Bab 11 : Selang - seli si Aiman

Other Series 2147

Selepas sekolah, Hani dan Siti pun berlepak di jambatan titian sungai di hujung kampung.Sambung kepada kes pergaduhan antara Hani dan Izwan memang rasa pelik sebab Izwan tiba-tiba saja menjadi baik.Adakah dia takut kena hukuman oleh pengetua ataupun pengetua telefon hubungi ibubapanya tetang pergaduhan tersebut.

"Wei, saya rasa peliklah..." Siti berkata.

"Kenapa pula" Hani berjawab.

"Yalah tetang kes tu, tiba-tiba saja si mamat sombong tu menjadi alim."

"Ala perkara biasa saja tu.Dia pasti takut dengan hukuman oleh pengetua tu..."

Mereka berdua pun ketawa besar.Tiba-tiba saja ada seorang menunggang basikal tua iaitu Aiman yang selepas menangkap ikan dari kampung seberang.

"Apa khabar awak berdua?" Aiman memberi khabar kepada Hani dan Siti.

"Khabar baik, Aiman." Hani dan Siti pun menjawab salam.

"Kamu berdua baru habis sesi persekolahan ke?" Aiman memberi soalan.

"yup."

"bertuahnya awak berdua dapat sekolah.Tak macam saya ni, setiap hari saya memcari rezeki di lautan.Ada kalanya ada, ada kalanya tak ada." membebel si Aiman.

Sejak keluarganya tinggal di luar negara tak balik ke tanah air, Aiman tinggal dengan seorang nenek yang sedang uzur di rumah neneknya kat kampung seberang.Sejak hari tu juga, dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga neneknya.Terpaksa juga dia mencari rezeki untuk mereka hidup.Aiman pun ambil keputusan yang dia berkerja dengan Pak Samad Abdullah si nelayan kampung seberang.Gaji Aiman pun dapat untuk menampung hidup dengan neneknya.

Hani dan Siti sedih mendengar kisah hidupnya selepas ibubapanya tak balik-balik dari luar negara. Aiman pun hanya tersenyum sahaja.

Aiman pun tiada masa lagi untuk membual dengan Hani dan Siti.Dia pun memberi salam dan lalu pergi ke tempat Pak Samad niaga ikan di pasar.Hani pun terus matanya membentuk "love" selepas melihat si Aiman tu.

"Gatal..." Siti merapu dengan Hani.

Mereka berdua pun lalu pergi balik ke rumah masing-masing.Mereka pun memberi salam.

Manakala di rumah Hani, Hani pun bermula berulangkaji matapelajaran yang lemah untuk ujian pertengahan tahun nanti.Dia pun terus berusaha mengulangkaji matapelajarannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience