Sebelum mereka balik ke rumah, sempat lagi Hani bertanya dengan Aiman tentang mahu ambil nombor telefon atau nombor whatsapp (tahulah zaman sekarang).
"Nah, nombor whatsapp saya." kata Aiman.
Hana pun sangat gembira seperti orang kena elektrik.Dan Hana pun terus lari ke rumah dengan tanpa memberi salam kerana terlalu gembira dapat nombor whatsapp Aiman.
"Dia memang macam tu ke?" tanya Aiman kepada Siti.
"Ya, selalu macam tu.Dulu pun dapat saja nombor telefon saya, terus dia lari cam tu saja.Dahlah tak bagi salam." Jawab si Siti yang sedang mengomel.
"hahaha" Aiman pun ketawa kecil.
Selepas itu,mereka berdua pun sampai ke jambatan titian sungai itu dan memberi salam selamat tinggal.
Manakala....
Hani pun telah sampai ke rumah.Dia memberi salam dan terus ke dalam balik..
"Wah! lajunya..." kata Puan Budiah.
"Kenapa pula ni, yang?" tanya Pak Hamid.
"La... anak kesayangan abang tu, lari ke dalam balik macam apa tu... macam Usin Bolt?" menjawab si Puan Budiah.
"Biasalah remaja zaman sekarang ni, asal ada benda baru saja mesti dia gembira.. entah-entah dia dapat boyfriend baru... mana mungkin." kata Pak Hamid.
"Ishhh! abang ni.Jangan nak merapulah..." Puan Budiah dengan telatahnya.
Di dalam balik, Hana bersembunyi di bawah selimut sebab berasa malu kerana budak perempuan minta nombor telefon budak lelaki...
Lagipun ini kali pertama Hana dapat nombor dari budak lelaki.Selalunya dari kawan sekolah ataupun kawan sekitar kampungnya.
Share this novel