Selepas mereka bertiga berjalan di rumah berhantu itu, mereka pun makan di warung pak lazim.Warung pak lazim adalah salah satu warung yang terkenal di antara kampung Senokan dengan kampung si Aiman (kampung seberang).
"Ishh.... seramnya...." kata si Hana.
"Kan dah takut...siapa suruh pergi ke rumah hantu tu.Kan dah jadi kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...." Siti membalas balik.
"diamlah..."
"hahahahahahahaha"
Aiman pun turut ketawa dengan telatah dua gadis cantik di kampung sebelah sambil mengambil order dari mak cik Sabriah iaitu isteri kepada pak Lazim.
"Mak cik, teh o satu dan pepsi dua kepada gadis yang ma ~ nis...." Aiman mengambil order sambil membuat spontan sendiri.
Mereka berdua pun malu bagaikan malu-malu kucing.
Mak cik pun turut ketawa kecil ketika mengambil order.Dan terus pergi tempat suaminya memasak.
Beberapa minit kemudian....
Aiman, Siti dan Hana pun sedang meminum sambil bersembang antara satu sama lain.Aiman masih lagi bertanya-tanya kepada mereka berdua ni suka pergi ke rumah usang dan tiada memiliki.
Aiman tahu reka bentuk rumah tu rumah ibu pejabat semasa jajahan British.Selepas merdeka, rumah tersebut menjadi tempat tinggal peribadi ataupun rumah pembesar.
Selepas itu...
Pada tahun 1978, ada seseorang telah membunuh diri di dalam rumah tu kerana penceraian mendalam.Selepas kes itu ditutup,
mereka berpindah ke ibu negara dan rumah itu juga memjadi usang dan semak-samun.Pada hari yang sama juga pihak kontraktur mahu merobohkan rumah usang bagaikan istana tersebut.
Tetapi...
Gagal kerana salah seorang kontraktur yang maut semasa merobohkan rumah itu.Ada khabar angin berkata maut kerana sumpah dari rumah tu.Lalu rumah itu semakin lama semakin usang.
"Errr...seramnya....." Hana dan Siti lalu menjawab
"Lain kali, jangan sesekali pergi ke rumah tu lagi.Kalau ada benda ghaib ke..tanya dengan saya.Saya bukan khurafat..." Pesan nasihat dari Aiman kepada mereka berdua tu...
"Baiklah..."
Selepas itu, mereka bertiga balik ke kampung masing-masing selepas minum di warung itu.
Share this novel