersebut.

"Tak minatlah Mah tengok kartun mengarut macam tu..Mah suka tengok drama melayu dan sinetron je.. Masa kecik-kecik dulu pun kartun yang Mah tengok cuma Aladdin je.." jawab Halimah.

"Hmm.. kalau macam tu, zaman kecik kamu dulu tak AWESOMElah. Kolotlah kamu ni.." sindiran dari makcik yang awesome itu.

Halimah menjadi bangang bingung lagi dengan makcik nya itu. Fikirnya, baik jangan di layan, makin di layan makin menjadi pula nanti. Halimah melangkah kaki menuju ke arah dapur rumah. Dia menarik kerusi di meja lalu duduk dan termenung. Terlintas difikirannya, dimanakah Razman? Jam di dinding sudah menunjukkan masuknya waktu asar. Halimah melangkah menuju ke arah bilik air di dalam bilik tidurnya, dia mengambil wudhu' dan memakai telekung.

Halimah membuka almari pakaiannya dan mengambil sejadah lalu dibentangkan sejadah tersebut ke arah kiblat. Halimah langsung menunaikan niat di hati. Baginya perkara yang wajib itu harus dilakukan dahulu. Walaupun keadaannya kini agak mengelirukan, namun solat tidak pernah ditinggalkan. Itulah pesan arwah ibu bapa Halimah sejak dari kecil hingga mereka berdua sudah tiada lagi.

"Aku yakin! DNA telah membuktikan segalanya. Masakan perkara ini tidak benar pula?" Jerit Razman kepada Insp.Frost. Mereka berada di dalam bilik pejabat Insp.Frost bagi membincangkan perkara yang mengusutkan fikiran mereka. DNA telah mengesahkan bahawa cap jari yang dijumpai di rumah sewa Razman adalah milik abang kandungnya, Haikal. Sukar untuk Razman sekeluarga untuk menerima keputusan DNA tersebut. Namun itu lah hakikatnya, mereka Haikal pernah berada di rumah Razman.

"Takkanlah benda ni nak menipu kot? Agak-agaklah kau ni. Aku dah bertahun buat kerja ni. Tak pernah silap pun. Bahkan benda ni boleh mengesan samada kau sebenarnya lelaki atau pun wanita tau. Dahsyat tak?" kata Insp.Frost.

"Amboi, melampaulah tu. Yang tu aku tak percaya.. Bongoklah kau ni.." kata si Razman pula.

"Jadi, apa perancangan kau? Abang kau memang pernah datang rumah tu. Dan abang kau jugak yang membuat panggilan kat kau waktu tu. Erm..perkara ni makin lama makin aneh pulak." kata Insp.Frost.

Razman terduduk diam di kerusi, angin dari penghawa dingin menerpa ke tengkuk Razman. Namun, masih lagi ada titik peluh yang membasahi dahi Razman. Akibat tidak cukup tidur, Razman menjadi tidak selesa dengan diri nya sendiri. Berada di kawasan sejuk pun masih boleh lagi berpeluh. Apa mungkin diri nya kini sedang sakit atau pun ianya tanda bahawa dia akan jatuh sakit?

Tapi itu semua tidak penting bagi diri nya pada waktu genting begini. Razman ingin menyelesaikan kes ini dengan segera, dia ingin menamatkan puzzle kehilangan abang kandungnya itu. Kenapa cap jari abangnya boleh berada di rumah yang dia menetap sekarang? Bergurau ke apa abangnya tu? Semakin di fikir, semakin kusut pula kepala otak Razman. Dia macam tidak percaya dengan apa yang terjadi kini. Perlahan dia bangkit dari kerusi, dan kembali melihat semula bahan bukti.

"Aku rasa baik kita bergerak sekarang. Takde masa nak di buang lagi. Duduk berfikir macam ni pun dah membuatkan masa kita banyak terbuang. Nanti masa tu dah bosan, lari jauh-jauh pulak. Payah nak kejar nanti." kata Insp.Frost bertujuan untuk berjenaka bagi menghiburkan hati Razman yang kini kian lara.

Mereka berdua melangkah keluar dari pejabat dan keadaan menjadi gelap. Razman terpaku dengan keadaan tersebut. Hendak menampar diri nya sendiri rasa macam perbuatan bodoh pula. Insp.Frost pun tercengang dengan keadaan pada waktu itu. Dia menoleh ke arah belakang dan terkejut kerana pintu pejabatnya kini sudah tiada. Mereka seperti berada di dimensi yang lain. Dimensi yang mereka sendiri tidak pasti apakah ia. Razman merasa tidak sedap hati, lalu dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sejurus selepas itu, muncul pula satu makhluk yang hodoh lagi mengerikan di hadapan mereka berdua. Razman dan Insp.Frost terkejut dengan kemunculan si hodoh itu. Wajahnya begitu menakutkan, gigi tajam, tangan berbulu dan kuku jari makhluk tersebut panjang dan tajam. Razman tergamam dengan situasi tersebut. Apa yang harus mereka lakukan pada waktu itu? Lari? Tidak mungkin, laluan saja sudah tidak kelihatan. Bagaimana mereka ingin melarikan diri pula? Sudah pasti akan ditertawakan oleh makhluk hodoh lagi mengerikan itu pula nanti.

"Aku mahu kalian berdua menjauhkan diri dari Haikal!!~~~ Dia milik AKU!!!!!!!!!!" suara garau dan mengerikan itu kedengaran begitu lantang sekali. Razman dan Insp.Frost menggigil selepas mendengar suara makhluk itu. Kemudian, keadaan kembali seperti sediakala. Mereka berdua berada di luar pejabat Insp.Frost dan kakitangan yang berada di situ menjadi hairan dengan tingkah laku Razman dan Insp.Frost.

"Tuan, okey ke ni? Macam nampak hantu je?? Nak saya panggilkan doktor tak?" tanya seorang kakitangan yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri sambil bermain dengan misai nya.

Razman dan Insp.Frost saling berpandangan. Mereka terdiam dan terpaku, ketakutan terserlah di wajah masing-masing. Sederas air sungai mereka melangkah kaki menuju ke arah kereta dan memandu pergi dari kawasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience