Chapter 6

Mystery & Detective Completed 8336

BAB 6

Razman mengambil keputusan untuk cuti selama 2 bulan dengan alasan ingin menenangkan diri. Kejadian yang berlaku benar-benar membuatkan diri dia naik gila. Lagi-lagi kakak iparnya seakan-akan sudah mahu menjadi orang gila. Di tambah pula dengan gosip dari mulut orang-orang kampung tentang keluarganya ada main bomoh. Sangkaan seperti itu membuatkan naluri Razman ingin terus menyiasat. Selagi dia tidak dapat bukti yang kukuh bermakna kata-kata orang kampung adalah benar.

Tapi dia sendiri pernah meminta bantuan seorang ustaz bagi menyelesaikan kes ini. Namun ustaz itu sendiri tidak jumpa apa-apa jawapan. Ustaz tersebut memberitahu bahawa dia tidak merasakan apa yang berlaku pada keluarga Razman berpunca dari alam mistik. Mungkin benar ianya perbuatan manusia yang mungkin memakai kostum menyerupai hantu. Razman pun tidak dapat menafikan lagi.

Razman membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini dan dia telah meminta bantuan daripada seorang inspektor bernama Frost. Dari mana datang gelaran itu dia tidak mahu tau, yang penting dia mahu selesaikan perkara ini dengan segera. Inspektor Frost pun setuju jika Razman ingin turut serta dalam usaha menyelesaikan perkara ini.

Razman telah membuat laporan pada ibu pejabat polis perihal perangai inspektor yang bertanggung jawab dalam kes ini. Kerana inspektor tersebut lebih suka bermain daripada serious. Padan muka kau... Razman berharap kali ini kes ini akan selesai dan dia mahu pembunuh itu terima hukuman yang setimpal!

Tepat pukul 3 petang, Razman tiba di warung berdekatan dengan kawasan Keramat. Dia ada temujanji dengan Inspektor Frost pada petang itu. Melihatkan Inspektor Frost sudah tiba dahulu lebih awal, Razman terus memberikan salam dan berjabat tangan dengan beliau. Razman menarik kerusi lalu duduk, dia memesan air sirap ais. Inspektor Frost menatap muka Razman penuh tenang.

Dalam usia 20-an sudah menjadi inspektor, sikapnya yang sentiasa cool membuatkan orang sekelilingnya merasa senang. Mungkin dari situ datangnya gelaran 'Frost'. Mereka berdua berbual kosong sambil menunggu air. Cuaca petang itu agak panas daripada biasa. Setelah air yang dipesan tadi tiba, Razman tanpa membuang masa terus mencapai air sirapnya dan minum sedikit bagi melegakan tekaknya yang terasa kering akibat cuaca panas. Beberapa orang pelanggan pergi meninggalkan warung tersebut.

Memang sengaja Insp.Frost menunggu pelanggan itu semua berambus dari situ. Dia tidak mahu ada sesiapa yang mendengar perbualan mereka, kerana dia merasakan tidak akan ada privacy. Takut juga kalau ada sesiapa antara pelanggan di situ merupakan bekas penjenayah yang pernah diberkas olehnya pada waktu dahulu. Lain pula jadinya nanti, dia tidak mahu ada pergaduhan besar berlaku. Risiko sebagai penyiasat memang membahayakan.

"Nah..dalam fail ni ada gambar-gambar yang membuktikan Haikal pernah berada di beberapa tempat. Kedah, Sarawak dan kampung kau kat Grik." Insp.Frost menghulurkan fail yang disebutnya tadi kepada Razman.

"Kau rasa macam mana? Abang aku tu memang pembunuh ke apa? Atau, betul ke semua benda ni ada sangkut paut dengan bomoh?" Razman menutup fail itu semula dan meneguk air sirap yang sudah hampir separuh cawan.

"Kau tengok dalam gambar tu, tangan dia berbulu tak?" tanya Insp.Frost kepada Razman.

"Memang tak lah ceritanya. Tapi ada kemungkinan ke yang abang aku kena rasuk?" tanya Razman kehairanan.

"Aku bukan pawang atau ghostbuster. Tapi itu mungkin boleh menjadi salah satu sebab. Tak mustahil kalau keluarga kau sebelum ni pernah deal apa-apa dengan syaitan. Dan abang mungkin kena possessed." jelas Insp.Frost.

"Erm, tapi aku tak percaya sangat sebenarnya benda karut marut macam tu. Dunia sekarang ni ada ke lagi manusia berfikiran kolot macam tu?" kata Razman.

"Kau kena ingat yang syaitan pernah bersumpah yang mereka akan menyesatkan kaum Adam dan Hawa sehingga kiamat". jelas Insp.Frost lagi.

"Betul jugak tu. Manusia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Kalau betullah keluarga aku pernah sign contract dengan jahanam-jahanam tu semua. Apa dia agaknya yang diminta?" Razman menjadi semakin pelik. Nak kata kekayaan, keluarganya tidak pernah kaya pun. Keabadian hidup? Memang banganglah kalau itu yang diminta.

"Tak payah nak beratkan otak dengan benda-benda tak masuk akal tu. Nak tahu jawapannya? Kita kenalah terus menyiasat. Semalam aku ada dapat emel dari seorang hamba Allah ni, mengatakan dia ternampak abang kau kat kawasan Keramat ni. Sebab tu aku panggil kau datang ke mari". kata Insp.Frost lagi.

"Iya ke? Petunjuk baru tu. Aku rasa macam ni lah. Kat mana jembalang dan abang aku berada, kita pergi tempat tu. Amacam?" Razman memberikan cadangan.

"Baiklah. Aku setuju. Kalau kau perasan, benda yang kau panggil jembalang tu hanya buru ahli keluarga kau saja. Tak mustahil kalau kau sasaran yang seterusnya. Aku nak kau berhati-hati mulai sekarang, faham?" kata Insp,Frost lagi. Semenjak kes di rumah ibu Razman, tiada lagi kedengaran kes-kes seperti itu berlaku di mana-mana.

Razman pun pernah terfikir, kenapa kakak iparnya tidak dibunuh sedangkan peluang untuk dia dibunuh memang luas. Pihak polis pun ada membuat siasatan ketika di rumah ibunya di kampung. Tiada ciri-ciri seperti diceroboh. Dari mana pembunuh itu masuk dan keluar pun tidak pasti. Yang pasti pembunuh itu memang menjadikan keluarga kandungnya sebagai sasaran. Dia harus berhati-hati mulai sekarang.

Halimah terjaga dari tidur, dia terdengar bunyi dari luar bilik, dahinya berpeluh. Dia memandang ke kiri dan kanan. Segalanya gelap, segera dia bangun dan buka lampu bilik. Setelah memastikan keadaan selamat. Dia buka pintu biliknya, perlahan-lahan dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Keadaan gelap, tiada bunyi kedengaran.

Peluh turun membasahi dahinya lagi. Halimah lap peluh dengan lengan kirinya. Mata Halimah tertumpu pada dapur rumah tersebut. Keadaan di dapur terang, setahu Halimah sebelum masuk tidur tadi dia sudah mematikan semua lampu. Halimah mengambil payung yang terletak di belakang pintu depan rumah. Halimah mengatur langkah dan menuju ke arah dapur. Langkah kaki Halimah terhenti selepas telinga dia tertangkap bunyi orang ketawa di dapur.

Hatinya berdegup kencang pada waktu itu. Adakah pembunuh tersebut sedang berada di dapur? Tapi tidak mungkin, kerana pembunuh itu sudah tentunya seorang lelaki dan dia pasti suara ketawa yang dia dengar sebentar tadi adalah suara seorang perempuan.

Perlahan-lahan Halimah melangkahkan kakinya ke arah dapur. Dan dia mendengar bunyi paip air di sinki dibuka. Hatinya berdegup dengan kencangnya, siapa pula yang berada di dapur rumahnya pada waktu itu? Apa nak jadi pun jadi lah, dia kena beranikan diri juga. Dengan menutup mata, Halimah berlari ke arah sinki dan cuba untuk menghentam sesiapa sahaja yang berada di sinki pada waktu itu.

Ketaannggggg! Halimah membuka mata dan agak terkejut kerana tiada siapa pun berada di situ melainkan dirinya saja. Pukulan yang dilancarkan tadi terkena sinki. Halimah perlahan-lahan menoleh ke belakang kerana dia merasakan seperti ada seseorang sedang berdiri berhampiran dengan diri nya pada waktu itu.

Mulutnya tidak berhenti membacakan surah-surah suci dan berharap agar dia tidak di apa-apakan. Halimah memberanikan diri juga untuk menoleh tetapi lekas-lekas dia pejamkan mata kerana tidak sanggup untuk melihat. Walaupun dia tahu dengan cara itu tidak mungkin dia akan dapat melihat siapa yang berada di situ. Untuk beberapa saat, segalanya sunyi sepi. Halimah menelan air liur nya sendiri, dengan lafaz bismillah, Halimah membuka mata nya dengan cepat.

Kemudian dia beku tanpa bicara, tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut nya pada waktu itu. Dia ingin menjerit tapi tidak mampu, terasa bagaikan tekak nya begitu sakit untuk mengeluarkan apa-apa bunyi. Siapa sangka, yang berada di hadapan Halimah sekarang ialah seorang wanita separuh usia, berambut hitam panjang, kusut masai, langsung tidak terurus. Muka berkedut, mempunyai pandangan mata yang tajam serta mengerikan. Warna kulit pucat kebiruan seakan-akan mayat. Ada ulat-ulat yang bergerak riang di wajahnya. Wanita separuh usia itu senyum sambil memandang tetap ke dalam mata Halimah.

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!".

Ambik kau..Halimah akhirnya menjerit sekuat hati dan terus berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. Jeritan nya itu mungkin kedengaran sampai 10km. Pintu bilik dikunci, lalu dia naik ke atas katil dan selubung diri nya dengan selimut sambil memeluk lututnya.

Ayat-ayat suci yang dibaca nya habis berterabur. Dia berharap bahawa semua ini hanya mimpi saja. Setelah Halimah dapat menenangkan diri seketika, dia memberanikan diri untuk membebaskan diri dari terus diselubungi selimut dan dia ingin memastikan bahawa semua ini adalah mimpi. Dan lagi sekali Halimah beku, wanita yang di lihat tadi berada di dapur kini berada tepat di depan mukanya. Mata Halimah terbuka luas seperti bebola matanya ingin keluar dari tempat asal. Halimah merasa hairan, pintu bilik sudah dikunci tapi bagaimana wanita itu boleh masuk dan berada dalam posisi sekarang?

Memang tidak syak lagi, wanita yang berada di depan mata Halimah sekarang memang hantu! Dia kembali memejamkan matanya dan membaca apa-apa surah yang dia ingat pada waktu itu. Bulu tengkuk Halimah meremang dan dia teringat, arwah ayahnya pernah berpesan jika berada dalam situasi macam itu, kalau tak mampu nak baca apa-apa surah, sebut je nama Allah berulang kali. Kerana makhluk halus akan takut apabila mendengar nama Maha Pencipta. Halimah menyebut nama Allah berulang kali. Dia berdoa agar makhluk itu akan lenyap dengan segera.

"Heeeheeeheeeee~~ Sebutan kau pun salah... Heheheheheeeeee..heeeheheheheeeeeeee~~~~~~". Wanita itu terus mengilai.

Halimah terdiam, makhluk itu menegur nya pula. BAMMMMMM!!!! Bunyi pintu bilik ditendang.

Seorang lelaki tiba-tiba muncul dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran bagi menghalau makhluk yang mengganggu Halimah. Makhluk tersebut menjerit kesakitan lalu hilang bagaikan asap. Lelaki tersebut terus mendapatkan Halimah, dia merasa resah kerana Halimah seperti manusia tiada jiwa. Kosong. Berkali nama Halimah dipanggil, namun Halimah tidak menyahut tetapi pengsan pula. Lelaki tersebut mengusap dahi Halimah dan mulutnya tak berhenti terkumat-kamit seperti sedang membacakan sesuatu.

Lelaki tersebut memperbetulkan kedudukan kepala Halimah di atas bantal, dia ingin Halimah merasa selesa ketika baring. Dia tidak mahu Halimah bangun dari tidur dan mengadu sakit leher. Lelaki itu berlalu pergi dari bilik tersebut, sebelum dia melangkah kaki keluar, dia berhenti menoleh ke arah Halimah yang sedang terbaring. Lelaki tersebut melihat jam yang terletak di sebelah kepala katil. Lagi 2 minit pukul 2.00 pagi.

"Bersabarlah sikit lagi. Semuanya akan selesai tidak lama lagi". Kata lelaki itu dan terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience