Chapter 5

Mystery & Detective Completed 8336

BAB5

Ida terkejut dengan bunyi ketukan di pintu rumahnya. Suara yang kecemasan di sebalik pintu itu membuatkan Ida takut untuk membukanya. Berulang kali panggilan Ibu di dengari oleh Ida namun dia tidak cukup yakin untuk membuka pintu itu risau akan keselamatan dirinya, akhirnya dia mendiamkan saja diri di dalam rumah. Mungkin itu cukup untuk membuatkan dia berasa selamat.

"Iya, apa kecemasan anda?" suara operator polis yang manis kedengaran di hujung talian.

Setelah memberikan maklumat dan alamat rumah, Ida terus masuk ke dalam bilik tidurnya dan berkunci di situ sambil menanti pihak polis tiba. Halimah di luar pula menjadi hairan dengan perilaku ibu mertuanya, kenapa dia tidak membuka pintu itu untuk dia? Atau dia sedang sibuk di dapur?

Halimah terus melangkah menuju ke bahagian belakang rumah kerana dia fikir ibu mertuanya pasti berada di dapur sambil mendengar lagu pop terkini sebab itu panggilannya tidak di sahut. Namun setelah Halimah tiba di belakang rumahnya, dia menjadi hairan kerana tidak ada satu bunyi pun yang dia dengari selain cengkerik yang sedang asyik berbunyi pada waktu itu.

Dan secara tiba-tiba Halimah terdengar suara jeritan seorang wanita tua dari dalam rumah. Halimah pasti itu suara ibu mertuanya lalu dia terus berlari ke bahagian depan rumahnya pula dan mengetuk pintu rumah itu sambil menjerit memanggil ibu mertuanya. Kemudian tiada suara lagi kedengaran. Halimah menjadi sangat khuatir, apakah yang berlaku pada ibu mertuanya? Janganlah ada apa-apa yang berlaku hendaknya.

Sebuah kereta peronda polis tiba diperkarangan rumah ibu mertua Halimah. Dua orang anggota polis dalam usia lingkungan 30-an keluar dari kereta sambil meneguk sebotol air jus buah-buahan. Kedua-dua polis itu menghampiri Halimah lalu menanyakan bermacam soalan dan Halimah memberitahu pihak polis tersebut insiden yang berlaku pada dia dan dia juga ada mendengar jeritan dari dalam rumah.

Halimah meyakinkan pihak polis bahawa itu adalah suara ibu mertuanya dan meminta polis tersebut memecahkan pintu hadapan rumah itu. Kerana selepas suara jeritan itu diam, Halimah berkali-kali memanggil ibu mertuanya namun masih tidak di sahut. Polis yang berperut buncit berusia dalam lingkungan 30-an itu menghampiri pintu rumah tersebut dan mengarahkan agar tuan empunya supaya membuka pintu. Setelah hampir 10 minit tiada jawapan, keputusan telah di buat oleh mereka bertiga untuk memecahkan saja pintu itu.

Dengan menggunakan kaki kanan, polis buncit itu tendang sekuat hati agar pintu itu terbuka dan polis lagi seorang yang agak kurus sikit dari yang pertama tadi mengeluarkan pistol dari tempat simpannya dan menghalakan ke arah dalam rumah itu.

Keadaan dalam rumah itu gelap tak berlampu, hanya kelihatan lampu dari bilik yang dipercayai milik ibu mertua Halimah saja yang menyala. Perlahan-lahan mereka bertiga melangkahkan kaki menuju ke bilik itu. Setelah tiba di hadapan pintu bilik itu, Halimah terkejut dan menjerit "IBU!" apabila melihatkan keadaan ibunya yang terbaring di atas katil sambil berlumuran dengan darah.

Pihak polis yang tadi terus membuat panggilan ke ibu pejabat bagi mendapatkan bantuan. Ibu mertua Halimah sudah tidak bernyawa lagi, dan Halimah bertambah terkejut apabila di lihat ada lubang besar di dada ibu mertuanya. Lalu Halimah menjerit berkata itu adalah perbuatan pembunuh yang telah membunuh bapa mertuanya 3 bulan lepas.


"Akak tak perlu menangis lagi, Allah lebih sayangkan ibu..bersabarlah ye kak..." kata seorang lelaki muda berusia dalam lingkungan 20-an itu kepada kakak iparnya, Halimah.

Razman merupakan adik lelaki kepada Haikal iaitu suami kepada Halimah. Beliau bekerja sebagai pengurus di salah satu shopping complex terbesar di ibu kota. Setelah mendapat berita bahawa ibunya telah pulang ke rahmatullah, dia bergegas pulang ke kampung dengan perasaan sangat sedih. Lepas seorang, seorang pula yang pergi. Mula-mula bapa dan abangnya dan sekarang ibunya pula.

Halimah masih menangis di dalam bilik, dia rasakan hidupnya kini betul-betul di timpa kecelakaan yang melampau. Ingin saja dia bunuh diri tapi setelah memikirkan akibat yang akan di tanggung dalam kubur nanti terus dia membatalkan saja niatnya.

"Dik..macam mana akak tak sedih..pembunuh tu still on the loose. Pihak polis pun masih tak tahu apa punca kejadian ni." kata Halimah kepada Razman sambil teresak-esak.

"Iya, Man tau kak..tapi apa boleh kita buat? Kita serahkan saja perkara ni pada pihak polis. Lambat-laun polis akan dapat tangkap jugak pembunuh tu." pujuk si Razman setelah melihat kakak iparnya masih belum boleh menenangkan diri.

"Dengan kehilangan abang Haikal sampai sekarang..akak tak rasa benda ni akan selesai dik..akak rasa abang Haikal ada buat perkara tak senonoh di belakang kita ni dik.." kata Halimah kepada Razman. Telinga Razman tiba-tiba menjadi panas apabila mendengar tuduhan yang di beri oleh kakak iparnya sendiri terhadap suaminya selaku abang kandungnya.

Kenapa dia sanggup mengatakan perkara itu sedangkan Haikal itu baik orangnya, tidak pernah pun dia buat perkara-perkara yang tidak di ingini selama ni. Tapi Razman bersabar dan beristigfhar banyak-banyak. Dia tahu hati dan fikiran kakak iparnya tengah tak menentu sekarang, berkemungkinan kakak iparnya akan jadi gila suatu hari nanti.

"Man percaya dengan along. Dia tak akan pernah buat benda-benda yang terkutuk dalam dunia ni kak. Ibu bapa kami berikan didikan agama cukup selama ni. Man percaya ini semua bukan angkara along. Sudahlah kak, akak tenangkan diri dulu kat sini. Man nak keluar beri keterangan kepada pihak polis." Razman terus melangkah pergi meninggalkan kakak iparnya berseorangan di dalam bilik itu dan keluar berjumpa dengan inspektor yang bertanggung jawab dalam kes ni.

"Ada petunjuk baru tak inspektor?" Razman mengajukan soalan pada seorang inspektor yang sedang sibuk bercakap di dalam telefon. Setelah menyedari kehadiran Razman terus saja dia mematikan panggilan telefon tersebut dan memberikan fokus seratus peratus pada Razman.

"Oh! Sorry, didn't see you there. Now I see you but you can't see me because I'm a ninja..." kata inspektor tersebut sambil membuat gaya seakan-akan ninja dan bersembunyi di belakang kereta peronda tapi masih kelihatan punggungnya yang lebar sebab beliau begitu gemuk. Razman menjadi hairan dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Adakah dia membuat pilihan yang tepat dengan memilih inspektor tersebut membantu dia dalam kes yang mengakibatkan kehilangan dua nyawa ahli keluarganya?

Semua orang yang berada di situ menyaksikan tindakan inspektor itu yang dianggap kebudak-budakan dan tidak masuk di akal. Masakan seorang inspektor yang berusia lingkungan 40-an boleh berperangai seperti itu? Memang memalukan sungguh. Menyedari dirinya menjadi tumpuan, inspektor tersebut keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan perlahan ke arah Razman seakan-akan tiada apa yang berlaku.

"You still can see me because I'm not a real ninja..." kata inspektor itu yang di mana ianya membuatkan Razman berasa amat marah pada waktu itu.

"Yes! Because you got a belly down there, old man! Sekarang saya tanya awak, ada apa-apa perkembangan atau tidak dalam kes ni?" Razman mengherdik inspektor tersebut yang mengganggap perkara ini tidak serius dan mengambil semua perkara sambil lewa.

"Maafkan saya budak muda. Semestinya sudah ada petunjuk baru. Maklumat yang kami terima baru-baru ini menyatakan bahawa abang awak berada di sekitar kampung ini. Itu yang membuatkan saya datang ke mari. Kalau tidak saya tidak akan berada di sini." terang inspektor tersebut.

"Kejap..Inspektor bukan berada di sini sebab dapat panggilan dari ibu pejabat mengatakan bahawa ada kes bunuh yang mungkin melibatkan pembunuh? tanya Razman yang kehairanan.

"Oh tidak sama sekali. Bukan sebab itu. Saya sudah tiga hari berada di kampung ini dan tadi semasa di masjid saya ada mendengar orang kampung berkata ada penduduk kampung kena bunuh dan lubang besar di dada mangsa. Dan ini menguatkan lagi bukti bahawa abang awak adalah pembunuh." jelas inspektor itu.

"Haa?! Tak mungkin abang saya pembunuh inspektor! Mungkin inspektor yang salah terima maklumat." Razman masih lagi kehairanan dengan apa yang diberitahu oleh inspektor itu. Bagaimana abangnya boleh jadi pembunuh pula?

"Sabar dulu. Itu tanggapan awal saya saja. Saya akan teruskan siasatan malam ini, bermula di sini dan rumah puan Halimah. Kerana dia beritahu pada saya awal tadi yang dia ternampak pembunuh itu berada di simpang nak masuk ke rumahnya. Jadi, dari situ saya akan menyiasat perkara ini. Selepas kami dapat apa-apa petunjuk yang baru kami akan maklumkan pada awak.

Buat masa sekarang saya nak semua yang terlibat berada di kawasan ini jangan ke mana-mana. Dan sejujurnya saya menginginkan bantuan orang ramai untuk maklumat." kata inspektor itu lagi.

Razman melangkah menaiki anak tangga menuju ke ruang tamu rumahnya. Dia duduk di satu sudut supaya dia boleh menenangkan diri sambil berfikir. Perkara yang berlaku pada dirinya sekarang begitulah mengarut. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan semasa dia ingin menyalakan api untuk bakar rokok tersebut tiba-tiba kedengaran suara kakak iparnya menjerit di dalam bilik. Semua orang yang berada di situ terus berlari mendapatkan Halimah.

Halimah menangis di sudut katil dan memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sebentar tadi dia nampak pembunuh itu muncul di tingkap dan senyum sambil melambaikan tangan pada Halimah. Semua orang menjadi hairan dengan perkara itu dan Razman terus berlari keluar menuju ke tempat yang dikatakan Halimah tadi. Namun tidak ada satu jejak kaki pun yang dia jumpa di atas tanah waktu itu dan sekali lagi inspektor tadi muncul semula dan bertanyakan apa yang berlaku.

Inspektor itu mengarahkan budaknya untuk mendapatkan cap jari di tingkap bilik Halimah duduk tadi. Namun hampa, tidak ada cap jari di situ. Semua orang menjadi bingung dan hairan dengan kejadian yang berlaku pada malam itu. Dan lagi sekali semua orang terdengar seorang pakcik tua menjerit minta tolong dari arah ruang tamu rumah. Semua bergegas mendapatkan pakcik itu, dan pakcik itu beritahu bahawa jenazah yang terbaring tadi tiba-tiba bangun dan duduk di sofa.

Memang benar jenazah itu telah pun berada di situ dan yang menghairankan lagi. Ada kesan calar di muka jenazah tersebut. Razman merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada waktu itu. Apakah dosa kedua ibu bapanya hingga terjadi perkara sebegitu rupa? Razman menghampiri jenazah ibunya dan mengalihkan semula jenazah itu ke atas tikar.

Orang ramai mula berkata kalau-kalau keluarga si Razman ni ada menggunakan khidmat bomoh sebelum ini atau pun waktu arwah bapanya masih lagi bekerja sebagai tentera. dan waktu ditugaskan menjaga sempadan. Adakah bapa Razman ada buat perkara yang syirik waktu itu? Dan mengakibatkan seluruh keluarga itu menanggung akibat?

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh penduduk kampung itu. Kalau tak, tak akan benda seperti ini boleh berlaku. Lengan berbulu? Mata warna merah? Razman masih ingat lagi penerangan yang diberikan Halimah pada pihak polis semasa dia membaca kertas laporan tempoh hari. Razman mula merasakan perkara ini ada kait mengait dengan dunia mistik. Walaupun agak tidak masuk akal, tapi dia akan siasat perkara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience